Sunday, October 2, 2011

The Way You Are [1]

Posted by Snow_Queen at 9:56 PM
Kawasan kelab malam Rhythm tidak putus dengan pengunjung yang datang bertali arus. Di satu sudut, seorang DJ perempuan sedang memainkan lagu-lagu rancak untuk terus menghiburkan pengunjung-pengunjung Rhythm yang dahagakan hiburan.
            Di kawasan pintu masuk, terdapat beberapa orang pengawal berbadan tegap yang mengawal pintu masuk. Setiap pengunjung yang datang, akan diperiksa dengan teliti. Sebarang senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kelab.
            Seorang lelaki dan seorang perempuan berdiri menanti giliran mereka diperiksa. Selepas selesai melalui pemeriksaan, mereka masuk ke dalam kelab malam itu dengan senyuman sinis terukir di bibir.
            “Serene dan Richie dah masuk.” Seorang lelaki yang sedang melihat skrin di hadapannya memberitahu keadaan semasa kepada rakan-rakannya.
             Si DJ membetulkan bluetooth di telinga untuk mendengar status terkini.
            Lampu di lantai tari menjadi malap. Lagu-lagu yang dimainkan terus bertukar mengikut mood. Sekejap lagu rancak sekejap lagu berentak perlahan.
            Di dalam sebuah bilik VVIP yang terletak di aras satu, terdapat dua kumpulan mafia terbesar yang paling dikehendaki sedang menjalankan urus niaga. Satu kumpulan menggelarkan diri mereka Black Dragon manakala satu lagi menggelarkan diri mereka Molotov. Alex melihat skrin di depannya. Gambar-gambar suspek di ambil dari pelbagai sudut.
            “Amelie, fokuskan ke arah barang-barang mereka.” Elex memberi arahan.
            Amelie menyelak rambutnya ke belakang telinga untuk memberi laluan kepada kamera kecil yang diselit di bahagian telinga. Dia mendekatkan diri ke salah seorang ketua mafia yang berada di dalam bilik VVIP itu untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai barang urus niaga mereka. Pinggangnya dipeluk erat oleh ketua mafia dari kumpulan Black Dragon, Ben.
            “Team A bersiap sedia untuk mengepung seluruh bangunan Rhythm dan Team B bersiap sedia untuk menyerbu masuk apabila terima arahan daripada Serene dan Richie.” Alex terus memberikan arahan.
            Serene dan Richie mendekati bilik sasaran mereka dan menari berhampiran di situ.
            “Bilik tu di kawal oleh empat orang pengawal.” Serene menjeling sekilas.
            “Sayang, takkan takut kot?” Richie tersenyum sinis. Pinggang Serene dirangkul erat.
            “Aku? Takut? Serene tersenyum sinis. Mereka berdua kembali masuk ke dalam khalayak ramai untuk mengaburi mata pengawal-pengawal berkenaan.
            DJ menukar lagu ke lagu rancak dan Serene serta Richie mengambil kesempatan itu untuk menyerang pengawal-pengawal di depan pintu VVIP tersebut tanpa menggunakan sebarang senjata.
            “Serbu!” Serene memberi arahan apabila melihat urus niaga hampir selesai. Team B masuk menyerbu membuatkan pengunjung-pengunjung bertempiaran lari. Bunyi tembakan mula kedengaran.
            Dia melihat dua orang ketua mafia Molotov dan Black Dragon dapat meloloskan diri. Tanpa bertangguh, dia mengejar kedua-dua orang ketua mafia berkenaan. Pergerakannya menjadi sukar apabila terpaksa mengharungi pengunjung-pengunjung Rhythm yang masih cuba keluar dari kelab berkenaan. Dalam keadaan kelam-kabut itu, matanya dapat menangkap kelibat seseorang yang berjaya membuatkan dia kaku seketika.
            “Bella!” Serene menjerit dan melepaskan tembakan ke arah belakangnya.
            “Fokus babe!” Serene memarahi rakannya itu. Bella hampir-hampir ditembak tadi. Nasib baik dia sedar akan hal itu. Terus dia menarik Bella keluar dari kelab malam itu.
            Di luar, beberapa kereta polis dan NSU (National Security Underground) sudah mengepung bangunan Rhythm.
            “Ma’am!”
            “Ketua Molotov dan Black Dagon terlepas.” Lapor salah seorang pegawai polis.
            “Habislah kita kena bantai lagi dengan orang tua tu.” Serene meramas rambutnya. Dia memandang ke arah Bella yang kelihatan masih di dalam dunianya sendiri.
            “Weh! Kau apa hal?” Serene menyiku lengan Bella.
            “Oh! Aku..Aku..”
           “Kau boleh lagi berangan? Kau tahu tak kedua-dua orang ketua mafia tu dah terlepas? Habislah kita kena bebel lagi.” Serene mengeluh kasar.
            “Aku akan kejar mereka.” Dia mahu bergerak namun Serene menarik lengannya.
            “Kau ni kenapa? Diaorang dah terlepas kau tahu tak. Celah mana kau nak cari?” Serene menyepak tayar van di belakangnya dan beredar.
            “Okay.” Bella kembali memandang ke arah jalan raya di depannya dengan pandangan kosong. Jantungnya berdegup laju. Siren polis dan ambulans yang kedengaran serta orang ramai yang lalu lalang tak diendahkan.
            “Bella.” Alex menghulurkan botol air mineral kepadanya.
            “Kau kenapa? Serene cakap kau macam kena sampuk dengan hantu.” Alex memandang Bella dengan pandangan risau.
            “Aku okay.” Penutup air botol tadi dibuka dan dia menyimbah kepalanya dengan air tersebut. Alex menggeleng perlahan melihat kelakuan Bella. Dia mendapatkan orang-orang bawahannya untuk menguruskan apa yang patut. Manakala Bella masih berdiri di situ. Terus cuba menenangkan jantungnya yang masih rancak berdegup.

1 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

nape 2 bella??? suspen nieh.. tq tuqn tanah i-p

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review