Monday, July 4, 2011

Black Fantasy: Persuasion [26]

Posted by Snow_Queen at 11:59 PM
Wajahnya diraup kasar. Seorang demi  seorang insan yang berada di dalam bilik itu diperhatikan.
            “Kenapa kau nak melarikan diri daripada kami. Kau dah tak anggap kami ni kawan kau ke? Nenek Rowena pun risaukan kau.” Winnie terus sahaja memuntahkan persoalan demi persoalan yang muncul di mindanya.
            “Kenapa kauorang datang ke sini? Tempat ni merbahaya tahu tak?” Aku mengepal penumbuk tanda bengang. Muka Top aku perhatikan. Sahlah lelaki ini yang membocorkan kedudukannya pada yang lain-lain. Padanlah Top beria-ia menarikku menuju ke hotel penginapannya sebaik sahaja aku baru sahaja sampai ke stesen Greenwitch. Entah bagaimana dia boleh mengesan kedudukanku.
            Eva mengerutkan kening apabila melihat cara pandangan Yu Jin terhadap Top. Dia menjadi tak sedap hati tiba-tiba lantas dengan sengaja, dia mendekatkan tubuhnya ke tubuh Top.
            Aku menjulingkan mata apabila melihat Eva mendekatkan tubuhnya ke tubuh Top.
            Apa dia ingat aku nak rampas pak we dia? getus hatiku.
            “Balik.”
            “Apa?” Winnie sudah bangun bercekak pinggang.
            “B.A.L.I.K.” Sengaja dia mengeja perkataan balik satu demi satu.
            “Aku sedang menjalankan sisatan. Aku tak mahu kauorang di apa-apakan. Kalau benda ini melibatkan kauorang, misi aku akan gagal. Ingat peraturan guardians council mengenai ujian kenaikan level?” Sengaja aku mengangkat keningku sebelah.
            Winnie, G.D, Taeyang, Seungri dan Daesung saling berpandangan. Masing-masing tahu mengenai peraturan guardians council itu.
            “Kami cuma rindukan kau.” Seungri merenung wajah Yu Jin yang kelihatan agak matang. Aku memandang wajah Seungri.
            “Aku pun tapi…Aku buat macam ni sebab aku tak mahu kauorang diserang. Aku minta sangat…Baliklah. Aku akan balik apabila tugas aku di sini sudah selesai.” Aku sudah bangun dari dudukku.
            “Yu Jin..” Suara Winnie sudah bergetar tanda menahan sebak. Dia rindukan sahabatnya.
            “Winnie.” Tubuh Winnie diraih ke dalam pelukan sebelum dia beredar.
            “Mari kemas barang.” Taeyang sudah bangkit dari tempat duduknya.
            “Tapi ini tak bermakna kita perlu akur pada dia….” Daesung sudah menarik sengih.
            “Kau gila! Kau nak dia fail?” Seungri tidak bersetuju.
            “Kalau kita tolong dia senyap-senyap…Dia takkan tahu kan?” G.D tarik sengih. Top sudah ketawa. Eva sudah masam mukanya.
***
“Siapa kauorang?” Ketua Ghost clan, Dean menyoal sekumpulan lelaki yang menahan perjalanannya.
            “Kami? Kau tak perlu tahu tapi aku ada benda yang mahu ditawarkan pada kau.” G menarik sengih.
            “Kami tak berkerjasama dengan orang yang tak dikenali.” Inn mengangkat senjatanya dan menghalakan muncung senjatanya ke arah G. G hanya tergelak kecil.
            “My..My..My..Inn, kau tak perlu gunakan senjata. Mereka tak serang kita pun. Mari kita dengar apa yang mereka mahu.” Izz memegang lengan Inn.
            “Izz.” Hugh menjeling tanda tidak suka dengan perlakuan Izz.
            “Apa yang kauorang mahu?” Dean bersuara.
            “Dean..” Kata-kata Blue terhenti apabila Dean mengangkat tangannya tanda menyuruh Blue diam.
            “Berkhidmat untuk tuan kami dan kauorang akan dapat upah yang lumayan.” G mengemukakan tawarannya.
            “Siapa tuan kau?” James menyampuk.
            “Kaorang akan tahu nanti. Apabila malam bulan mengambang penuh, pergi ke alamat ini.” G memberikan Dean secebis kertas. Dean meneliti kertas tersebut sebelum kembali memandang G.
            “Kami pergi dulu. Tuan aku kata dia tak memaksa tapi dia amat-amat berharap Ghost clan  akan membantu dia.” G terus sahaja beredar sebaik sahaja dia menyampaikan pesanan tuannya.
            “Dean, kau nak pergikah?” Sara yang hanya mendiamkan diri dari tadi bersuara juga akhirnya.
            “Kita masih ada masa selama beberapa hari sebelum bulan mengambang penuh. Mari pergi.” Dean mula berjalan. Cebisan kertas berkenaan disimpan ke dalam poketnya.
            “Kau yakin boleh pujuk kumpulan yang lain-lain?” Xen memandang wajah G.
            “Entah. Sama ada pujukan aku berkesan ke tak kita tunggu sahajalah dalam masa beberapa hari lagi.” G acuh tak acuh menjawab.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review