Saturday, September 3, 2011

Black Fantasy: [38]

Posted by Snow_Queen at 10:18 PM

Inilah dia…Hutan yang terletak di antara St.Blair dan St.Navy. Hutan yang digelar Black Dust.
            Aku merenung sayu ke satu arah. Seolah-olah ternampak jasad kaku milik mama dan nenek Rowena di situ meskipun aku tidak berada di sini semasa kejadian malang itu berlaku.
            Matahari sudah mulai tenggelam di ufuk barat. Hatiku mulai berbelah bahagi sama ada untuk meneruskan perjalanan ataupun menunggu sehingga esok hari sahaja?
            Kedinginan angin malam mula terasa. Aku menggengam tangan kiriku dan menamkan tekad di dalam hati. Biar apa pun yang terjadi, aku harus masuk ke dalam hutan ini. mungkin aku akan jumpa jawapan di dalam hutan ini….Siapa tahu bukan?
            Sara berlari-lari anak mendapatkan G. Dilayangkan nota di tangan ke arah muka G. G mengambil nota itu sebelum sebuah keluhan dilepaskan.
            Yang lain-lain memandang G dengan penuh kehairanan. Sepatutnya malam ini, mereka harus berjumpa untuk berbincang namun kehilangan Yu Jin telah menjejaskan rancangan mereka.
            “Dia cakap dia ada urusan dan akan balik beberapa hari kemudian.” G meletakkan nota berkenaan ke atas meja.
            “Jangan-jangan, dia telah ditangkap oleh Lady Riana?” Tim membuat andaian.
            “Jangan nak mengarut. Lady Riana takkan sampai ke tempat ini.” Kenyataan Tim diselar oleh Simon.
            “Jadi…Apa yang harus kita buat sekarang?” Izz memandang yang lain-lain.
            “Kita akan teruskan mesyuarat seperti biasa.” G mengambil tempat duduk Yu Jin dan terus memulakan perbincangan.
***
Lady Riana menghidu bau di dalam rumah yang sudah lama ditinggalkan itu. Meskipun sudah lama tidak berpenghuni, rumah itu seakan-akan dijaga oleh seseorang.
            “Kami tidak menemui apa-apa petunjuk Lady.” Salah lelaki berambut biru memandang tuannya.
            Lady Riana menjungkitkan keningnya. Dia benar-benar tidak berpuas hati. Bingkai gambar milik tuan rumah diambil. Gambar seorang gadis di pandang dengan kerlingan tajam.
            “Panggil yang lain-lain. Kita harus beredar.” Lady Riana keluar dari rumah peninggalan Rowena bersama dengan bingkai gambar di tangannya.
            Junhyung terduduk di atas tanah apabila melihat rumah di hadapannya sudah hangus terbakar.
            Jeritan nyaring dilepaskan. Selepas berpenat lelah selama ini, akhirnya usahanya menjadi sia-sia sahaja.
            AJ memegang bahu Junhyung tanda menyuruh lelaki itu bersabar.
            “Semuanya sudah berakhir Jun…” Doo Joon berjalan mengelilingi kawasan rumah musuh yang dikatakan milik pembunuh kedua-dua ibu bapa Junhyung.
            “Kesan kebakaran ni masih baru.” Dong Woon memegang tanah di hadapannya.
            “Kalaulah aku jumpa petunjuk tu lebih awal.” Junhyung menggeleng penuh penyesalan. Tengah hari tadi, dia baru sahaja terjumpa buku kegemaran ayahnya yang terselit di sebalik rak buku terakhir di perpustakaan peribadi milik ayahnya.
            Apabila menemui petunjuk seperti yang tertera di dalam kertas pemberian Lady Riana, dia terus sahaja bergegas kemari namun segala-galanya sudah terlambat.
            “Apa yang aku nak buat sekarang?” Air mata mengalir dari tubir mata. Gerimis mula turun seolah-olah memahami kesedihan pemuda itu.
            Hyunseung yang sedang melilau di kawasan sekitar kejadian terhenti pergerakannya apabila dia menjumpai sebiji permata berwarna merah darah. Cepat sahaja dia menghampiri Junhyung.
            “Jun…Tengok apa yang aku jumpa.” Hyunseung mengunjurkan permata itu tepat ke arah muka Junhyung. Junhyung mengambil permata berkenaan.
            “Ini….” Hyunseung mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Junhyung meskipun jejaka itu tidak menghabiskan kata-katanya.
            Penumbuk digenggam dan lantas Junhyung berdiri dengan penuh bertenaga.
            “Kita perlukan rancangan baru!”

1 under spell:

Anonymous said...

curious sya...
cpt smbung ea snow...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review