Wednesday, October 26, 2011

The Way You Are [5]

Posted by Snow_Queen at 9:03 PM

Gaun yang aku pakai, aku campak ke dalam tong sampah. Apabila sudah memastikan senjata ku berfungsi dengan sempurna, aku terus sahaja beredar dari tempat persembunyianku.
            “Bella di sini. Ada apa-apa perkembangan?”
          “Kita sudah dapat mengesan beberapa orang bawahan Tony dan orang-orang kita sedang bertindak sekarang.” Kedengaran suara Serene di talian sebelah.
            “Pastikan semuanya dalam keadaan terkawal. Kita tak nak ada orang awam yang tercedera. Team D macam mana dengan keadaan di dalam dewan?”
            “Setakat ni tiada sebarang masalah, puan.”
            “Kami memerlukan bantuan di roof top. Terdapat dua suspek yang bersenjatakan bazooka.” Aku segera memecut naik mendaki anak-anak tangga menuju ke arah bumbung apabila mendengar maklumat daripada team B.
            Aku menalakan UZI ke arah dua orang; seorang berbadan tegap dan rambut berwarna merah jambu manakala seorang lagi berbadan biasa dan berambut mohawk, yang sudah di kepung oleh pasukan skuad kebangsaan.
            “Letakkan senjata atau kami akan lancarkan serangan.” Lelaki berambut Mohawk mengancam.
            “Mari kita jimatkan masa. Mana Tony?” Tanpa ragu aku menghalakan UZI ke arah kedua-dua orang suspek di depanku.
            “Puan…” Salah seorang anggota polis daripada pasukan skuad kebangsaan tidak jadi berkata-kata apabila aku memberi isyarat tangan agar dia diam.
            “Apa yang kami dapat?” Lelaki berbadan sasa memandangku. Aku tersenyum sinis.
            “Tiada hukuman mati. Paling ringan pun penjara seumur hidup.”
            “Kau jangan nak main-mainkan kami!” Lelaki berambut Mohawk menalakan bazooka ke arahku.
            “Baiklah. Mari kita mati sama-sama. Jadi siapa yang nak tembak dulu?” Aku tarik sengih.
            “Bella! Apa yang kau buat ni? Retreat!” Kedengaran suara Alex.
            Why?”
            “Ramai orang awam berada dalam bangunan ni. Use your brain!” Serene yang baru sampai meningkah. Mia memandangku dengan pandangan kau-dah-gila?
            “Kalau kau beritahu di mana Tony, aku akan usahakan paling maximum hukuman penjara lima belas tahun. Deal?” Si badan sasa memandang rakannya. Mereka kemudianya saling berbisik.
            “Daripada hukuman penjara seumur hidup, lima belas tahun tu apalah sangat kan?” Aku memberi isyarat kepada beberapa orang daripada skuad kebangsaan supaya bersiap sedia.
            Tanpa berlengah, aku menendang lutut  kanan si badan sasa dan dengan sepantas kilat juga pasukan skuad kebangsaan menyerbu kedua-dua suspek.
            Aku menalakan senjataku ke arah kedua-dua orang suspek yang kini sudah bergari .
            “Jadi, mana Tony?” Aku ketawa sinis apabila salah seorang daripada mereka meludah ke arahku. Tanpa amaran, aku menumbuk perut si rambut Mohawk menyebabkan badannya tertunduk 90 darjah. Si rambut Mohawk mengaduh kesakitan.
            “Bella!” Serene memegangku.
            Now, tell me where’s Tony before my babies is going through your damn brain!” Aku menalakan muncung senjataku ke arah kepala si Mohawk.
            “Bella, mereka tak akan mengaku apa-apa.” Mia cuba mententeramkan ku.
            Prang! Kami semua sama-sama baring di atas lantai apabila secara tiba-tiba dinding kaca di belakang kami berderai.
            Aku bangun dan menalakan senjata secara rawak sebelum telefon bimbitku berbunyi.
            Hello baby, suka tak hadiah aku?” Aku tersenyum sinis apabila mendengar suara Tony.
            “Tony, mana kau?”Aku menderam perlahan.
            “Cari aku. Kau kan paling handal dalam game hide and seek ni? Kalau kau gagal jumpa aku dalam masa sepuluh minit, seluruh bangunan Unison akan meletup. Ingat! Datang seorang diri.” Aku menyumpah seranah apabila Tony telah mematikan talian.
            “Periksa kedudukan Tony dan hantar pada aku secepat mungkin.” Aku beri arahan kepada Alex.
            “Van!” Van tunjuk thumb up sebelum laju jari-jemarinya menaip sesuatu di atas papan kekunci. Alex memandang skrin di hadapannya dengan penuh debaran. Operasi malam ni tak boleh gagal!
            Aku memandang bangunan yang setentang dengan hotel Unison sebelum melihat ke arah cermin dinding yang berderai.
            “Kami ikut.” Mia yang baru sahaja mahu bergerak terhenti pergerakannya apabila Bella melarang.
            It’s dangerous. Kau boleh terbunuh.” Mia sudah naik suara.
            “Beritahu aku bila masanya nyawa aku tak berada dalam bahaya?” Aku menjeling sebelum beredar.

