Wednesday, October 26, 2011

The Way You Are [6]

Posted by Snow_Queen at 9:09 PM
“Macam mana orang awam boleh terlibat?” Sir Edward memandang anak-anak buahnya.
            “Tanyalah orang awam tu.” Dengan selamba Bella menjawab.
            “Bella.” Serene menyiku lengan Bella. Muka Sir Edward sudah tegang.
            “Betul apa yang aku cakap. Kalau tak tanya dia macam mana kau nak tahu apa yang dia buat di tempat kejadian?” Bella memandang muka Sir Edward tanpa sedikit pun perasaan takut.
            “Oleh kerana Tony sudah pun ditangkap, kauorang semua bernasib baik.Tapi ingat, jangan ada kejadian macam ni yang berulang lagi. Dismiss.” Sir Edward mengemas filenya.
            “Apa yang ayah nak buat dengan orang awam tu?” Sir Edward memandang Bella.
          “Kita tak akan ambil apa-apa tindakan. Kau pun…Balik rumah. Flora dah bising fasal kau jarang balik rumah.” Bella hanya tunjuk thumb up sebelum beredar.
            “Yah! Kau dengan lelaki tu ada apa-apa hubungan?” Tia jongket kening.
           “Macam mana…” Aku pandang ke arah Serene dan Alex namun kedua-dua mereka hanya buat bodoh sahaja.
            Oh come on. Satu bangunan dah tahu fasal ni. Lelaki tu comel tak?” Tia masih tak berputus asa menyoal.
            “Comel?” Aku buat muka sebelum beredar. Tia yang tak puas hati kemudiannya menyerang Serene pula.

•°*”˜ ˜”*°•

“Wargh! Makan budak.” Aku tergelak sakan apabila melihat muka pucat lesi Kevin.
            “Yah! Noona..” Kevin mengusap dadanya. Kini jantungnya berdegup pantas akibat disergah oleh Bella.
            “Apa?” Aku buat muka tak bersalah sebelum berjalan meninggalkan Kevin. Kevin mengejar langkahku.
            “Pelik.” Kevin melingkarkan tangannya di atas bahuku.
            “Apa yang pelik?”
            “Kau tak akan tunjukan muka di sini tanpa sebab. Apa yang ayah cakap dekat kau?” Kevin buat muka.
            “Tak ada apa-apa. Kenapa kau jogging tengah-tengah malam buta ni? Badan dah sekeping macam tiang lampu pun nak exercise ke?” Kevin terus sahaja menolak bahu Bella sebaik sahaja mendengar kata-kata gadis itu.
            Bella tergelak kecil. Suka benar dia menyakat Kevin. Hanya kebetulan tadi dia ternampak Kevin sedang berjogging di kawasan taman permainan dan kebetulan pula ada idea jahat muncul untuk mengenakan Kevin.
            “Macam mana belajar?” Aku memeluk lengan Kevin.
            “Okay.”
            “Macam mana dengan GIRLFRIENDS?”
            “Sepuluh pengakuan cinta dalam masa seminggu setiap bulan dan seperti biasa hadiah penuh dalam loker setiap minggu.”
            “Oh! adik aku ni popular juga.” Kevin buat muka riak apabila mendengar kata-kata Bella.
            “Macam mana kerja?”
            “Okey. Cuma tadi ada orang gila yang tiba-tiba mengacau.” Aku tersenyum sendirian apabila teringatkan Ryu.
            “Tsk..Tsk..Tsk..Ni bukan orang gila yang biasa ni. Cerita cepat!” Kevin sudah bercekak pinggang.
            “Huargh! Mengantuk.” Aku buat-buat tak dengar soalan Kevin.
            “Yah! Noona! Noona! Ceritalah!” Kevin mengejar langkah Bella yang semakin laju.

•°*”˜ ˜”*°•

“Ada mayat yang dijumpai.” Bella kerut kening apabila memandang Deane, pegawai yang baru pindah ke jabatan mereka seminggu yang lepas.
            So?”
            “Tak ada sebarang bukti yang dijumpai di tempat kejadian.”
            “Kita ada pakar forensic. Apa gunanya mereka kalau tak di gunakan?” Aku tarik sengih sebelum kembali menghadap majalah di tangan.
Deane memandang Serene. Serene memberi isyarat agar beredar.
            “Kau tak patut cakap macam tu dengan junior.” Serene menegur.
            “Ada aku kisah?” Aku terus menjawab tanpa memandang Serene.
            “Kau tahu tak yang perangai kau ni sangat annoying?” Serene sudah bercekak pinggang.
            Aku meletakkan majalah di atas meja dan memandang Serene.
            So, which part of me that you think makes you annoying?”
            “Urgh!” Serene terus sahaja berlalu. Tak kuasa mahu melayan perangai Bella.
            Meeting!” Kesemua orang daripada bahagian siasatan jenayah antarabangsa NSU terus sahaja berkumpul di dalam bilik mesyuarat sebaik sahaja mendengar ayat Alex. Sir Edward sudah pun menunggu.
            “Kita baru sahaja menerima maklumat daripada WFNU.” Ligat sahaja jari-jemari Sir Edward menyentuh papan kekunci hologram di atas meja. Kini di skrin hologram terpapar beberapa gambar dan maklumat.
            “Ini adalah beberapa kes pembunuhan bersiri yang disiasat oleh mereka. Kesemuanya mempunyai corak pembunuhan yang sama namun tiada langsung bukti kewujudan penjenayah.”
            “Adakah tuan fikir ianya berkaitan dengan kes terbaru yang kita sedang siasat sekarang?” Deane menyoal.
            “Ada kemungkinan besar. Deane, dapatkan hasil laporan bedah siasat  secepat yang mungkin daripada Yin. Kita semua akan bergabung tenaga dengan WFNU kali ini.” Sir Edward memandang kesemua anak buahnya.
            “Bella akan jadi ketua operasi juga kali ini. Kamu semua boleh teruskan bermesyuarat.” Aku terus sahaja mengambil tempat duduk Sir Edward sebaik sahaja beliau beredar.
            “Jadi, ketua operasi yang ANNOYING ni akan bahagikan beberapa tugas kepada kauorang.” Serene menggelengkan kepala apabila mendengar ayat Bella.
            “Ya Serene. Ada apa-apa yang awak nak cakap kepada ketua operasi yang ANNOYING macam saya?”
            Stop it, Bella.” Serene sudah kelihatan seperti incredible hulk.
            “Jadi, mari kita buat beberapa assumption….”
            Aku tersentak apabila telefon bimbitku berbunyi. Aku mengusap muka dengan kedua belah tapak tangan. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Aku mengeluh. Tanpa aku sedari, agak lama juga aku mengelamun. Semuanya kerana membaca diari Ryu.
            Aku menjawab panggilan apabila telefon bimbitku sekali lagi berbunyi. Usai bercakap, aku membersihkan diri dahulu sebelum beredar. Diari Ryu, aku letak kembali ke tempat asalnya. Kalau ada masa, aku akan kembali ke sini lagi..Mungkin..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review