Saturday, September 17, 2011

Black Fantasy [40]

Posted by Snow_Queen at 11:31 PM

Lady Riana mengorbankan dua orang bawahannya bagi melampiaskan rasa amarah yang amat. Dia terlambat lagi! Dengan wajah yang kecewa, dia memandang bangunan di hadapannya yang telah rentung dibakar. Kesan bahang api masih terasa menandakan pembakaran itu baru sahaja berlaku.
            “Lady…” Lady Riana memandang garang ke arah salah seorang orang bawahannya.
            “Errrr…Saya dapat pesanan Junhyung mahu berjumpa dengan Lady.” Sekali nafas sahaja orang bawahan Lady Riana menyampaikan pesanan sebelum mengundurkan diri. Wajah Lady Riana yang tegang mulai mengendur. Mungkin Junhyung sudah dapat menangkap pewaris Rowena. Dia akan pastikan Yu Jin mati di tangannya!
            “Mari kita balik.” Lady Riana terus sahaja berlalu tanpa menyedari ada yang melihat setiap pergerakannya.
***

Yu Jin terkesima apabila melihat bangunan di hadapannya. Arus magis terasa begitu kuat sehinggakan dia terasa begitu susah mahu bernafas. Antara teruja dan waspada, dengan penuh berhati-hati, dia melangkah masuk mendekati bangunan itu. Bangunan yang dikatakan tempat penghidupan semua Amytheist akan berlaku menurut nenek Rowena. Tanpa bertangguh, terus sahaha Yu Jin meneruskan misinya. Kapur hitam dibawa keluar dan lantai bangunan berkenaan dilukis Magic circle of Runes di beberapa tempat strategik. 

