Saturday, October 29, 2011

The Way You Are [10]

Posted by Snow_Queen at 10:40 PM

Meskipun ucapan takziah bertali arus diucapkan padaku, entah mengapa aku seolah-olah tidak memahami apa yang diperkatakan mereka. Otak ku menjadi beku untuk proses apa yang sedang berlaku kini. Aku lihat, masih ada beberapa orang yang sedang memberi penghormatan terakhir di kubur ahli keluargaku.
            Mia, semenjak daripada pagi tadi, setia menemani aku. Ke mana sahaja aku pergi, dia akan mengekoriku.
            “Bella.” Aku mendongak dan pandangan mataku bertemu dengan Edison. Aku lihat Nayoung sedang menunggu di tepi kereta di luar tanah perkuburan.
            “Tabah okay.” Aku hanya menjadi kaku apabila Edison memeluk ku.
            Langkah Edison terhenti apabila mendengar ayat Bella. Dia memalingkan badannya menghadap ke arah Bella. Khuatir tersalah dengar.
            “Aku berhenti! Aku akan hantar surat rasmi nanti.”
            “Bella, jangan macam ni. Aku tahu kau sekarang sedang hilang pertimbangan.” Edison memujuk.
            “Aku datang kemas barang-barang aku nanti.” Tanpa memberi peluang kepada Edison untuk berkata apa-apa lagi, aku terus sahaja beredar.
            Mia melirik mata ke arah Edison semasa berpapasan dengan lelaki itu. Ada makna di sebalik renungan yang diberikan oleh Mia kepada Edison. Makna yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

•°*”˜ ˜”*°•

Aku merebahkan badan ke atas katil. Meskipun suhu badanku naik mendadak, aku buat tidak peduli. Gambar yang ditangkap semasa majlis perkahwinanku, aku bawa ke dada dan peluk dengan erat. Seolah-olah kini aku sedang memegang nyawaku.
            “Jom.” Aku menarik tangan Ryu yang sedang ralit menghadap majalah kegemarannya.
            “Pergi mana?” Ryu mengerutkan kening. Setahunya, dia tidak berjanji mahu ke mana-mana dengan Bella hari ini.
            “Boringlah duduk rumah. Jom keluar.” Aku tayang sengih. Ryu mengukir senyuman manis sebelum mencempung tubuh isterinya.
            “Nak pergi mana?” Aku buat muka blur apabila melihat kami sedang menuju ke arah bilik tidur.
            “Saya ada idea yang lebih baik daripada itu.” Ryu tayang sengih nakal.
            Aku mengerdipkan mata beberapa kali apabila Ryu membaringkan aku di atas katil.
            Dia kemudiannya baring di sebelahku dan memeluk ku erat.
            “Apa ni?” Aku sudah buat muncung. Ryu sudah ketawa galak.
            “Kenapa? Apa yang awak fikirkan?” Ryu merenung ke dalam anak mata Bella. Aku hanya memukul bahu Ryu tanda protes.
            “Daripada kita buang masa dekat luar, saya nak duduk macam ni dengan awak sepanjang hari ni. Tanpa gangguan.” Ryu mengucup dahi Bella sebelum turun ke  hidung dan seterusnya bibir mungil milik isterinya.
            “Ryu, awak bahagia?” Aku merenung Ryu.
            Ryu mengirai rambutku dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya bersatu dengan tangan kiriku.
            “Mestilah. Pertama kali kita berjumpa, hati saya kuat mengatakan awak adalah sebahagian daripada diri saya yang hilang and I glad that I finally found my other half. I found you the one person to stay by my side.” Aku ketawa kecil apabila mendengar jawapan Ryu.
            “Tapi pertama kali kita jumpa, saya bencikan awak.” Ryu mengukir senyuman sinis apabila mendengar jawapanku.
            “Dan lihat apa yang kebencian tu buat. Awak sekarang sedang bersama dengan orang yang awak benci.” Aku ketawa kegelian apabila Ryu menyerangku dengan ciuman yang bertalu-talu di muka.
            Aku buka mata apabila sinaran matahari jatuh tepat di muka. Dengan sakit kepala yang masih bersisa, aku bangun dan mengeluh. Satu lagi hari yang mesti aku tempuhi tanpa sesiapa di sisiku.
            “Dah bangun?” Aku memandang ke arah pintu. Mia masuk dengan menatang dulang di tangan.
            “Mana kau tahu aku di sini?” Aku memandang Mia yang sedang meletakkan dulang di atas katil.
            “Aku tahu kau mesti akan ke sini kalau kau sedih. Makan ni sebelum makan ubat. Aku rasa demam kau dah kebah.” Mia menghulurkan sudu ke arahku. Aku memandang bubur di dalam mangkuk dengan pandangan kosong.
            “Ryu, ibu, ayah dan Kevin mesti mahu lihat kau hidup dengan gembira Bella. Kalau kau sedih begini, nanti mereka tak tenang.” Mia menepuk bahuku perlahan.
            “Macam mana aku nak hidup kalau mereka dah tiada Mia? Aku dah tak punya sesiapa.” Aku mengaduh kecil apabila Mia mencubit lenganku.
            “Kecil hati aku. Kan aku dah kata aku ada untuk kau.” Mia bangun daripada duduknya menghala ke arah pintu.
            “Mia…”
            “Bila kau dah bersedia, turun. Aku sentiasa tunggu kau.” Aku mengukir senyuman tawar apabila mendengar kata-kata Mia. Sekurang-kurangnya, aku masih ada Mia…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review