Tuesday, October 4, 2011

The Way You Are [3]

Posted by Snow_Queen at 7:25 PM
            “Yah! Kenapa lambat?” Serene menyiku lengan Bella yang selamba mengambil tempat duduk di sebelahnya. Bella sudah terlewat lima belas minit. Baru sahaja Bella mahu menjawab, masuk Sir Edward ke dalam bilik mesyuarat yang mempunyai dinding telus pandang. Muka lelaki berumur 56 tahun itu tampak serius sekali.
            “Saya mahu laporan penuh atas kegagalan kamu semua kali ini.” Meskipun bengang, Sir Edward masih mampu mengekang amarahnya daripada meletup.
            “Minta maaf. Saya akan bertanggungjawab.” Alex selaku ketua operasi menundukkan kepalanya ke arah Sir Edward.
            “Maaf? Adakah dengan maaf, kita akan dapat menjejaki Black Dragon dan Molotov? Usaha kita selama hampir setahun ini hanya menjadi sia-sia sahaja.” Sir Edward merengus.
            “Oleh kerana hal malam ini, mereka akan lebih susah untuk dijejaki malah mungkin akan menyepi seketika. Bagaimana kamu semua mahu bertanggungjawab?” Kali ini Sir Edward bangun dari duduknya dan campak file yang dipegangnya ke atas meja.
            Serene hanya menggetap bibir. Sempat dia memandang sekilas ke arah Bella yang kelihatan tenang. Serene menyiku Bella namun Bella hanya buat tidak tahu.
            “Mulai sekarang, kumpulan ini akan dibubarkan dan kamu semua akan duduk di bawah kumpulan baru.” Sir Edward bangun dan membelakangkan anak-anak buahnya. Pening kepalanya mahu menjawab dengan pihak atasan nanti.
            “Ta..Tapi..” Alex mahu bersuara namun Emilia, pakar IT kumpulan itu memberi isyarat jangan bersuara.


            Sir Edward menghampiri tempat duduknya dan menyentuh permukaan meja yang mempunyai butang-butang hologram. Tidak sampai beberapa saat, muncul skrin hologram di dinding yang memaparkan wajah seorang lelaki dan seorang perempuan berserta maklumat diri masing-masing.
            “Park Edison, pegawai terbaik dari WFNU (World Force National Underground) akan dipindahkan ke sini dan dia yang akan mengetuai kumpulan kamu selepas ini. Yang di sebelah kiri itu pula Hwang Nayoung. Dia akan menjadi pembantu kanan kepada Edison. Jika Edison tiada di sini, kamu semua harus patuhi arahan Nayoung. Ambil peluang ini dan belajarlah banyak perkara daripada mereka berdua.” Sebaik sahaja habis berkata-kata, Sir Edward sempat mengisyaratkan kepada Bella agar gadis itu mengikutinya.
            Sebaik sahaja Sir Edward dan Bella menghilang, Alex dan yang lain-lain mengeluh. Ada yang menggosok tengkuk mereka.
            “We’re doomed!” Keluh Van perlahan. Di dalam kumpulan itu, dia berkerjasama dengan Emilia.
            “Apa pula. Lelaki kacak jadi ketua kumpulan kita? Siapa yang tak mahu.” Tia, pakar analisis data kumpulan itu bersuara. Emilia juga mengangguk tanda bersetuju.
            “Geez korang ni.” Serene mengangkat file berura-ura mahu mengetuk kepala kedua-dua orang gadis itu namun sepantas kilat juga Emilia dan Tia menghilangkan diri.
            “Kau okey?” Serene memandang Alex. Alex hanya mengangguk sambil memicit pelipisnya.
            “Dengar kata pegawai-pegawai dari WFNU sombong-sombong belaka?” Yin pakar forensik kumpulan itu bersuara akhirnya.
            “Siapa tahu. Kita tengoklah nanti.” Serene bangun keluar di ikuti oleh Alex. Yin memandang Van namun jejaka itu hanya mengangkat bahu sahaja.

•°*”˜ ˜”*°•

Aku mengambil tempat duduk di depan Sir Edward apabila lelaki separuh abad itu mengisyaratkan agar aku duduk.
            “Bella, dah hampir lima bulan kau kembali berkerja tapi kenapa prestasi kau tak memberangsangkan seperti dahulu? Kau masih tak dapat lupakan Ryu?” Sir Edward merenung anak mata orang bawahannya yang dahulu aktif dan cekap dalam menjalankan sesuatu kes.
            Bella tergamam apabila mendengar ketuanya bertanya soalan yang sedemikian. Tanpa disedari, dia mula menggigit bibir bawahnya. Sir Edward mengeluh perlahan.
            “Bella, kau tak boleh terus macam ni. Aku khuatir pihak atasan akan ambil tindakan disiplin ke atas kau. Aku tak nak kehilangan pegawai terbaik macam kau. Kau faham kan maksud aku?” Aku hanya mengangguk kepala tanda memahami apa yang dimaksudkan oleh ketuaku itu.
            “Balik dan rehat sepuas-puasnya. Aku nak kau datang ke pejabat dengan semangat dan azam baru. Promise me?” Sir Edward menggengam tangan ku. Aku hanya mengangguk kepala.
            “Kami jaga kau sejak kau kecil. Aku nak tengok anak aku yang dulu. Yang kuat dan tabah.” Edward sempat berpesan sebelum Bella menghilang dari biliknya.
            “Yah! Sir nak apa?” Emilia dan Serene menyerbu ku sebaik sahaja aku kembali duduk di tempatku.
            “Tak ada apa-apa. Dia suruh aku balik berehat.” Aku merebahkan badanku ke dada kerusi dan memejamkan mata. Aku mengetuk jari-jemariku ke atas permukaan meja. Menghasilkan irama tak sekata. Emilia yang faham maksud Bella segera beredar ke tempatnya dan kini hanya tinggal Serene yang masih duduk di pinggir meja Bella.
            “Apa yang buatkan kau tak tentu hala dalam Rhythm? atau siapa yang kau nampak?” Serene memuntahkan soalan.
            Aku buka mataku dan memandang frame yang terletak di sebelah komputer riba yang masih terpasang di atas meja. Aku mencapai frame gambarku dan Ryu. Gambar sewaktu dia melamarku menjadi kekasihnya. Tanpa sedar, aku tersenyum nipis.
            “Kalau aku cakap….” Serene menunggu dengan penuh sabar untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh Bella.
            “Aku rasa aku boleh jadi gila kalau duduk sini lama-lama. Aku balik dulu.” Aku bangun dan mencapai jaket kulit yang juga milik mendiang Ryu sebelum beredar. Sebelum itu, sempat aku menutup komputer riba dan meletakkan kembali frame gambarku dan Ryu ke tempat asal. Serene hanya mampu melihat Bella sehingga kelibat rakan nya itu hilang.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review