Saturday, September 17, 2011

Black Fantasy [41] FINAL

Posted by Snow_Queen at 11:37 PM
Yu Jin tertunduk malu. Semenjak dari tadi, mereka berdua berjalan tanpa arah tujuan. Siapa sangka hari ini, hatinya telah terbuka seluas-luasnya untuk orang yang kini berada di sampingnya tapi…Adakah semua ini hanya mimpi? Mimpi yang akan pecah berderai sebaik sahaja dia terjaga daripada mimpi.
            “Kenapa diam? Selalunya kau banyak mulut.” Junhyung menyiku Yu Jin yang diam membisu.
            “Kau punya fasal lah.” Yu Jin menjeling. Junhyung jongket kening tanda tidak dia tak memahami kata-kata Yu Jin.
            “Siapa suruh kau buat hati aku kacau bilau.” Yu Jin meniup rambut yang jatuh ke dahi dan berjalan laju meninggalkan Junhyung.
            Junhyung tergelak kecil dan berlari mendapatkan Yu Jin. “Kalau macam tu, aku akan pastikan hati kau kacau setiap saat selama mana kita masih bersama…Buat selama-lamanya.” Tangan Yu Jin diraih dan digenggam erat. Yu Jin terdiam apabila mendengar kata-kata Junhyung. Dia juga inginkan begitu tetapi bagaimana kalau dia mati dahulu?
            “Apa yang kau fikirkan?”
            “Aku terfikir bagaimana kalau aku mati dahulu? Apa yang kau akan buat?” Yu Jin merenung wajah Junhyung yang tampak cengkung.
            “Aku tak akan benarkan itu berlaku sebaliknya aku akan melindungi diri kau sungguhpun diri aku terkorban.” Junhyung membawa tangan Yu Jin ke dadanya. Yu Jin hanya tergelak. Malas dia mahu berlawan kata dengan Junhyung.
***
“Semuanya telah bersiap sedia?” Junhyung memandang wajah-wajah insan yang berada di depannya. Masing-masing menganggguk. Terlukis keyakinan di wajah masing-masing.
            “Xioz dan Ghost clan serta adik beradik Hyun sudah uruskan apa yang patut. Selepas ini, segala-galanya bergantung pada diri kita. Mari kita buat yang terbaik untuk menghalang raja kegelapan daripada hidup kembali!” G memandang wajah rakan-rakannya.
            Semua orang mengambil posisi masing-masing setelah mereka berbincang sekali lagi tentang strategi mereka.
            Junhyung memandang wajah Yu Jin. Yu Jin mengangguk tanda memberi sokongan kepada Junhyung. Junhyung mengucup dahi Yu Jin..Buat kali terakhir mungkin.
            Yu Jin membiarkan pergelangan tangannya diikat oleh Junhyung sebaik sahaja mereka sampai di kawasan Lady Riana.
            Lady Riana turun dari takhtanya dan mencengkam wajah Yu Jin sebaik sahaja gadis itu menjejak kaki ke dalam kamar Lady Riana.
            “Muka kau mengingatkan aku pada si tua bangsat Rowena. Kalau bukan dia, sudah pasti aku memiliki Amytheist.” Yu Jin memalingkan mukanya daripada memandang Lady Riana.
            “Perangai sombong kau pun sebiji macam wanita tua tu tapi malangnya dia sudah mati. Aku yang bunuh dia. Apa yang kau boleh buat?” Mata Yu Jin terbeliak apabila mendengar kata-kata Lady Riana. Dia cuba untuk menyerang Lady Riana namun Junhyung dengan pantas memegang tali jampi yang mengikat pergelangan tangan Yu Jin agar pergerakan gadis itu kaku. Setiap kali tali itu ditarik, seseorang itu akan merasakan kesakitan yang amat sangat. Junhyung mengeraskan hatinya apabila mendengar laungan Yu Jin. Lady Riana tergelak besar.
            “Mana secret scarlet yang terakhir?” Lady Riana memandang Junhyung.