•°*”˜ ˜”*°•

“Ah…Tepat pada masanya.” Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Melihatkan Tony sedang bersandar dengan tenang membuatkanku sedikit berapi. Kelihatan L34A1 Silenced berada di sebelah lelaki lewat 40-an itu.
            “Kau nampak gembira jumpa aku.” Tony tersenyum sinis apabila melihat Bella melangkah ke arahnya.
            “Mestilah. Lima tahun aku cuba jejak kau dan akhirnya kini kau berada di depan mata aku.” Aku menalakan senjataku ke arah Tony.
            “Aaa..Aaa..Aaa..Jangan dekat sangat. Aku khuatir tertekan ni sebab terkejut.” Tony menunjukkan sebuah alat kawalan jauh. Aku berhenti.
            “Apa yang kau nak?”
            “Aku suka kau sebab kau paling memahami aku. Buang alat telekomunikasi kau.” Tony menunjukkan isyarat menyuruh aku buang wireless Bluetooth di telingaku.
            Aku tanpa ragu-ragu mengikut arahan lelaki itu.
            Let’s get to the point. Kita lawan dengan tangan kosong. Kau kalah kau mati. Aku kalah aku mati.” Tony meletakkan alat kawalan jauh bom di atas tebing tembok diikuti oleh dua pucuk desert eagle.
            Aku meletakkan senjataku di atas lantai dan menyepaknya ke arah belakang bertentangan dengan badanku. “On!
            Tony menghampiriku dan berhenti. Jarak kami kini hanyalah beberapa tapak sahaja.
            Lady first.” Tony memberi isyarat supaya aku mula menyerang dahulu.
            “Awww..Aku tak kisah kalau kau serang dulu.” Aku buat muka. Tanpa berlengah, kami menyerang antara satu sama lain secara serentak.
            “Budak tu! Apa yang dia fikirkan?” Serene menggumam sendirian apabila melihat perlawanan di antara Tony dan Bella daripada jarak jauh menggunakan teropong.
            “Dia tak fikir. Dia ikut hati.” Mia menyampuk. Serene tergelak kecil.
            Seriously, macam mana kau boleh berkawan dengan orang macam dia?”
            “Gaya kau cakap macam aku buat kesalahan besar berkawan dengan dia.” Mia jongket kening. Dia bersandar dengan tenang di dinding sambil menyemak telefon bimbitnya.
            “Dia gila.” Serene buat muka.
            “Sebab dia gila lah dia jadi ketua operasi kauorang. Aku fikir dunia hari ni juga di penuhi dengan orang-orang gila. Kerajaan patut buat hari orang kurang waras sedunia.” Mia tersengih sebelum beredar. Serene mengerutkan dahinya. Tak faham dengan maksud kata-kata Mia.
            Aku memegang hujung bibir kananku yang terasa pedih. Ada kesan darah.
            Tony jua turut mengesat bibirnya sebelum menjilat kesan darah yang terdapat di balik telapak tangan nya.
            “Dah letih huh?” Aku jongket kening.
            Never.” Tony tersenyum sinis sebelum dia tiba-tiba menyerangku dengan dagger. Aku segera berundur beberapa tapak ke belakang.
            “Main kotor huh?”
            “Di dalam dunia ni bukan semua orang ‘bersih’.” Tony terus-terusan menyerangku. Aku segera menyepak tangan kanan Tony apabila berkesempatan membuatkan dagger yang dipegang oleh nya jatuh ke atas lantai.
            Payback time!” Aku segera menyerang Tony bertali arus tanpa memberikan dia peluang namun entah di mana silapnya Tony berjaya menangkap pergelangan tanganku sebelum dia mengunci pergerakanku. Aku tercungap-cungap mencari udara. Hembusan nafas kasar Tony ku rasai di leherku.
            “Ironi kan..Selalu orang baik mati di tangan orang jahat. Kau…” Aku terkejut apabila Tony tiba-tiba sahaja rebah.
            Aku pandang ke arah seorang jejaka yang memegang besbol bat di tangannya.
            “Kita jumpa lagi cik Elisa.” Ryu tersengih sambil memandang ke arah gadis yang kelihatan terkejut di depannya.
            “Apa yang kau buat di sini?” Aku menyoal sambil menggari tangan Tony dan mengeluarkan telefon bimbitku untuk menghubungi Mia.
            “Aku fikir kau perlukan bantuan?” Ryu memandangku dengan muka tak bersalah.
            “Kau boleh mati tahu tak?!” Aku meramas rambutku.
            “Tapi…Tak…” Ryu buat muka. Sebelum sempat aku balas kata-kata Ryu, pasukan skuad kebangsaan menyerbu. Kelihatan Mia dan Serene di belakang.
            Well..Well..Well..” Mia jongket kening memandangku sebelum memandang ke arah Ryu.
            “Kau uruskan mamat ni.” Aku terus sahaja berlalu.
            “Terima kasih.” Ryu mengukir sengih sebelum senyuman nya mati akibat kepalanya di ketuk oleh Mia.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review