Saturday, September 17, 2011

Black Fantasy [39]

Posted by Snow_Queen at 11:22 PM

“Betul ke kau nak buat macam ni?” Hyunseung memandang wajah Junhyung yang tampak keruh. Junhyung mengangguk penuh yakin.
            “Aku setuju dengan rancangan kau. Disebabkan situasi sudah bertukar menjadi begini, aku ada benda yang mahu diceritakan pada kau.” Tenang Doo Joon menarik kerusi dan duduk di hadapan Junhyung.
            “Apa dia?”
            “Sebenarnya, aku dan Yu Jin  sudah berpakat mahu menghancurkan Lady Riana dengan tangan kami sendiri. Aku tahu di mana kedudukan Yu Jin dan aku juga sengaja menghantar Yoseob supaya membantu dia.”
            Doo Joon meneruskan kata-katanya apabila Junhung tak memberi reaksi. “Secret scarlet di tangan kau sekarang juga..Semuanya adalah palsu. Aku suruh Yoseob tukar sewaktu kau tiada di rumah. Selain daripada itu, Yu Jin juga mungkin…Sekarang sedang bersiap sedia mahu menentang Lady Riana dan Kreig.”
            “Kreig?” Junhyung mengerutkan keningnya.
            “Aku baru dapat tahu yang Lady Riana bekerja untuk seorang lelaki yang bernama Kreig. Kreig adalah salah seorang pengikut ahli sihir handalan pada zaman dahulu yang juga seorang pemuja ilmu hitam. Sekarang, rancangan mereka adalah mahu menghidupkan semula Amytheist supaya dia dapat menguasai dunia. Untuk menghidupkan Amytheist, mereka perlu tunggu sehingga gerhana bulan yang akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi. Selama mana masa gerhana bulan sedang berlaku, jika Yu Jin tak dapat menewaskan Kreig, aku…Kita semua tak tahu apa yang bakal terjadi. Sekarang, orang-orang Yu Jin sudah bergerak meneruskan misi mereka.” Doo Joon memandang wajah Junhyung yang tampak merah. Tidak tahu kerana apa.
           “Orang-orang Yu Jin?” Junhyung mengeluh. Oleh kerana sibuk mencari siapa pembunuh ibu bapa sebenarnya, dia langsung tidak mengambil tahu fasal Yu Jin. Bukan dia tak teringat pada gadis itu tapi…Entahlah..Mungkin keinginan mencari siapa yang menghancurkan keluarganya telah menyebabkan dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Dia menjadi buta seketika.
            “Satu lagi, ibu dan nenek Yu Jin dah mati. Mereka diserang berhampiran Black Dust.”
            “Black Dust? Bukankah itu kawasan jagaan Lady Riana?” Dong Woon menyampuk.
            Doo Joon mengangguk. “Aku khuatir, pembunuh ibu Yu Jin dan nenek Rowena adalah orang yang sama yang membunuh ibu bapa kau.”
            “Aku..Aku akan balas dendam untuk keluarga aku dan juga Yu Jin. Kita juga harus teruskan apa yang telah dirancang.”
            “Oh! jadi begitu ceritanya…” Beast memandang ke arah pintu masuk. Kelihatan Big Bang sedang tersengih-sengih memandang ke arah mereka.
            “Macam mana kau boleh masuk?” Junhyung memandang tajam ke arah Big Bang.
            “Itu tak penting. Yang penting, kami juga mahu menolong Yu Jin.” Top memandang tajam ke arah Junhyung.
            “Kauorang tak patut ada di sini. Yu Jin akan naik angin nanti.” Doo Joon memberi amaran.
            “Kami tak peduli kalau dia nak marah. Kami tetap akan tolong dia. Kami tahu dia akan faham tentang niat kami.” G.D menarik sengih sebelum menyoal sama ada mereka boleh menyertai Beast dalam rancangan mahu menolong Yu Jin.
            “Oleh kerana kita kekurangan orang, penyertaan kauorang dialu-alukan.” AJ menarik sengih.
            “AJ!” Junhyung merenung garang ke arah AJ.
            “Kita perlukan ramai orang untuk berperang dan kita tak cukup orang. Kalau kau nak buat bantahan sila buat selepas perang kita tamat.” AJ memberi isyarat pada Big Bang supaya mengambil tempat duduk di depannya.
***
Aku meletakkan diari nenek Rowena di atas batu sebelum aku berdiri menghadap tasik di depanku. Aku buka pula kotak pemberian nenek Rowena dan keluarkan kantung berwarna hitam yang mengandungi serbuk gold dust. Sewaktu berhenti untuk berehat tadi, aku telah membaca diari nenek Rowena secara rawak dan terjumpa cara bagaimana mahu menyusup masuk ke dalam Enigma tanpa meninggalkan sebarang kesan.Matahari sudah semakin tegak di atas kepala membuatkanku  berkerut menahan panas terik cahaya matahari. Dagger yang berukir tulisan ancient zaman dahulu juga aku selitkan di celah pinggang dan rantai berloketkan jed berbentuk naga aku pakai. Dengan tutorial yang ditulis oleh nenek Rowena, aku cuba buka pintu masuk rahsia enigma. Jantung mulai berdebar-debar.
            “Aku rasa dia ke black dust.” Langkah G terhenti apabila mendengar bicara Vic.
            “Apa maksud kau?”
            “Dia ada bertanyakan aku fasal black dust tapi aku tak tahulah telahan aku betul ke tidak. Patutkah kita menjejaki dia di sana?” G berdehem perlahan dan mengurut dagunya.
            “Yu Jin mungkin ada sebab kenapa dia ke sana. Esok, kau ikut aku ke sana. Kita akan cari dia. Suruh kumpulan B bergerak tanpa kita dahulu dan suruh adik beradik Hyun pastikan tempat ini musnah tanpa sebarang kesan seperti yang dipersertujui.” Vic menganggukan kepala tanda memahami arahan G.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review