            Di luar sana, alam telah lama memuntahkan isi langit. Tim memandang langit dengan penuh perasaan risau. Sebaik sahaja gerhana bulan berlaku, hujan terus turun dengan mencurah-curah menyebabkan mereka tidak dapat mengagak berapa lama masa gerhana akan berlaku.
            “Apa yang kau risaukan?” Dean memandang Tim, ketua kumpulan Xioz.
            “Kau tahu apa yang aku risaukan kan? Sekarang, pertarungan antara hidup dan mati sedang berlaku. Kalau semuanya tidak menjadi seperti yang dirancang, we’re doom.” Tim mengeluh kasar.
            “Sekarang, semuanya terpulang pada Yu Jin, Beast dan Big Bang. Macam mana pun pengakhiran nya, aku bersyukur sebab dapat tolong Yu Jin.” Blue menyampuk.
            “Mereka dah datang, bersiap sedia. Ini pertarungan kita.” Sara menarik hoodie menutupi kepalanya. Nun di bawah sana, dapat mereka lihat segerombolan askar-askar Kreig dan Lady Riana sedang menuju ke satu arah. Tim melepaskan isyarat ke udara tanda masa untuk menyerang sebelum mereka sendiri mengambil posisi masing-masing untuk menentang pengikut-pengikut kegelapan itu.
***
Top menahan hati melihat muka Yu Jin yang berkerut menahan kesakitan sebaik sahaja Lady Riana serta orang-orangnya melalui kawasan tempat pemujaan untuk menghidupkan kembali Amytheist. Ada darah yang mengalir di bibir gadis itu.
            “Tuan, lihat apa yang aku bawa.” Lady Riana merampas tali jampi dari tangan Junhyung dan memaksa Yu Jin ke hadapan sedikit.
            Kreig yang telah lama menunggu di situ memandang wajah seorang gadis yang dilitupi dengan rambut. Perlahan-lahan dia menghampiri Yu Jin dan menyelak rambut yang menutupi muka Yu Jin. Kreig ketawa besar.
            “Ini hadiah yang cukup bermakna. Oleh kerana Rowena tak sempat untuk menyaksikan kebangkitan semula Amytheist, kau aku benarkan untuk menyaksikan kejadian itu berlaku. Kau akan dapat merasai kehebatan Amytheist…Kuasanya…” Ketawa kreig bergema lagi.
            “Gila!” Kreig tersenyum sinis apabila mendengar jawapan Yu Jin.
            “Jadi, apa rasanya Yu Jin…Apabila kawan-kawan satu sekolah kau mati? ahli keluarga kau mati?”
            Yu Jin terdiam apabila mendengar kata-kata Kreig. Big Bang dan Beast juga terkejut mendengar kata-kata Kreig.
            “Adakah…”
            “Betul. Aku yang mengarahkan orang-orang aku yang kelaparan untuk menyantap roh teman-teman kau. Hanya dengan cara begitu sahaja mama kau akan hantar kau ke St.Navy dan kau terpaksa belajar ilmu magis. Segala-galanya sudah dirancang Yu Jin dan hari ini, kau akan menyaksikan usaha nenek kau yang tak guna itu hancur berkecai begitu sahaja.”
            “Kenapa?! Kau…” Yu Jin cuba untuk menyerang Kreig namun Lady Riana terlebih dahulu menarik tali jampi tangan Yu Jin menyebabkan gadis itu menjerit nyaring.
Top yang tidak tahan melihat Yu Jin mahu menyerang namun ditahan oleh G.D dan Taeyang terlebih dahulu.
            “Aku takkan dapat hidupkan Amytheist kalau pewaris-pewaris secret scarlet tidak mempunyai aura magis. Secret scarlet ini bersifat menyerap aura magis tuannya. Pendek kata kalau tiada aura untuk daripada pewaris keturunan ketiga, secret scarlet hanyalah batu-batu yang tidak berguna.” Kreig memberi isyarat kepada Lady Riana agar mereka bergerak ke kawasan pemujaan.
            Lady Riana membawa dulang yang berisi enam batu secret scarlet ke arah satu batu yang sederhana tinggi dan terletak di kawasan tengah-tengah bangunan pemujaan. Yu Jin mengerdipkan matanya beberapa kali yang kabur akibat hujan. Beberapa ketika kemudian, pandangan mereka semua terpaku pada beberapa orang yang berjubah putih memasuki kawasan pemujaan. Setiap seorang daripada mereka membawa sumbu api.
            “Kita dah buang banyak masa. Laksanakan upacara sekarang!” Kreig memberi arahan.
