Friday, July 8, 2011

Black Fantasy: Secret Scarlet? [31]

Posted by Snow_Queen at 9:25 PM


Aku duduk bersila di atas lantai papan jeti dengan makanan ringan di sebelah. Sudah lima hari aku di sini dan sebahagian daripada hatiku rasa gembira kerana rancanganku berjalan lancar dan dalam masa yang sama, aku menjadi serba-salah apabila terfikirkan fasal Junhyung dan kawan-kawannya.
            “Kumpulan yang paling aku syak mengetahui di mana kedudukan Amtheist setakat ini adalah kumpulan Lady Riana.” Dean membuka mukadimah perbincangan mereka pada malam itu.
            “Atau mungkin mereka sebenarnya sudah memiliki Amytheist? Dengan mempunyai rangkaian maklumat yang banyak tidak mustahil bukan?” Henry pula memberi pendapatnya.
            “Orang-orang bawahan mereka tidak hanya terdapat di St.Blair tetapi di seluruh kawasan dan daerah-daerah yang terdapat di St.Navy.” Tim pula menyampuk.
            “Dari segi bala tentera, kita jauh ketinggalan berbanding dengan mereka.” Inn memandang wajah-wajah di hadapannya.
            “Dan sebab itulah kali ini kita mesti menggunakan akal untuk melawan mereka.” Aku mengukir senyuman sinis.
            “Bagaimana?” Serentak semua yang ada di situ memandang ke arah Yu Jin.
            “Apa pendapat kauorang mengenai ini?” Rantai miliknya diletakkan ke atas meja.
            My..”
            “Itu..”
            Secret Scarlet?” Znery memandang seutas rantai yang berloketkan permata berwarna biru.
            “Mana kau dapat benda ini?” Blue memandang Yu Jin.
            “Benda ini…Begitu pentingkah?” Yu Jin menghayunkan rantai yang digelar secret scarlet itu ke kiri dan ke kanan.
            “Kau serius tak tahu? Kumpulan-kumpulan yang memburu Amytheist, target utama mereka adalah pemegang secret scarlet. Pemegang secret scarlet setahu aku hanya enam orang sahaja. Tiga daripadanya sudah terbunuh dan tiga lagi masih tak diketahui jejaknya…Bukan, kalau kau adalah pemegang secret scarlet ini bermakna dua orang lagi masih tak diketahui kedudukan mereka. Itu pun kalau mereka masih hidup.” Dany memandang secret scarlet dengan pandangan kagum.
           Aku menggetap bibir. Jadi, ini bermakna Junhyung bertanggungjawab dalam mencari pemegang secret scarlet. Aku memandang rantai warisan keluargaku ini.
            “Kenapa mereka memerlukan secret scarlet?” Aku menembak dengan soalan seterusnya.
            “Secara harfiahnya, pewaris Amy adalah pemegang secret scarlet.” Jawapan Friz membuatkanku terkedu.
            “Betul. Secret scarlet merupakan satu-satunya senjata yang boleh membunuh Amytheist. Jika enam batu permata ini digabungkan menjadi satu, satu senjata hebat dapat dihasilkan. Sebelum Amy mati, dia mengumpulkan enam orang kepercayaan nya dan memberikan mereka setiap seorang secret scarlet dengan amanah Amytheist mesti dibunuh oleh orang yang dapat menghasilkan Unlimited. Tapi mereka juga memerlukan secret scarlet untuk menyeru Amytheist.
            Apabila Amy mati, keenam-enam orang kepercayaan Amy cuba menjejaki Amytheist dan mereka dapat mengunci Amytheist di dalam bekas jampi akan tetapi, ada seorang pemuja ilmu hitam yang digelar Kreig, telah merampas bekas jampi itu dan selepas itu, tiada sesiapa tahu di mana Kreig berada.” Panjang lebar Jamie menerangkan.
            “Bukankah Amy sudah mengunci Amytheist di dalam bekas jampi ciptaannya terlebih dahulu?” Aku meluahkan persoalan yang bermain di dalam kepalaku.
            “Betul akan tetapi, bekas itu telah dapat dilarikan di saat-saat Amy jatuh gering dan waktu itu enam orang kepercayaannya tiada di sisi. Sebab itu mereka memburu pencuri Amytheist yang digelar Pirateux. Selepas mereka dapat menumpaskan Pirateux, datang pula Kreig.” Dan menambah.
            Aku memicingkan pandanganku ke arah secret scarlet. Rupa-rupanya, pewaris Amy yang dicari-cari itu bukan anaknya tetapi keturunan enam orang kepercayaan Amy dan keluarga aku adalah salah satu daripada enam orang kepercayaan Amy. Kenapa nenek Rowena mahupun mama tidak pernah memberitahu aku akan hal ini?
            “Oleh kerana kau adalah salah seorang daripada pemegang secret scarlet, kami akan melindungi kau. Dan sebahagian daripada kami akan menjejaki dua orang lagi pemegang secret scarlet dan meminta mereka menyertai kita.” Dean memberikan kata putus.
