Saturday, July 2, 2011

Black Fantasy: Plan [25]

Posted by Snow_Queen at 9:12 PM
“Jun. My..My..Apa yang bawa kau ke sini?” Orang kanan Lady Riana, Ken menyapa Junhyung yang baru sahaja menjejakkan kaki ke ruang tamu rumah agam mewah milik Lady Riana.
            “Lady Riana ada?” Dia tayang muka tak berperasaan kepada Ken. Kalau dilayan sangat silap-silap haribulan ada yang bakal makan penumbuk.
            “Lady Riana ke luar Bandar. Apa yang kau mahu?” Ken melabuhkan punggungnya menghadap Junghyung.
            “Aku mahu tahu apa perkembangan terkini fasal permintaan aku.”
            “Kau jangan risau fasal tu. Kau buat sahaja kerja kau. Kau datang ke mari…Ada apa-apa maklumatkah fasal ‘itu’?” Ken mengurut dagunya. Dipandang wajah Junhyung yang masih tak beriak.
            “Kebetulan aku lalu sini jadi aku mahu tahu apa perkembangan kes aku. Aku balik dulu.” Junhyung lekas meminta diri.
            “Kau tahu apa akibatnya jika kau mengkhianati Lady Riana bukan?” Ken bersuara sebaik sahaja Junhyung mula menapak pergi akan tetapi Junhyung hanya melambai sahaja sebagai jawapan kepada soalan Ken.
***
“Mana kita nak cari dia?” Winnie menyinsing lengan bajunya. Pelajar-pelajar Akademi Blair di renung dengan pandangan tajam.
            Top mengurut pelipisnya. Pening dengan kerenah Winnie.
            “Aku tak rasa kita akan jumpa dia hari ni.” Top bersuara.
            “Apa maksud kau?” Winnie mencekak kolar baju Top. G.D menarik tangan Winnie. Berusaha mententeramkan teman wanitanya.
            “Dia jarang datang ke mari melainkan ada hal-hal penting saja.”
            “Kalau macam tu mari kita pergi ke rumah yang dia tinggal sekarang.” Winnie mengusulkan cadangan.
            “Winnie, aku rasa baik kau dan yang lain-lain berehat dulu. Aku janji aku sendiri yang akan bawa dia jumpa kau tapi bukan harini okay?” Top menyatakan janjinya.
Winnie mengeluh kecewa sebelum mengangguk.
***
Rambutnya diramas kasar. Sudah satu jam dia mencari alamat yang diberikan oleh bartender Han namun tidak ketemu jua.
            Orang tua ni tipu aku ke? Detik hatinya. Dia berjalan beberapa tapak lagi sebelum sekumpulan lelaki yang muncul entah dari mana mengelilingi dirinya.
            “Apa urusan kau di sini?” Salah seorang daripada sekumpulan lelaki itu bersuara.
            “Aku cari G.” Yu Jin menunjukkan alamat yang tertera di cebisan kertas. Lelaki tadi merampas cebisan kertas tadi sebelum memandang rakan-rakannya yang lain.
            “Siapa yang hantar kau ke mari?” Lelaki tadi bersuara lagi.
            “Tak ada sesiapa.” Tegas kedengaran nada suaranya.
            “Mari ikut kami.” Lelaki tadi berjalan menuju ke arah barat. Laju sahaja Yu Jin mengikut jejak lelaki itu.
            Sampai sahaja di kaki bukit, mereka semua berhenti. Yu Jin mengerutkan keningnya apabila mereka berhenti secara tiba-tiba.
            “Tunggu di sini sebentar.” Lelaki tadi terus menghilangkan diri.
Beberapa minit kemudian, muncul G bersama rakan-rakannya yang lain.
            “Whazzup dude!” G mengulurkan tangannya. Yu Jin menyambut.
            “Apa yang membawa kau ke sini?” G membawa Yu Jin ke sebuah taman berhampiran.
            “Aku nak minta tolong kau. Kau tak kisah kan?” Senyuman nipis di ukirkan.
            “Tak ada hal. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong.” G senyum senang hati.
            “Kalau macam tu….”
***
“Betul ke kau nak buat macam ni? Macam mana kalau kau tersalah orang?” AJ memandang Junhyung. Sukar baginya untuk menerima berita yang dituturkan oleh Junhyung.
            “Aku takkan silap. Semua bukti sudah ada. Sama seperti yang Lady Riana sebutkan.” Junhyung merengus kasar.
            “Habis tu…Apa keputusan kau? Kau nak serahkan dia pada Lady atau…” Sengaja Yoseob tidak menghabiskan kata-katanya.
            “Aku tak tahu. Biar aku fikir dahulu.”
            “Kau tak pernah ragu-ragu sebelum ni. Tapi..Walau apa pun keputusan aku, kitaorang akan ikut.” Dong Woon menarik sengih. Yang lain-lain mengangguk.
            “Kalau macam tu…Misi kita yang sererusnya bermula pada malam esok.” DooJoon bangun dari duduknya. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
            “Apa maksud kau?” Junghyung memandang DooJoon.
            “Ini rancangannya…”


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review