Untuk mengelakkan lukisan itu terpadam atau dipadam, Yu Jin telah membakar lukisan itu dengan api supaya lukisan itu kekal di situ. Sebelum dia mengundur diri, sempat lagi dia menutup kehadiran magic circle of runes dengan magis lain. Usai berbuat demikian, dia terus sahaja mengundur diri bersama senyuman sinis di bibir.
            Xioz dan Ghost clan telah menjalankan tugas yang diberi dengan sempurna sekali. Xioz clan di arahkan untuk melumpuhkan pengikut-pengikut Lady Riana di kawasan barat Enigma manakala Ghost clan di kawasan timur. Beberapa orang pengikut G juga telah memasang perangkap di laluan utama yang akan dilalui oleh pengikut-pengikut Lady Riana sekiranya perempuan berketurunan bangsawan itu memerlukan bantuan dengan cepat. Terima kasih kepada Yoseob yang telah mencari jalan bagaimana mereka boleh menyeludup masuk ke dalam enigma.
***
Junhyung menahan debar di dada apabila melihat sekujur tubuh milik Lady Riana melangkah masuk ke dalam kamar. Terasa darahnya panas membuak-buak. Doo Joon yang memahami perasaan Junhyung menepuk bahu lelaki itu beberapa kali tanda menenangkan lelaki itu.
            “Apa tujuan kamu ke sini, Junhyung?” Lady Riana memaniskan mukanya.
            “Saya datang untuk menyerahkan ini kepada Lady.” Junhyung memetik jarinya dan Hyunseung melangkah ke hadapan bersama dengan dulang yang ditutupi dengan kain baldu merah.
            Lady Riana mengerutkan dahinya dan menghampiri Hyunseung. Tanpa bertangguh, dia menarik kain baldu berkenaan. Bersinar matanya apabila melihat secret scarlet di dalam dulang berkenaan. Dapat dia rasakan aura secret scarlet yang begitu kuat.
            “Apa maksud kamu Junhyung?” Lady Riana memandang wajah Junhyung. Cuba menilik wajah anak muda itu.
            “Saya sudah melaksanakan tugas saya. Sekarang, hanya tunggu masa sahaja untuk menangkap Yu Jin. Selepas saya menyerahkan Yu Jin pada Lady, saya berharap kita semua tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain lagi.” Tenang Junhyung berkata-kata namun menyebabkan orang-orang bawahan Lady Riana berbisik sesama sendiri. Mereka hanya diam apabila Lady Riana memberi jelingan tajam.
            “Kamu..Tahu Yu Jin di mana?” Junhyung dengan yakin mengangguk.
            “Bagaimana dengan pembunuh ibu bapa kamu?”
            “Saya dapat maklumat pembunuh berkenaan sekarang berada di St.Navy, jadi saya akan ke sana sebaik sahaja saya menyerahkan Yu Jin kepada Lady.” Lady Riana mengangguk dan memberi arahan kepada orang bawahannya supaya mengambil dulang yang mengandungi secret scarlet itu dari tangan Hyunseung.
            “Saya undur diri dahulu.” Junhyung menundukkan kepalanya dan beredar. Lady Riana bangun dari duduknya dan sekali lagi menatap secret scarlet yang kini berada di dalam tangannya. Rasa bangga mulai menusuk hatinya.
***
Yu Jin mengerdipkan matanya beberapa kali apabila terserempak dengan G dan juga Vic di luar black dust.
            “Apa yang kau buat di sini?” Soal Yu Jin.
            “Kami mencari kau. Kau tahu kan yang bahaya bagi kau untuk keluar sendirian. Orang-orang Lady Riana ada di mana-mana sahaja.” G mulai berleter menyebabkan Yu Jin tarik muka.
            “Apa yang kau buat di dalam sini?” Vic yang memahami maksud riak muka Yu Jin segera memotong percakapan G.
            “Aku dah jumpa jalan masuk ke Enigma tanpa dikesan. Nanti aku cerita. Sekarang mari kita balik dahulu.” Langkah Yu Jin terhenti apabila lengannya ditarik G.
            “Tempat persembunyian kita sekarang sudah dimusnahkan. Sarang persembunyian kita sekarang sudah bertukar. Ghost dan Xioz clan sudah pun memasuki enigma.” G memandang wajah Yu Jin yang tampak bimbang.
            “Kau kena yakin pada mereka. Mereka tahu apa yang mereka buat.” G menepuk bahu Yu Jin.
            “Kalau bagitu mari kita balik sekarang.” Yu Jin menarik lengan G. G memandang Vic tanda menyuruh Vic buka mulut tentang Beast dan Big Bang namun Vic memberi isyarat agar biar mereka diamkan sahaja hal ini.
            G menarik nafas dalam. Tidak sangka kedatangan Yoseob pagi tadi membawa satu berita besar. Siapa sangka Beast dan Big Bang sudah bergabung tenaga dan rancangan Beast sudah pun diberitahu padanya. Sakit kepalanya berfikir mengenai rancangan mereka yang terpaksa diubah-ubah.
            Jantung Yu Jin berdegup laju apabila melihat sekujur tubuh yang cukup dikenalinya. Junhyung memusingkan tubuh apabila terasa ada yang merenung. Senyuman kecil dihadiahkan untuk Yu Jin. Terasa ada rindu yang membuak-buak apabila melihat wajah Yu Jin.
            “Apa yang dia buat di sini?” Yu Jin yang berfikir Junhyung mahu menangkapnya bersiap sedia mahu mempertahankan diri.
            “Dia sekarang di pihak kita.” Yu Jin berpaling memandang Vic sebelum memandang G.
            G mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Vic. G memberi isyarat kepada Vic agar mengikutinya. Sengaja dia mahu meninggalkan kedua-dua insan itu agar mereka berdua dapat bebincang dengan tenang.
            Junhyung perlahan-lahan merapati Yu Jin apabila mereka ditingggalkan berdua sahaja.
            Yu Jin menggengam kedua-dua belah tangannya apabila tubuhnya diraih dalam pelukan.
            “Maaf. Aku tak tahu fasal ibu dan nenek kau. Aku dah biarkan kau menderita keseorangan. Aku biarkan kemarahan menguasai diriku sehingga aku buta untuk berfikir tentang hal yang lain-lain.” Junhyung memeluk erat tubuh Yu Jin.
            Yu Jin menggigit bibir bawahanya bagi menahan esakan daripada keluar dari mulutnya. Hanya air mata yang mengalir laju. Junhyung yang dapat merasakan ada air hangat yang mengalir mengusap kepala Yu Jin perlahan-lahan. Kali ini…Dia akan pastikan dia melindungi gadis yang dicintainya tidak kira dalam apa sahaja situasi.
            Perlahan-lahan dia merenggangkan pelukan mereka. Air mata Yu Jin dilap dengan jari dan perlahan-lahan bibir mereka bertaut….

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review