            “Kauorang boleh teruskan dengan rancangan mencari dua orang pemegang secret scarlet. Tentang aku, tak payahlah kauorang risau. Aku khuatir mereka dapat menjejaki aku pula.” Aku sudah bangun dari duduk ku.
            “Orang yang bertanggungjawab mencari pemegang secret scarlet adalah Beast. Mereka bekerja untuk Lady Riana.” Aku menambah.
            “Kalau kita sudah tahu siapa yang bekerja dengan Lady Riana ini sudah memudahkan kerja kita.” Ryan yang berdiam sedari tadi bersuara.
            “Aku tak mahu kauorang sentuh Beast. Aku minta kauorang cari dua orang lagi pemegang secret scarlet dan sebahagian daripada kauorang memantau pegerakan Beast. Beast adalah milik aku.” Aku menggengam secret scarlet dengan erat.
            “Weh! Tak sejuk ke?” G duduk di sebelahku. Ingatan mengenai mesyuarat tadi terbaqng di bawa angin lalu.
            “G, macam mana dengan luka kau?” Aku memandang ke arah G.
            “Aku okey je.” G menarik senyuman nipis.
            “Minta maaf. Kita baru je kenal tapi aku dah bawa banyak masalah untuk kau.” Aku mengeluh kasar.
            “Aku tak kisah. Kata kawan. Atas nama kawan, aku sanggup buat apa sahaja untuk kau.” G menepuk bahuku perlahan.
            Aku senyum kelat. Sepatutnya malam aku mengintip kumpulan yang akan berjumpa di Emerald Alley terpaksa ditukar rancangannya di saat akhir. Aku terpaksa meminta G menggantikan aku kerana Seungri dan Daesung datang untuk menjemputku pulang.
           Entah di mana silapnya malam itu, G dan rakan-rakannya diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. Kumpulan yang sepatutnya membuat perjumpaan di Emerald Alley pula tidak muncul-muncul. Aku rasa bersalah pada mereka.
            “Aku beruntung dapat kenal dengan kau.” Aku menumbuk perlahan bahu G.
            “Kau ni touching-touching pula dengan aku. Mulai sekarang, kau kena berhati-hati kerana kau merupakan salah seorang target Lady Riana. Kalau nak merayau di pekan tu, pandai-pandai la menyamar.” G membebel.
            “Hait! Pak cik.” Aku mengaduh kecil apabila G meluku kepalaku sebelum kami sama-sama tertawa.
***
“Bagus. Kini hanya tinggal seorang sahaja target kita. Ini habuan kau.” Lady Riana memetik jarinya. Muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam menatang dulang.
            Junhyung melihat barangan di dalam dulang itu. Ada secebis kertas yang mengandungi nombor.
            “Apa ni?” Junhyung mengambil kertas tersebut.
            “Kod untuk kau. Cari buku kegemaran ayah kau dan kau akan temui jawapannya di situ.” Lady Riana bangun dari duduknya dan beredar.
            Junhyung menggengam erat kertas berkenaan dan beredar. Dia mahu segera sampai ke rumah.
            “ Macam mana?” Top memandang G.D. G.D menggelengkan kepala.
            “Aku tak rasa dia di St.Diamond. Kawan-kawan aku dah tolong cari tapi tak jumpa.” G.D memberitahu.
            “Adakah kemungkinan besar dia kembali ke Blair?” Winnie meluahkan pendapatnya.
            “Aku rasa telahan Winnie betul.” Seungri memandang wajah rakan-rakannya.
            “Kenapa dia nak tipu kita?” Taeyang menggelengkan kepala.
            “Apa yang patut kita buat?” Daesung pula menyampuk.
            “Kita akan ke Blair esok.” Top memberikan kata putus.
            “Kenapa kauorang ni suka sangat menyibuk?” Serentak semua orang memandang ke arah pintu bilik mesyuarat. Sirvian memandang anak-anak didiknya dengan muka serius.
            “Sir…”
            “Kalau kauorang bantu dia, gelarannya akan dilucut.”
            “Sir!”
            “Itu syaratnya.”
            “Kami..”
            “Saya perlukan kamu untuk menyiasat mengenai kes kematian ahli keluarga Yu Jin.” Sirvian masuk ke dalam bilik meyuarat.
            “Kami dah siasat mengenai hal kematian ahli keluarga dia dan oleh kerana itu kami mengambil keputusan mahu membantu dia.” G.D memberitahu.
            “Kes Amytheist bukan sebarang kes. Malah kedatangan Yu Jin ke sini..Semuanya telah dirancang dengan sempurna.” Seungri menambah.
            “Apa maksud kamu?” Sirvian mengambil tempat duduk di sebelah Amanda.
            “Ini kisahnya…” Winnie membuka cerita….



3 under spell:

sakura said...

yang mana satu hero yu ji byk sgt nak jadi hero

Snow_Queen said...

@sakura: hero cter ni de dua je top n junhyung. =) yg byk2 laki len tu smpingan jeh..

Anonymous said...

Bila nak sambung lagi . Tak menyabar ni :) -sabby

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review