Thursday, July 7, 2011

Black Fantasy: Mourn [29]

Posted by Snow_Queen at 7:37 PM
Bunyi kincir angin yang diperbuat daripada buluh berlaga apabila angin petang menyapa. Haruman bunga-bungaan menusuk rongga hidung.
            “Tak panas ke?” Satu suara menegurnya yang sedang terbaring di atas rumput di halaman rumah. Soalan itu tak diendahkan. Dia cuba meraih ketenangan dalaman.
            “Sir Sirvian nak jumpa kau esok.” Dia membuka matanya dan terus bangun. Laju tangannya mengibas punggung untuk membuang rumput-rumput yang mungkin melekat di baju.
            “Sampai bila kau tak nak keluar rumah? Hari ni dah masuk hari ketiga kau berkurung?” Top mengekori langkah Yu Jin masuk ke dalam rumah. Dia mendengus kasar apabila Yu Jin tidak mengendahkan kehadirannya seperti selalu. Sudah kering ideanya dan yang lain-lain mahu memujuk Yu Jin.
            “Yu Jin, tolonglah bagi respon apabila aku bercakap dengan kau. Aku rasa macam bercakap dengan tunggul kayu tau.” Yu Jin melihat pergelangan tangannya yang dipegang Top. Perlahan-lahan tangan Top dilurutkan dari pergelangan tangannya sebelum dia berlalu ke ruang tamu. Top meramas rambutnya. Geram!
            “Sir Sirvian kata dia akan bagi tugasan baru pada kau apabila kau sudah benar-benar bersedia. Kami menantikan kepulangan Yu Jin yang lama.” Top merenung muka Yu Jin yang tak beriak. Gadis itu melabuhkan punggung di atas kerusi rehat kegemaran Ms.Rowena yang terletak bertentangan dengan tingkap.
            “Kau pernah rasa sakitnya kehilangan? Rasa sakit ini tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Ini adalah kehilangan kali ketiga buat aku. Aku tak tahan nak menanggung semua ni lagi.”
            Top berdiri di sebelah kerusi yang diduduki Yu Jin. Ya! Aku pernah rasa sakitnya kehilangan orang kesayangan aku dan orang itu adalah kau!! Aku bodoh kerana tersilap memilih. Selepas kau pergi, baru aku sedar kau sangat bermakna bagi aku. Kata-katanya itu hanya mampu diungkap di dalam hati sahaja.
            “Macam mana pun, kau harus bertahan. Perjuangan kau belum selesai.” Top menggetap bibirnya. Serentak mereka berdua memandang ke arah pintu utama apabila terdengar satu suara memanggil-manggil nama Top.
            “Mak we kau dah datang. Baliklah. Aku akan jumpa sir Sirvian esok.” Yu Jin bangun dan menuju ke arah pintu utama.
            Wajah Eva menyapa pandangan sebaik sahaja daun pintu dibuka. Top meloloskan diri ke luar.
            “Kami jumpa kau esok di Akademi kalau macam tu.” Top menepuk perlahan bahu Yu Jin sebelum beredar.
            Yu Jin hanya melihat sahaja kelibat Eva dan Top sehingga mereka hilang dari pandangan. Sempat dia menangkap jelingan tajam Eva tadi. Pintu ditutup dan dikunci.
            Perlahan-lahan dia menapak ke arah stor yang terletak di belakang rumah. Perlahan juga gerakannya membuka pintu stor.
            Bau herba menusuk rongga hidungnya sebaik sahaja pintu dibuka. Dia melangkah masuk dengan penuh waspada.
            Di dalam bilik itu terdapat beberapa rak yang penuh dengan herba-herba dan beberapa benda lain. Tiada apa yang luar biasa dengan bilik stor itu. Dia ketawa kecil tiba-tiba apabila mengenangkan betapa takutnya dia untuk menghampiri stor belakang rumah ini kerana dipengaruhi akan perasaan takut.
            Pintu stor di tutup. Dia kembali masuk ke dalam rumah dan semua lampu di dalam rumah itu dihidupkan.
            Dengan teragak-agak, dia masuk ke dalam bilik neneknya. Bilik yang tak pernah dia masuki. Perlahan-lahan pintu bilik neneknya ditolak. Lampu dibuka. Bilik itu sungguh kemas seolah-olah selalu dikemas oleh tuannya.
            Dia melabuhkan punggung di pinggir katil. Tangan mengusap cadar. Seolah-olah masih terasa kehangatan tuan punya bilik di situ.
            “Kalau kau letih, baliklah..” Terngiang-ngiang di telinganya perbualan terakhir bersama nenek Rowena.
            “Yuyu dah balik tapi kenapa nenek dan mama pula pergi meninggalkan Yuyu?” Tubuhnya direbahkan ke atas katil. Air mata laju mengalir menuruni pipinya. Perkara sama yang dia lakukan selama tiga hari lepas. Menangis dan terus menangis….
***
“Ini barang yang Ms.Rowena suruh serahkan pada kamu.” Sir Sirvian meletakkan sebuah kotak berwarna hitam sederhana besar ke atas meja.
            Aku mengambil kotak berkenaan dan meletakkan di atas riba. Tiada hati mahu melihat isi kandungan kotak berkenaan.
            “Kamu dah bersedia mahu mengambil tugasan baru?” Sirvian menyelak dokumen di hadapannya.
            “Maaf. Tapi saya rasa saya mahu meneruskan kes Amytheist.” Aku merenung tepat ke dalam anak mata Sir Sirvian.
            Sirvian mengerutkan dahinya. “Are you sure?”
            Aku mengangguk. “Lagipun saya dah tiada sesiapa di sini. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyelesaikan tugasan yang Sir bagi dan kembali ke sini.” Aku sudah bangun dari duduk ku. Kotak di atas riba dicampak masuk ke dalam beg.
            “Baiklah. Kamu boleh pergi. Selamat berjuang.” Sirvian menguntumkan senyuman khas buat anaknya muridnya itu.
            “Yu Jin!” Aku berpaling ke belakang apabila terdengar namaku dipanggil. Amanda, Winnie dan Big Bang tayang sengih. Aku memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket dan menghampiri mereka. Amanda memeluk ku.
            “Kau dah kurus. Kau sihat?” Amanda memegang kedua-dua belah pipiku. Aku hanya mengangguk kan kepala.
            “So…Sir bagi kau kes apa pula kali ni?” G.D menyoal.
            “Aku akan...ke St.Diamond pula kali ni.” Aku tersenyum tawar. Entah mengapa sukar untuk aku beritahu mereka mengenai keputusan ku.
            “Oh..Bila kau nak bertolak?” Daesung pula mencelah.
            “Malam ni. Emmmm…Aku balik dulu sebab nak kemaskan barang-barang. Jumpa lagi.” Aku memeluk Amanda dan Winnie sebelum beredar. Erat!

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review