            Salah seorang lelaki yang berjubah putih tadi mengambil dulang yang berisi batu-batu secret scarlet dan meletakkan batu-batu itu satu per satu ke dalam lubang yang terdapat di permukaan batu berkenaan.
            Selepas beberapa ketika, lelaki-lelaki berjubah putih tadi membaca sesuatu.
            Kreig kelihatan resah apabila beberapa minit telah berlalu namun tiada apa-apa perubahan yang terjadi.
            “Batu ini bukan secret scarlet tapi hanyalah batu-batu biasa sahaja.” Kreig memandang Yu Jin sebaik sahaja mendengar kata-kata gadis itu.
            “Kau ingat kau cerdik? Aku lagi cerdik daripada kau!” Yu Jin membetulkan urat pergelangan tangannya.
            “Junhyung!” Lady Riana memandang Junhyung. Junhyung hanya tayang sengih.
            “Untuk orang yang bertanggungjawab bunuh kedua ibu bapa aku, aku tak akan lepaskan dia dengan begitu mudah!” Junhyung dan Beast mengeluarkan senjata masing-masing. Begitu juga Yu Jin.
            Big Bang dan beberapa orang bawahan Beast turut meluru keluar dari tempat persembunyian mereka apabila melihat bangunan pemujaan sudah bertukar menjadi medan perang.
            Bunyi semboyan menyebabkan xioz dan ghost clan memandang ke arah langit. Adik beradik Hyun, G serta orang-orang bawahan mereka juga tak ketinggalan berbuat demikian.
            “Semoga kau berjaya, Yu Jin.” G tersenyum sinis sambil menghunuskan pedang ke perut salah seorang musuh yang menyerangnya.
            Pertarungan di bangunan pemujaan menjadi semakin sengit. Bau hanyir darah di mana-mana. Sudah banyak yang tercedera dan terkorban.
            Yu Jin menahan serangan bertalu-talu daripada Lady Riana dengan pedang. Lady Riana mengaduh kesakitan apabila perutnya ditendang oleh Yu Jin menyebabkan dia terpelanting ke dinding tempat pemujaan. Darah tersembur keluar daripada mulutnya.
            Lady Riana menyentap tangan Yu Jin sebaik saja Yu Jin cuba mengejar Kreig. Yu Jin terasa pijar di muka apabila dia diserang oleh jampi. Lady Riana mengambil kesempatan itu dengan menghunuskan pedang tepat ke arah Lady Riana namun sempat ditepis oleh Yu Jin. Yu Jin melihat lengannya yang terasa panas. Ada cecair merah yang mengalir keluar. Baru sahaja Lady Riana mahu menyerang lagi, Top terlebih dahulu menolong Yu Jin.
            “Pergi cari Kreig. Aku akan uruskan perempuan ni!” Yu Jin mengangguk dan terus berlari mendapatkan Kreig yang entah lari ke mana.
            Meskipun dia terkejut apabila melihat kemunculan big bang namun dia bersyukur apabila kedatangan mereka sedikit sebanyak membantu. Aku pasti akan balas budi baik mereka suatu hari nanti, tekad Yu Jin dalam hati.
            Kreig tersungkur apabila dia diserang bertalu-talu oleh bebola cahaya biru yang muncul entah dari mana.
            “Aku akan pastikan kau bayar setiap titisan darah orang-orang kesayangan aku!” Yu Jin menjerit nyaring. Terbayang wajah ceria Nina dan Zea serta wajah mama dan Rowena.
            Yu Jin melibas pedang ke arah Kreig namun lelaki tua itu terlebih dahulu menyerang Yu Jin dengan magis menyebabkan Yu Jin mengaduh kesakitan.
            “Kau nak kalahkan aku? Tunggu seribu tahun lagi.” Yu Jin menyerang Kreig bertalu-talu dengan magisnya namun Kreig melancarkan shield terlebih dahulu.
            Mata Yu Jin menjadi kabur secara tiba-tiba. Dia menggelengkan kepala beberapa kali dan melancarkan serangan secara membuta tuli.
            Kreig yang seakan dapat membaca situasi Yu Jin melancarkan serangan magis tepat ke perut anak gadis itu.
            Yu Jin rebah di atas tanah. Badanya tidak dapat bergerak. Dia terasa kesakitan yang amat sangat. Segala memori muncul di ruang mindanya. Yu Jin ketawa sendiri. Dia yang bodoh kerana menyangka dapat menewaskan Kreig namun kini sebaliknya yang akan berlaku. Menyerang tanpa unlimited sama seperti membunuh diri. Dia ingat, dia dapat menewaskan Kreig tanpa unlimited namun ternyata telahan nya tersasar jauh.
                                 
