Sunday, October 2, 2011

The Way You Are [2]

Posted by Snow_Queen at 9:59 PM
           A true friend sticks with you through thick and thin no matter what.

Café Tom&Tom masih dipenuhi dengan pelanggan biarpun jarum jam sudah menginjak ke angka satu pagi. Aku memilih untuk duduk di luar café. Pemandangan kaki lima café  menjadi santapan mata.
            “Babe?” Pandangan ditalakan ke arah hadapan. Seorang gadis berambut hitam dan berpakaian casual mengambil tempat duduk di depan ku yang kosong.
            Gadis itu memegang daguku dan menolak mukaku ke arah kiri dan kanan.
            “Apa hal?” Aku jungkit kening.
            “Kau telefon aku tadi gaya macam ada benda teruk berlaku dekat kau. Aku tengok kau sihat sejahtera saja.” Mia mengukir senyuman sinis buat teman semenjak dari zaman sekolahnya itu.
            “Bukan aku tapi hati aku.” Aku mendengus perlahan.
            “Hati kau? Eh, parah ni. Jom kita pergi ke hospital cepat.” Mia sudah bangun dari duduknya. Beberapa orang pelanggan café Tom&Tom memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan pelik.
            “Mia kau jangan nak buat drama pula di sini.” Mia tergelak apabila melihat muka Bella sudah masam. Suka benar dia mengusik tuan punya badan itu. Maklumlah bukan selalu mereka dapat berjumpa.
            “Okay. Apa masalah kau kali ni?” Tanpa segan silu, dia mengambil minuman Bella dan menghirup minum itu dengan rakus.
            “Aku…Aku nampak Ryu dekat kelab tadi.” Kata-kata Bella berjaya membuatkan Mia tersentak sebelum sebuah keluhan dilepaskan. Cawan di tangan diletakkan kembali ke atas meja.
            “Minggu lepas, kau cakap kau ternampak Ryu dekat pasar raya. Sebulan yang lepas kau kata kau nampak Ryu dekat sebuah shopping complex. Eh! kau ni ada buat dosa besar ke dengan Ryu waktu dia masih hidup?” Mia menggaru dagunya.
            “Hah?” Aku tersentak.
            “Manalah tahu kau ada buat apa-apa ke yang buatkan Ryu kembali hidup dan menghantui kau.” Mia memicingkan matanya memandang ke arah Bella.
            “Kau jangan nak merepek.” Aku sandarkan badanku ke dada kerusi dan menalakan pandangan ke arah kaki lima.
            Mia menongkat dagu. Dia merenung muka Bella. Rasa kasihan menerjah ruang hatinya.
            Sudah hampir setahun suami temannya itu pergi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya namun dia tahu di dalam hati Bella hanya ada Ryu sahaja.
            “Malam ni kau buat operasi lagi bukan? Apa cerita?” Sengaja dia menukar topik.
            “Gagal. Serene tak habis-habis membebel takut kena dengar syarahan Sir Edward selama satu jam tanpa henti.” Aku tergelak kecil. Begitu juga Mia.
            “Kau tak takut?”
            “Aku dah lali.” Aku tersenyum nipis. Mia tergelak.
            “Aku nasihatkan kau lupa sahaja fasal kau terjumpa ‘Ryu’ tu. Mungkin pelanduk dua serupa. Lagipula Ryu mana pernah jejak kaki ke tempat-tempat hiburan macam tu. Laki kau tu cintakan kamera dia lebih daripada kau.” Mia tersenyum nipis.
            Aku tergelak perlahan. Ada kebenarannya di sebalik kata-kata Mia. Sepanjang bersama Ryu, tidak pernah pula aku nampak Ryu menjejakkan kaki ke tempat-tempat sosial begitu. Masa Ryu banyak dihabiskan dengan membaca dan menangkap gambar. Cinta Ryu kepada dunia fotografi membuatkan suamiku itu kerap menjelajah ke merata-rata tempat.
            “Terima kasih Mia.” Aku menggengam kedua-dua belah tangan sahabatku itu.
            “No biggie. Aku sentiasa ada untuk kau.” Mia tersenyum nipis. Beberapa saat kemudian, telefon bimbit Mia berbunyi. Mia memandang skrin telefonnya.
            “Angkatlah.” Aku tersenyum nipis seraya menghirup minumanku yang kini tinggal tidak sampai separuh kerana sudah dibelasah oleh Mia terlebih dahulu.
            “Aku kena pergi dulu. Ada mesyuarat tergempar.” Mia sudah bangun dari duduknya.
            “Baiklah puan!” Kerjaya Mia sebagai ketua pegawai siasatan bahagian jenayah sentiasa membuatkannya sibuk. Mungkin sebab itulah Mia masih bersendirian sehingga kini.
            Ah! Kau pun apa kurangnya. Dulu pun kau selalu sibuk sampai makan minum pun terabai.
            Tapi…Itu dulu..Sebelum aku jumpa Ryu. Aku tersenyum sendirian.
            Skrin telefon bimbit ku kerling sekilas sebelum ku jawab.
            “Bella! Meeting! Now!” Jelas suara Serene di hujung talian.
            “On my way.” Talian diputuskan dan motosikal berkuasa tinggi milik mendiang Ryu meluncur laju di atas jalan raya.

1 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

tah2 mmg ryu x??? dia kemalangan sbb kianat??? then hilang ingatan??? hishhh hehehe i-p
xsabar nk tw betul x tue ryu

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review