Tuesday, October 4, 2011

The Way You Are [4]

Posted by Snow_Queen at 7:28 PM
Bella menghentikan motosikal di hadapan sebuah rumah. Dia mematikan enjin dan topi keledar ditanggalkan. Ada kenangan yang bertamu sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Suis lampu ditekan dan rumah yang gelap itu dilimpahi cahaya. Meskipun sudah lama dia tak ke sini namun dia akan mengupah orang untuk mengemas rumah ini seminggu sekali.
            Bella menarik nafas panjang sebaik sahaja ternampak potret tuan rumah. Gambar Ryu sedang tersenyum gembira.
            Dia mengambil frame itu dan bawa naik ke bilik yang terletak di tingkat dua. Kalau dahulu, ada Ryu yang memeriahkan rumah itu, sekarang hanya tinggal dia seorang sahaja. Sebab itu setelah kematian Ryu, dia menyewa di luar sahaja. Tak tergamak dia duduk di dalam rumah mereka.
            Ryu yang suka membebel…
            Yang kadang kala akan menangis…
            Yang suka mengacau sewaktu dia sedang masak..
            Atau Ryu yang akan menemani dia berjalan-jalan di taman apabila mereka berdua ada waktu senggang.
            Bella memejam mata, terasa ada air jernih yang mengalir menuruni pipi.
            Bella buka laci meja night stand di sebelahnya. Ada sebuah diari hitam. Dia buka diari tersebut. Nama Ryu yang tertera di muka depan membuatkan dia berdebar-debar. Dahulu, sebaik sahaja dia dapat diari itu terus sahaja dia menyimpan diari berkenaan.      Khuatir dia akan lemas dalam emosi sendiri. Namun hari ini, entah kuasa apa yang menggerakan dia untuk membaca diari mendiang Ryu.
Dengan tangan yang menggigil, dia menyelak halaman seterusnya….

•°*”˜ ˜”*°•

“Semua team sudah bersiap sedia?” Aku memandang Alex yang sedang berkomunikasi dengan setiap kumpulan menggunakan wireless Bluetooth.
            “Serene dan Mia sudah mengambil tempat masing-masing. Kau boleh bergerak sekarang.” Alex memandang Bella yang sedang memeriksa senjatanya. Aku mengangguk dan menyelitkan senjata di sebalik evening dress yang labuh melepasi lutut.
            Oleh kerana operasi malam ini bukan calang-calang, mereka telah berkerjasama dengan skuad polis kebangsaan bawah pimpinan Mia.
            “Kami bergantung pada kau.” Sempat lagi Alex menitipkan pesanan sebelum Bella keluar daripada caravan khas NSU. Bella hanya menunjukkan thumb up sebelum bergerak keluar.
            Dia menyelinap masuk ke dalam barisan orang ramai yang sedang beratur di pintu masuk Hotel Unison. Pada malam ini, sebuah Hotel Unison akan menyambut ulang tahun ke 30 mereka dan NSU mendapat maklumat Tony, penjenayah yang paling dikehendaki akan menyasarkan kumpulan orang ramai di dalam majlis ini sebagai mangsa terbarunya. Tony dikehendaki atas pelbagai kesalahan antaranya menyeludup senjata api.
            “Kami jumpa bom. Ia masih belum di aktifkan lagi. Kemungkinan besar, ianya dikawal oleh alat kawalan jauh.” Aku menahan nafas seketika apabila mendengar perkhabaran itu.
            “Unit bom akan uruskan hal itu. Periksa di tempat lain. Kemungkinan besar terdapat beberapa biji bom ditanam di beberapa tempat lain.” Alex memberi arahan.
            “Cik, kad jemputan.” Tersentak aku dibuatnya apabila pengawal keselamatan di depan pintu Unison menegur. Aku menghulurkan kad jemputanku dan berlalu masuk sepantas kilat.
            Suasana di dalam hotel agak meriah. Kira-kira tiga ratus tetamu dan ke atas menghadiri majlis ini. Pelbagai kerenah manusia dapat ku lihat.
            Semua tetamu jemputan di jemput masuk ke dalam dewan khas kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Wartawan-wartawan yang bertugas pula sibuk mencari bahan berita.
            Aku masuk ke dalam dewan dan duduk di barisan terakhir sekali untuk memudahkan ku menyelinap keluar.
            “Majlis macam ni agak boring kan?” Aku berpaling ke arah kananku.
            “Kan?” Seorang lelaki berpakaian kasual memandangku bersama senyuman nipis. Aku menjeling tag nama yang tertera nama yang tergantung di leher lelaki itu. ‘Ryu? What a name. Wartawan barangkali.’ Desis hatiku
            “Awak siapa?”
            “Huh?” Aku mengerutkan kening apabila disoal secara tiba-tiba oleh Ryu.
            “Orang-orang yang datang ke sini kebanyakan nya adalah pemegang syer di dalam hotel ni dan juga keluarga mereka. Yang lain mungkin juga rakan kongsi, saudara-mara dan sahabat handai..Jadi awak duduk di dalam golongan mana?” Senyuman masih tak lekang daripada bibir Ryu.
            “Bukankah agak kurang adab bertanyakan soalan itu pada orang yang pertama kali berjumpa?” Aku menyelar sikap jejaka di sebelahku.
            “Opss..Nama saya Ryu. Jadi nama cik….” Ryu memandang gadis di hadapannya dengan senyuman nakal.
            “Elisa!” Aku berpaling ke arah hadapan. Lega hatiku apabila salah seorang orang bawahanku yang menyamar memanggil.
            “Excuse me.” Aku memandang Ryu dan beredar.
            Ryu angkat bahu. ‘Orang-orang kaya memang sombong dan cepat perasan. Nak ajak berbual pun ingat kita nak mengorat.’ Desis hati Ryu.
            “Macam mana?” Aku memandang orang bawahanku.
            “Setakat ini sudah tiga biji bom yang dijumpai. Kita tak pasti bila Tony akan melancarkan serangan. Sekarang pakar-pakar dari unit bom sedang berusaha mematikan terus bom itu.” Aku berdehem perlahan. Oleh kerana sebelum memasuki majlis ini aku telah menanggalkan alat komunikasi ku maka aku tak dapat mengetahui sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.
            “Kelibat Tony?” Orang bawahanku menggeleng tanda dia tidak dapat mengesan kelibat Tony buat masa sekarang.
            “Saya keluar sekarang. Buka mata besar-besar dan perhatikan jika ada kelibat Tony dalam majlis ni.” Orang bawahanku mengangguk dan aku terus beredar.

2 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

ap y ryu tulis dalam diari dia 2??? nk tw gak..
sape ryu y baru muncul 2?? jeng jeng jeng

ten milo said...

ni cerita dlm diari ryu tu ke

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review