            Kreig mengangkat tangannya tinggi tanda mahu melancarkan serangan terakhir namun pergerakannya terhenti apabila ada cahaya putih yang mengalir seakan-akan sungai. Cahaya itu membentuk corak yang tertentu.
            Semua orang yang berada di bangunan pemujaan terhenti pergerakan mereka apabila melihat beberapa magic circle of runes bercahaya di beberapa tempat. Semuanya mengalirkan cahaya bagaikan air sungai.
            Top mengambil kesempatan menghunuskan senjatanya tepat ke arah jantung Lady Riana apabila wanita itu kelihatan terpinga-pinga. Darah hitam wanita itu memercik sehingga terkena mukanya. Top tersenyum sinis.
            Kreig mengundur ke belakang beberapa langkah apabila melihat kesemua cahaya putih itu menghala ke arah Yu Jin. Dia cuba melancarkan serangan jampi ke atas Yu Jin namun semuanya tidak berkesan. Seolah-olah tubuh gadis itu dilindungi sesuatu.
            Yu Jin terasa mindanya kosong sebelum jatuh pengsan. Kreig melihat tubuh Yu Jin perlahan-lahan bangkit daripada pembaringannya. Mata gadis itu hitam kesemuanya.
Kreig makin tak keruan apabila mendengar Yu Jin ketawa kecil.
            “Acineanah!” Kreig melancarkan serangan jampi pembunuh apabila melihat Yu Jin mula bergerak ke arahnya namun gadis itu hanya menepis jampi Kreig dengan hanya menggunakan tangan.
            “Sudah tiba masanya kau mati dan tak kembali lagi!” Yu Jin menjerit nyaring dan berlari ke arah Kreig dalam kelajuan yang amat pantas. Dia melayangkan tangannya ke arah tengkuk Kreig sebelum kepala lelaki itu bercerai daripada jasadnya.
          G.D yang kebetulan melihat akan hal itu tergamam. Bagaimana tangan Yu Jin boleh bertukar menjadi pedang? Malah bentuk pedang itu juga amat unik dan cantik!
            Yu Jin meletakkan telapak tangannya ke atas badan Kreig dan secara perlahan-lahan bunyi jeritan yang nyaring bergema sebelum tubuh pemuja ilmu hitam itu hancur menjadi debu.
            G.D segera menyambut Yu Jin sebelum tubuh gadis itu mencium bumi. Serentak dengan itu, hujan berhenti turun dan langit kembali cerah.
            G.D mencempung tubuh Yu Jin dan membawanya ke arah tapak pemujaan.
Top dan yang lain-lain menyerbu G.D.
            “Jangan cakap…” Seungri tak dapat menghabiskan kata-katanya.
            “Dia hanya pengsan. Jangan nak fikir yang bukan-bukan.” G.D menyelar Seungri. Seungri hanya mampu sengih sahaja. G.D meletakkan tubuh Yu Jin ke atas tanah.
            “Kumpulkan mayat-mayat orang kita. Yang cedera tu kita rawat.” G.D memberi arahan. Yang lain-lain mengangguk tanda memahami.
            Yu Jin terbatuk secara tiba-tiba. Perlahan-lahan dia buka mata.
            “G.D?” G.D memberi Yu Jin air minuman.
            “Macam mana?” Yu Jin menggengam tangan G.D.
            “Kita dah menang. Kau dah menang Yu Jin!” Yu Jin terus sahaja memeluk G.D apabila mendengar kata-kata jejaka itu. Dia segera meleraikan pelukan apabila teringatkan Junhyung.
            Segera dia bangun untuk mencari Junhyung namun senyuman di bibirnya mati apabila melihat Doo Joon meletakkan sekujur tubuh di atas tanah.
            Dong Woon, AJ, Hyunseung dan Yoseob turut berkumpul mengelilingi Doo Joon.
            “Apa yang terjadi?” Yu Jin memandang Doo Joon. Doo Joon hanya mampu menggelengkan kepala.
            “Tidak!!!!” Yu Jin menjerit apabila melihat sekujur tubuh Junhyung kaku tak bernyawa. Dia mengoncang tubuh Junhyung sekuat hatinya. Yoseob memeluk Yu Jin apabila Yu Jin mula memukul tubuh Junhyung memaksa lelaki itu untuk bangun meskipun lelaki itu takkan bangun lagi buat selama-lamanya.
            “Awak dah berjanji nak buat hati saya kacau bilau selama-lamanya!! Mana janji-janji awak?!” Yu Jin mengongoi di dalam dakapn Yoseob. Top dan yang lain-lain hanya mampu melihat sahaja keadaan Yu Jin. Malam itu…Sekali lagi sang gadis kehilangan orang yang terpenting di dalam hidupnya….
***
Beberapa tahun kemudian…
            Angin pagi lembut menyapa tubuhnya. Semenjak daripada tadi dia hanya kaku merenung pusara yang kaku. Tiada lagi air mata yang mengalir. Dia mencangkung. Sebelah lututnya mencecah tanah.
            “Lama tak jumpa. Minta maaf kebelakangan ni saya jarang datang melawat awak. Maklumlah dah jadi lecturer dan dapat banyak kes he he he..” Yu Jin menyelak rambutnya yang separas bahu ke belakang.
            Sudah tiga tahun berlalu semenjak kejadian hitam itu berlalu. Kejadian yang menyebabkan dia juga hampir-hampir berputus asa untuk hidup namun oleh kerana kawan-kawannya selalu berada di sisi, perlahan-lahan dia dapat mencari kembali semangatnya yang hilang.
            Bagaimana dia dapat tewaskan Kreig? Dia juga tiada idea tentang itu. Sedar sahaja Kreig sudah mati. Bak kata G.D mungkin itu adalah kuasa unlimited. Dia hanya mengiyakan sahaja malas mahu berbalah dan dia tak berminat pun untuk mengetahui kebenaran bagaimana dia boleh menewaskan Kreig. Dan penyebab kematian Junhyung juga dia tak mahu tahu. Cukup-cukuplah dengan pertumpahan darah tiga tahun lepas. Dia pasti Junhyung juga mahukan begitu...
            Dengan senyuman yang tak lekang di bibir dia menceritakan luahan perasaan betapa dia masih merindui lelaki itu.
            “Hari ini, Winny dan G.D akan berkahwin. Akhirnya setelah lama bercinta kahwin juga mereka. Doo Joon, Yoseob, AJ, Dong Woon dan Hyunseung dapat tawaran masuk kementerian tapi mereka masih pertimbangkan tawaran tu. Yang lain-lain pun sihat belaka. Awak jangan risau fasal saya. Saya pasti akan teruskan hidup dengan senyuman.” Yu Jin bangun dari cangkungnya apabila terdengar bunyi tapak kaki menghampiri.
            “Semua orang cari kau. Winnie risau kalau kau larikan diri daripada jadi pengapit dia.” Yu Jin tergelak mendengar kata-kata Top.
            “Aku takkan lari. Perempuan tu suka risau yang bukan-bukan.” Kepalanya digelengkan.
            “Dah bersedia nak pergi?” Top menyoal.
            “Jom! Nanti mengamuk pula Amanda kalau suami dia yang tercinta ni asyik hilang memanjang.” Yu Jin berjalan beberapa langkah sebelum berpaling ke arah belakang. Seolah-olah masih terasa kucupan Junhyung di bibir dan dahinya. Seolah-olah semuanya baru berlaku semalam. Dengan semangat yang baru, dia melangkah meninggalkan pusara Junhyung. ‘Aku akan kembali lagi!’ bersama pesanan terakhir itu dia mengejar langkah Top yang sudah jauh ke hadapan.
***
Akhirnya setelah beberapa purnama (purnama ke?) cerita ni habis juga..
Minta maaf jika cerita ni ada kekurang sana sini
Minta maaf jika ada yang tak faham flow cerita ni sementelah writer dia pun jenis pelupa juga dan selalu mengejar masa
Ini bukan happy ending punya story so harap-harap tak adalah yang frust menonggeng
Jumpa lagi di cerita akan datang (Jangan jemu untuk komen setiap karya snow =’)



