Friday, August 19, 2011

Black Fantasy: The Plan [34]

Posted by Snow_Queen at 12:35 AM

“Macam mana ni? Sehingga sekarang, kita masih tak nampak batang hidung Yu Jin?” Amanda terduduk kepenatan di atas simen kaki lima. Pandangan orang ramai tidak dihiraukan. Dia benar-benar penat selepas seharian berkejar ke sana ke mari mencari Yu Jin. Winnie menghulurkan sebotol air mineral kepada Amanda.
            “Aku pun dah habis ikhtiar. Yu Jin seolah-olah tak pernah wujud di sini.” G.D garu kepalanya.
            “Bagaimana dengan rumah yang dia tumpang dulu sewaktu dia di sini?” Taeyang memandang Top.
            “Aku dah tanya pembantu rumah tu tapi dia kata Yu Jin dah lama tak tinggal di situ.” Top meraup wajahnya dengan kasar.
            “Macam nilah. Apa kata sekarang kita semua pulang ke hotel dahulu berehat. Malam ni, kita keluar cari dia lagi? Okay?” Seungri mengemukakan cadangannya.
            “Aku setuju! Lagi pun aku dah lapar ni.” Seungri menggosok perutnya.
***
“Gila!” Aku memandang Yoseob di hadapanku. Yoseob hanya tersengih-sengih sahaja sambil memandang Yu Jin membersihkan luka di tangan kanan nya.
            Aku meletakkan pembasmi kuman ke atas meja dan meletakkan kain kasa ke atas luka Yoseob sebelum memberi jejaka itu minum potion yang dibuat khas oleh mendiang nenek Rowena.
            “Aku buat semua ni untuk Junhyung.” Yoseob menurunkan lengan bajunya apabila Yu Jin siap mencuci lukanya.
            Aku memandang lima berlian secret scarlet di hadapanku. Misi pertama kami sudah selesai dengan jayanya.
            “Lain kali berhati-hati sikit. Aku, kalau boleh tak mahu lihat sesiapa pun tercedera.” Aku memandang Yoseob dengan pandangan redup.
            “Orang-orang kau tahu tentang persepakatan kita?” Yoseob mencapai air minuman di depannya. Aroma teh merah menyengat hidung.
            “Mestilah tahu. Apa-apa yang berlaku, aku memerlukan sokongan mereka.” Aku bangun dan menyelak langsir dibelakangku. Di kejauhan, dapat aku lihat pemandangan pelabuhan St.Blair.
            “Yoseob, terima kasih. Tanpa kau, misi  ni takkan berjalan dengan lancar.” Aku menambah.
            No biggie. Aku cuma tak mahu lihat Junhyung tersesat lagi jauh di bawah telunjuk Lady Riana. Aku tahu, selepas kami sudah diperalatkan, kami pasti sudah takkan berguna pada dia lagi malah mungkin kami akan dihapuskan. Untuk mengelakkan hal itu, lebih baik aku dan yang lain-lain ambil langkah selamatkan diri dulu.”
            Aku dan Yoseob, pandangan kami sama-sama terarah pada pintu apabila pintu kayu utama villa lama yang aku diami dibuka daripada bahagian luar. Masuk Doo Joon, G, Dean, Tim dan pasangan adik-beradik Hyun ke dalam ruang tamu.
            “Ini adalah pelan kawasan Krieg.” Doo Joon membentangkan kertas putih ke atas meja.
            “Kawasan yang bertanda merah ni, adalah kubu kuat orang-orang Kreig termasuk kawasan Lady Riana. Untuk menembusi sarang Kreig, kita perlu terlebih dahulu menumpaskan beberapa orang kuat Kreig secara senyap-senyap tapi rancangan ini agak merbahaya.” Doo Joon menyinsing lengan kemejanya.
            “Kenapa?” Aku menyoal.
            “Sebab sarang Krieg terletak di dalam enigma. Kauorang perlukan orang dalam untuk masuk ke sana.”
            “Aku boleh uruskan hal itu.” Dean menjawab dengan yakin.
            “Aku akan uruskan hal yang selebihnya. Yu Jin, kau dah tahu bagaimana mahu menyeru Unlimited?” Doo Joon memandang ke arah Yu Jin yang tersengih-sengih apabila soalan itu di ajukan.
            “Aku tak tahu.”
            “Kau buatlah apa sahaja. Masa yang kita ada, sudah semakin suntuk.”
            “Seterusnya, apabila kita sudah berjaya menewaskan beberapa kubu kuat Kreig, kita akan dapat menyerang Kreig dengan mudah.” Yoseob menambah.
