Friday, August 19, 2011

Black Fantasy: Yu Jin's Order [35]

Posted by Snow_Queen at 12:46 AM

Ghost Clan….
Xioz…
Pasangan adik-beradik Hyun…
Dan…Secret Scarlet…
            Aku buka mata dan merenung syiling yang kelihatan retak di sana sini. Ke empat-empat benda ini merupakan senjataku. Senjata yang harus digunakan sebaik-baiknya. Aku mengeluh sendirian dan mengalihkan badanku ke arah kiri. Biarpun pagi sudah hampir menjelma, aku masih sukar untuk melelapkan mata. Pelbagai perkara bermain di fikiranku.
            Aku menarik selimut yang menutupi kaki dan bangun. Langsir bilik aku tarik dan pemandangan pelabuhan terserlah. Nun di kejauhan, aku masih dapat melihat beberapa butir bintang yang masih bergantungan di dada langit.
“Sampaikan pesanan aku pada mereka. Jangan cari aku lagi dan tinggalkan St.Blair secepat mungkin.” Aku memandang Doo Joon. Mengharapkan agar dia menyampaikan pesananku kepada Big Bang dengan sejelas-jelasnya.
“Kau lebih kenal mereka daripada aku. Kau rasa mereka akan ikut kata kau?” Doo Joon memeluk tubuhnya.
“Aku tahu mereka takkan ikut kata aku. Kemungkinan besar, mereka akan terus cari aku tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Buat masa sekarang, aku mesti bersembunyi. Esok, aku akan tinggalkan tempat ini.”
“Kau nak pergi mana?” Yoseob sudah bangun dari duduknya.
“Jangan risau. Kalau kauorang perlukan aku, kauorang boleh jumpa G. Dia akan bawa kauorang jumpa aku.”
            Perbualan bersama Doo Joon dan Yoseob semalam terbang dibawa angin apabila kedinginan angin pagi menyapa tubuhku. Aku segera menutup tingkap bilik dan bersiap. Sebelum matahari tegak di atas kepala, aku mesti tinggalkan tempat ini.
***
“Pergi.” Big Bang, Amanda dan Winnie melihat jejaka di depan mereka.
            “Huh?” G.D memandang jejaka yang menghalang laluan mereka dengan pandangan curiga.
            “Yu Jin suruh kauorang tinggalkan tempat ni dengan segera. Jangan cari dia lagi.” Doo Joon tersenyum sinis.
            “Kau salah seorang daripada kawan lelaki yang Yu Jin tumpang rumahnya bukan?” Top menyampuk.
            “Betul. Kalau kauorang nak Yu Jin selamat jangan cari dia lagi. Lagi pula perbuatan kauorang sia-sia sahaja kerana dia sudah tinggalkan St.Blair sekarang.” Doo Joon berpaling untuk melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila ada sepasang tangan menarik lengannya.
            “Boleh kau beri ini pada Yu Jin? Benda ni…Penting sangat.” Winnie mengunjurkan sebuah diari lusuh kepada Doo Joon.
            Doo Joon mengambil diari itu tanpa banyak soal dan beredar.
            “Kau mesti serahkan pada dia! Mesti!” Winnie menjerit.
            “Apa yang kita nak buat sekarang?” Seungri memandang ke arah rakan-rakannya.
            “Taeyang dan Daesung, kau berdua ekori lelaki tadi. Mana tahu dia terus pergi jumpa Yu Jin selepas ni. Apa-apa pun kita mesti kotakan janji kita pada Sir Sirvian.” Top mengarahkan.
            Taeyang dan Daesung segera berlari-lari anak mengejar langkah Doo Joon.
            “Top, kau begitu ambil berat fasal Yu Jin. Kau suka dia?” Winnie merenung anak mata Top.
            “Mana ada.” Top berdehem dan mula melangkah.
            “Kau tak menyesal berpisah dengan Eva?” Amanda pula mahu mengusik.
            “Ish! Kauorang ni annoying la.” Top buat muka. Winnie dan Amanda hanya tergelak manakala G.D hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah rakan-rakannya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review