Saturday, September 3, 2011

Black Fantasy: The Diary [36]

Posted by Snow_Queen at 10:05 PM

Aku mengeluh kehampaan apabila cubaanku yang entah kali ke berapa untuk menghasilkan unlimited masih tidak berhasil sedangkan masa semakin suntuk. Aku memasukkan kembali keenam-enam batu secret scarlet ke dalam kantung kain berwarna putih susu dan mengikat tali kantung berkenaan di pinggangku.
            
       Pemandangan air tasik di depanku tidak aku endahkan. Semalam, pasangan adik-beradik Hyun memberitahuku bahawa Lady Riana sudah mula menggerakkan bala tenteranya untuk mencariku. Sesiapa yang gagal memberikan maklumat, akan dibunuh tanpa belas kasihan.
            Aku tertanya-tanya sama ada Big Bang masih berada di sini atau sudah pulang ke St.Navy. Aku tidak mahu mereka di apa-apakan. Terdetik penyesalan di hatiku. Adakah kerana kedegilan aku mahu meneruskan kes ini telah menyebabkan semua ini terjadi? Penduduk-penduduk St.Blair sekarang hidup di dalam ketakutan. Semuanya kerana aku.
            Aku membalikkan tubuhku menghadap ke arah bunyi derapan tapak kaki. Yoseob menarik sengih apabila dia berdiri di hadapanku. Aku hanya senyum seadanya sebelum menghempaskan badanku ke atas rumput.
            “Kenapa?” Yoseob turut merebahkan badannya di sebelahku.
            “Lady Riana sudah gerakkan bala tenteranya. Ramai orang mati sebab aku. Aku rasa tak tenteram.” Aku meluahkan rasa hatiku pada Yoseob yang kini sudah aku anggap sahabat.
            “Kalau macam tu, kau mesti berusaha menghasilkan unlimited untuk membela kematian mereka.” Yoseob menggengam tanganku.
            “Huh! Itu satu masalah juga. Sudah hampir dua minggu berlalu tapi aku masih tak dapat nak menghasilkan unlimited. Aku dah tak tahu nak guna cara apa lagi untuk seru unlimited.” Aku mengembungkan pipi. Benar, sudah pelbagai buku aku selak dan pelbagai teori sudah aku guna untuk menyeru unlimited namun masih juga tidak berhasil.
            “Junhyung, dia macam mana sekarang?” Aku menelengkan kepala ke arah kiriku untuk melihat wajah Yoseob.
            Yoseob mengeluh perlahan. “Makin serabut bak kata Doo Joon. Dia dalam dilema sama ada mahu buru kau sendiri atau serahkan saja kau pada Lady Riana. Makin lama dia makin tersepit antara keinginan mahu melindungi kau dan mahu mencari pembunuh sebenar ibu bapanya.”
            Aku menggengam tangan Yoseob. “Kau rasa menyesal sebab sertai aku? Kerana aku, kau dan Junhyung bergaduh. Aku rasa tak sedap.”
            Yoseob tergelak kecil sebelum memandangku. “Ini keputusan aku dan benda ini tak ada kena mengena dengan kau. Ini, aku ada hadiah untuk kau. Tak tahu sama ada ini masa yang betul untuk serahkan pada kau atau tidak.” Yoseob bingkas bangun dan menyeluk sesuatu di dalam kotnya. Aku turut bangun.
            Sebuah diari lusuh diletakkan di atas pahaku. Aku membelek diari dan memandang Yoseob dengan pandangan pelik.
            “Winnie yang minta serahkan pada kau. Sepatutnya Doo Joon serahkan benda ini kepada kau semenjak dari awal tapi, dia tak berkesempatan. Dia minta aku serahkan benda ini bagi pihak dia. Bacalah.” Yoseob menepuk bahuku dan beredar meninggalkan aku sendirian.
            Aku membuka muka surat pertama diari berkenaan. Hatiku berdebar-debar apabila melihat nama nenek Rowena tertulis di kulit diari berkenaan. Dengan tidak sabar, aku menyelak muka surat pertama.
20/3
Hari ini, adalah hari yang paling bertuah bagiku. Tiada benda yang paling bermakna bagiku selain daripada terpilih menjadi pembantu kepada Amy, ahli sihir yang paling digeruni oleh semua orang dan semua kerajaan. Hatta, seluruh alam dan binatang pun akan menggigil apabila mendengar nama Amy.
Mereka menyatakan Amy jahat akan tetapi, mereka tidak pernah sesekali mahu memahami Amy, Aku mahu mengenali dan mempelajari segala ilmu daripada Amy meskipun aku dipulaukan oleh ahli keluargaku.
30/6
Sudah agak lama aku tidak menulis di sini. Kesibukanku sebagai pembantu Amy membataskan masa ku untuk selalu menulis. Walaupun baru beberapa bulan aku menjadi pembantu Amy, aku seolah-olah telah memahami ahli sihir itu semenjak sekian lama. Rupa-rupanya Amy tidaklah sekejam seperti yang digambarkan oleh orang-orang tempatan. Amy tidak pernah kacau mereka sekiranya dia tidak di ganggu oleh orang lain. Malah, Amy sendiri selalu menasihati kami agar jangan menjadikan orang-orang tempatan sebagai mangsa uji kaji kami. Di sini, aku telah pelajari pelbagai perkara dalam masa yang singkat. Oh…Aku harus pergi dahulu kerana aku, Zyra dan Ell harus ke Black Dust untuk mencari bahan-bahan untuk uji kaji kami yang seterusnya.
            Black Dust..Tempat di mana mayat mama dan nenek Rowena dijumpai…
            Aku menutup diari milik nenek Rowena apabila namaku di panggil oleh seseorang.
            “Dean nak jumpa kau.” Vic, salah seorang rakan G memandangku.
            Aku bangun dari duduk ku dan berlari-lari anak menuju ke kediaman baru ku sebelum langkah ku terhenti.
            “Vic, Black Dust..Apa yang ada dalam hutan tu?” Aku memandang Vic dengan rasa ingin tahu.
            Vic menggaru kepalanya sambil berfikir. “Aku tak pasti tapi dengar kata, kebanyakan ahli sihir selalu ke sana untuk mendapatkan bahan-bahan potion mereka.”
            Aku menganggukan kepala dan beredar tanpa menunggu reaksi Vic.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review