            “Ingat, kawasan Kreig dilitupi dengan dark magic yang kuat. Hanya orang yang kuat dalamannya sahaja yang boleh masuk ke sana. Oleh itu, kita ada beberapa calon yang akan terus menyerang ke kawasan Kreig. Dean, adik-beradik Hyun, Tim, Blue dan juga kau Yu Jin. Aku, Yoseob, AJ dan Dong Woon akan menunggu kauorang di sana. Yang lain-lain di bawah pimpinan G akan menghalang kemaraan orang-orang Kreig.
            Yu Jin, kau hanya ada masa selama mana gerhana bulan masih berlaku untuk menewaskan Kreig. Selepas waktu gerhana bulan berlaku berlalu, kalau kau masih tak dapat menewaskan Kreig, aku khuatir rancangan kita semua hanya akan menjadi sia-sia sahaja.” Doo Joon memandang wajah semua orang yang ada di depannya.
            “Aku faham!” Aku mengukir senyuman nipis.
            Stage seterusnya, akan menjadi lebih merbahaya. Harap kauorang semua berhati-hati.” Doo Joon mengingatkan lagi.
            “Kenapa kau nak menolong kami?” Dean memandang Doo Joon dan Yoseob.
            “Sebab sebagai guardians, kami takkan benarkan Kreig menyebarkan kejahatan di dunia ini. Kami lupa kedudukan kami sebagai guardians dan kini kami mahu kembali ke jalan asal kami kembali. Jalan yang sepatutnya kami ikut.” Yoseob memandang Doo Joo. Doo Joon mengangguk.
            “Dean, bila kau boleh teruskan dengan rancangan kau?” Aku menyoal Dean.
            “Aku akan suruh orang-orang aku gerak esok.” Dean memberi janji. Aku mengangguk.
            “Kalau macam tu, kauorang boleh bersurai.” G dan yang lain-lain meminta diri. Kini yang tinggal hanyalah Doo Joon dan Yoseob.
            “Yu Jin.” Doo Joon mengambil tempat duduk di sebelah Yoseob dan memandangku. Aku mengangkat kening.
            “Big bang, mereka berada di sini mencari kau.”
            “Macam mana kau tahu?” Jantungku sudah mula berdebar-debar.
            “Siang tadi di pekan, aku nampak mereka dan juga dua orang gadis. Mereka bertanyakan penduduk-penduduk di sini tentang kau. Malah, mereka pergi ke rumah Junhyung juga.”
            “Doo Joon, boleh tolong aku tak?” Aku memandang Doo Joon dengan penuh harapan.
***
Junhyung merenung lima berlian secret scarlet di depannya. Hanya tinggal satu sahaja lagi. Persoalannya, tegarkah dia membunuh Yu Jin untuk memenuhi permintaan Lady Riana?
            “Apa hal muka kau monyok macam tikus mondok ni?” AJ mengambil tempat duduk di depan Junhyung.
            “Tak ada apa-apa.” Junhyung kembali menyimpan kelima-lima berlian secret scarlet di dalam bekasnya.
            “Kau sanggup bunuh Yu Jin untuk berlian terakhir tu?” Dong Woon muncul dari arah dapur, menatang dulang ke ruang tamu.
            “Kalau aku tak bunuh dia, Lady Riana akan bunuh dia. Kesudahannya sama sahaja.” Junhyung mendengus perlahan.
            “Tapi, kau boleh buat pilihan lain.”
            “Pilihan apa?” Junhyung merenung AJ.
            “Tinggalkan Lady Riana dan kita akan cuba usaha sendiri macam mana mahu cari pembunuh ibu bapa kau.”
            Junhyung ketawa. “Kalau kita boleh buat macam tu, kita takkan terikat dengan Lady Riana. Aku tak mahu sejarah lama kembali berulang.” AJ memandang Dong Woon.
            “Kita…Lady Riana akan hapuskan kita selepas dia selesai menggunakan kita. Kau sedar akan hal itu bukan?” Dong Woon meluahkan pendapatnya.
            “Tidak. Dia takkan buat begitu selagi dia tidak dapat berlian terakhir secret scarlet. Kita akan gunakan peluang itu sebaik mungkin.”
            “Kau tahu yang kami takkan tinggalkan kau. Kalau ini keputusan kau, kami ikut sahaja.” AJ jongket bahu.
            “Mana Doo Joon?”
           “Masih pujuk Yoseob barangkali. Kami tak dapat hubungi dia daripada petang tadi.” Dong Woon buat muka. Junhyung hanya mengangguk.
            “Aku nak berehat. Apa-apa hal roger aku.” Junhyung berlalu naik ke atas.
            “Kau rasa, rancangan Doo Joon akan berjaya?” Dong Woon memandang AJ.
            “Kalau tak berjaya pun, mesti akan berjaya juga.” AJ tersenyum sinis. Dong Woon menggaru belakang kepalanya tanda tidak faham.
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review