11 under spell:

sakura said...

tidak!!!!
kenapa junhyung yang mati...

iniakuyangpunyahati said...

arghhhhhh kenape?? kenape?? kenapeeeeeeeee??? i-p
gud job tuan tanah.. mnitis air mata,,len kali jgn 'nakal' ehh wt uwg len nangis hehehee

Anonymous said...

why???? why writer??? nangis eden baca ending nie...pepepon, citer awk sumenyer best2...

Snow_Queen said...

@anon:
huhu..jgn ler nanges..sesaje je wat ending cmtu..hehe

Anonymous said...

tidak!!!knpe junhyung mati!!!huk3!!sdeyh nyer!!!huhuhuhuhuhuhuhuh!!!T_T...
papepon...d story is the best...huhuhu....T_T...

Snow_Queen said...

@anon: hehe len kli cok snow buat cter lagi sedey

@iniakuyangpunyahati: hehe..Ni yg nk buat cter sedey lg ni*smirk*

@sakura: sebab cik snow gatal2 nak matikan dia..*lari menyorok dlm almari*

kasya evans said...

Kenapeee TOP ngan Amanda? Knpeee Hyunjung mati kesian heroin die takde buah hati dah .

salmi fasliena said...

kenape wat junhyung mati...kesian yu jin..sedih tau baca ending ni...wa....

Anonymous said...

kenapa x wt top jadi pengganti junhyung????????
napa dia kawin ngan amanda?????????????

Sutra hr said...

x de sambungan ke...utk ada hero baru^^

airel zakwan said...

10 kali baca..10 kali jgk nagis...
And i keep asking WHY???. . .
This mini novel is the best story that i ever read...good job snow Queen..����������������

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review