Thursday, July 28, 2011

Black Fantasy: Quarrel [33]

Posted by Snow_Queen at 11:25 PM
“Rancangan sudah berubah!” Aku memandang satu per satu wajah di hadapanku.
            “Apa maksud kau?” Tim mengurut dagunya. Mereka semua bergegas ke mari apabila menerima isyarat daripada Yu Jin.
            “Dua orang pemegang secret scarlet sudah mati.” Aku bertutur dalam nada rendah. Yang lain-lain memandang antara satu sama lain.
            “Jadi, sekarang hanya kau yang tinggal?” Blue memandangku. Aku mengangguk.
            “Apa rancangan kita yang seterusnya?” Henry bersuara.
            “Apa-apa pun, sekarang, aku adalah sasaran yang di cari. Aku percaya Lady Riana akan mengerahkan segala bala tenteranya untuk mencari aku sebelum gerhana bulan berlaku. Mereka memerlukan rantai terakhir ini untuk menyeru Amytheist.” Aku mengeluh sendirian.
            “Aku nak beritahu kauorang sesuatu.” Aku memandang ahli-ahli kumpulan ghost clan, xioz dan pasangan adik-beradik Hyun. Mereka mendiamkan diri tanda menyuruh aku terus bercakap.
            “Sebahagian daripada ahli kumpulan Beast akan membantu kita.”
            “Hah?”
            “Kenapa kita perlu percaya pada musuh?”
            “Bagaimana kalau mereka mengkhianati kita?”
            Aku menggetap bibir dan memandang G. G menganggukkan kepala tanda dia yakin padaku.
            “Tak. Mereka tak akan mengkhianati kita kerana mereka sendiri mahu lepas dari cengkaman Lady Riana malah kami sudah berbincang dan satu strategi antara kami telah di rancang.”
            “Apa rancangan mereka?” James menyoal.
***
Junhyung terduduk kepenatan di atas lantai. Habis perpustakaan peribadi milik ayahnya diselongkar tapi dia masih tidak menjumpai apa yang di carinya.
            Man! Apa yang kau buat ni?” AJ mengangkat buku-buku yang bertaburan di depan pintu sebelum meletakkan buku-buku berkenaan di atas meja berhampiran.
            “Kenapa kauorang datang ke mari?” Junhyung bangun dari duduknya.
            “Nanny Mia telefon kitaorang bila tengok kau macam orang gila dalam ni. Apa yang kau nak cari di sini?” Yoseob terbatuk-batuk apabila memasuki perpustakaan lama itu.
            “Tolong aku cari buku kegemaran ayah aku. Tajuknya ‘Silent Sunset’.” Junhyung meneruskan pencariannya.
            “Kenapa dengan buku tu?” Doo Joon turut sama menyelongkar perpustakaan yang terletak di bawah tanah itu.
            “Lady Riana bagi aku kod. Dia kata aku boleh temui jawapan di dalam buku kegemaran ayah aku.”
            “Junhyung, kau tak rasa ke yang niat sebenar kita dah tersasar jauh?” Yoseob akhirnya bersuara mengenai pendapatnya. Junhyung yang sedang sibuk mencari buku Silent Sunset terus terhenti pergerakannya.
            “Apa maksud kau?” Junhyung memandang Yoseob dengan pandangan tajam. AJ menyiku Yoseob supaya diam.
            “Aku tahu kita terhutang nyawa dengan Lady Riana tapi…Aku tak rasa ini cara yang betul kita mahu mencari siapa sebenarnya pembunuh ibu bapa kau.”
            “Jadi, kau beritahu aku macam mana aku nak cari pembunuh ibu bapa aku? Cakap!” Junhyung mencekak kolar baju Yoseob.
            Dong Woon menarik tangan Junhyung dan Doo Joon menarik Yoseob ke arah belakangnya.
            “Lady Riana adalah satu-satunya kunci untuk aku masuk ke Enigma. Tanpa dia, kau ingat kita boleh masuk ke sana? Huh? Kau dah lupa ke yang nyawa kau tu, dia juga yang selamatkan?!” Junhyung gagal mengawal emosinya.
            “Junhyung!” Doo Joo memandang tajam ke arah Junhyung sebelum memandang ke arah Yoseob.
            “Kalau sebab dia, kita semua perlu buat benda kotor ni, aku sanggup mati pada masa itu. Aku menyesal sebab aku masih hidup sekarang. Menyesal untuk lihat Junhyung yang aku kenal sudah hilang sedikit demi sedikit dimamah dendamnya sendiri.” Yoseob berlalu keluar tanpa mengendahkan panggilan Doo Joon.
            Shit!” Junhyung menendang rak di depannya.
            Doo Joon memberi isyarat pada AJ dan Dong Woon untuk menenangkan Junhyung sementara dia sendiri pergi mendapatkan Yoseob.
            “Yoseob! Tunggu aku!” Doo Joon menarik tangan Yoseob yang sedang membebel sendirian.
            “Apa!” Yoseob menjeling.
            “Amboi! Menjeling nampak. Cool man..Cool..” Doo Joon mengusap belakang badan Yoseob.
            “Ish apa usap-usap ni? Geli aku!” Yoseob buat muka. Doo Joon tergelak sebelum meraih bahu Yoseob.
            “Aku ada tugasan untuk kau.” Doo Joon tersenyum nipis.
            “Huh?” Yoseob mengerutkan dahinya apabila Doo Joon berbisik kepadanya.
            “Kau gila?!” Yoseob memandang Doo Joon
            “Ingat rancangan asal kita?” Doo Joon memandang Yoseob.
            “Tapi…”
            “Tak ada tapi-tapi lagi. Malam ni, kau pergi ke alamat ni selepas kerja kau selesai.” Doo Joon memasukan secebis kertas ke dalam poket jaket Yoseob.
***
“Lady Riana, tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi gerhana bulan akan berlaku. Bagaimana dengan perkembangan rancangan kita?” Kreig memandang orang kanan nya.
            “Tuan tak perlu khuatir. Kini hanya tinggal seorang sahaja lagi pemegang secret scarlet yang perlu dicari. Saya sudah mengarahkan orang-orang kita untuk mencari pemegang terakhir secret scarlet itu. Kita sudah tak perlukan Junhyung dan rakan-rakannya apabila kita sudah dapat cari pemegang terakhir secret scarlet.” Lady Riana tersenyum sinis.
            “Bagus…Singkirkan apa yang patut…Aku bergantung pada kau.” Ketawa Kreig bergema memenuhi setiap ceruk kamarnya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review