Saturday, September 3, 2011

Black Fantasy: [37]

Posted by Snow_Queen at 10:10 PM

“Kita terpaksa berundur buat sementara waktu kerana pemberi maklumat aku sudah mati dibunuh oleh Lady Riana. Lelaki itu, satu-satunya kunci untuk kita masuk ke Enigma.” Dean mengeluh kasar.
            Aku memicit kedua-dua belah pelipisku yang berdenyut tiba-tiba. Kalau begitu, rancangan kami akan terjejas.
            “Kita harus panggil yang lain-lain dan bermesyuarat semula.” Dean mengemukan cadangan.
            “Nanti dulu. Teruskan rancangan kita macam biasa. Perkukuhkan seni mempertahankan diri kauorang. Hal Enigma, serahkan pada aku. Aku akan cari jalan.” Aku bangun dari duduk ku dan berjalan keluar.
            “Tapi macam mana?!” Dean menjerit. Aku hanya melambai tangan ke arah Dean dan tersenyum nipis. Dean tercengang kerana ditinggalkan tanpa jawapan.
            Aku masuk ke dalam bilik dan memasukkan beberapa barang ke dalam beg sandangku. Kening berkerut apabila sebuah kotak berwarna hitam terjatuh keluar dari begku. Aku mengambil kotak tersebut.
            ‘Ini kotak yang Sir Sirvian beri kepada aku.’ Aku membuka kotak berkenaan dan apa yang berisi di dalam kotak berkenaan hanyalah sekotak kecil gold dust, dagger yang diperbuat daripada perak dan seutas rantai berloketkan jed berbentuk naga.
            Oleh kerana aku rasakan masa semakin suntuk, aku hanya masukkan kotak berkenaan ke dalam beg kembali dan selepas selesai mengemas, aku terus beredar.
Sebelum itu, sempat aku tinggalkan sekeping nota menyatakan pemergianku buat beberapa hari.
***
“Usaha kita hanya sia-sia sahaja. Selama dua minggu kami mengekori dia, dia langsung tak pergi jumpa Yu Jin.” Daesung memandang Top dan G.D. Seungri telah di tugaskan untuk menghantar Winnie dan Amanda balik ke St.Navy terlebih dahulu.
            “Mungkin dia berhubung dengan Yu Jin secara rahsia?” Top memandang kawan-kawannya. Taeyang dan G.D angkat bahu.
            “Kawasan St.Blair makin hari, makin tidak selamat. Orang-orang Lady Riana berada di mana-mana sahaja. Macam mana pun, kita harus menemui Yu Jin sebelum Yu Jin dijumpai oleh Lady Riana.” G.D bangun dari duduknya. Hasil daripada pengintipan yang di lakukan oleh Taeyang dan Daesung, mereka dapat tahu cerita sepenuhnya yang kini sedang berlaku.
            “Kita harus memulakan rancangan B.”
            “Errr..Bila masa kita ada rancangan B?” Taeyang angkat kening memandang G.D.
            “Sekarang.” G.D tarik sengih.
***
Ketawa Kreig bergema di seluruh pelusuk kamarnya. Lady Riana menggigil ketakutan.
            “Sudah dua minggu kau cari dia tapi tak jumpa? Nampaknya kau tak berguna lagi untuk aku.” Kreig menaik kan lengannya separas bahu. Bebola api hitam mula muncul. Semakin lama semakin besar.
            “Tuan! Tolong beri saya peluang. Saya pasti akan cari dia sehingga dapat.” Lady Riana merayu.
            “Beritahu aku kenapa aku harus menyimpa kau di sisi aku lagi?” Angkuh kedengaran suara Kreig.
            “Semenjak tuan selamatkan saya dahulu, saya bersumpah dengan nyawa sendiri akan melindungi tuan dan akan menolong tuan melaksanakan misi tuan. Kalau tuan rasa saya kini sudah tidak berguna, saya rela mati untuk tuan cuma…”
            “Cuma apa?!” Kreig menyergah.
            “Cuma saya berharap tuan akan jumpa pengganti yang lebih baik daripada saya.” Lady Riana menahan nafas sebaik sahaja melafazkan ayat tersebut.
            Kreig menutup telapak tangannya dan serta-merta bebola api berwarna hitam tadi terus hilang.
            “Lady Riana, aku beri kau tempoh empat hari untuk cari keturunan terakhir Rowena. Kalau kau gagal, kau akan aku bunuh dengan tangan aku sendiri. Keluar!” Kreig terus menghilangkan diri.
            Lady Riana keluar dari kamar tuannya. Dalam diam dia menyumpah seranah. Dipasak kan dalam hati agar keturunan Rowena akan mati di tangannya sendiri.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review