Friday, July 8, 2011

Black Fantasy: Meeting [30]

Posted by Snow_Queen at 9:12 PM

                                        Ghost Clan: Inn, Izz, Dean, Blue, Sara & James

                                         Pasangan kembar Hyun: Znery & Henry
                                 Xioz: Dany, Friz, Dan, Tim & Simone


“Betul ke sini tempatnya?” Izz meneliti bangunan di depannya. Tampak usang dari luar. Lagi pula memang orang sudah tidak datang ke kawasan Villa yang terletak di kawasan bukit yang berhadapan dengan jeti St.Blair. Dean menapak beberapa langkah ke arah hadapan dan menolak pintu utama villa di depannya.
            Beberapa orang yang berada di dalam bangunan itu membuang pandang ke arah kumpulan Ghost Clan yang baru tiba. Dean masuk ke dalam diikuti dengan anak-anak buahnya.
            “Tengok siapa di sini..” Ketua kumpulan Xioz, Tim bersuara.
            “Kau buat apa di sini?” Inn memandang tajam wajah musuhnya.
            “Kami dijemput datang ke sini oleh sekumpulan lelaki. Kauorang?” Selamba riak wajah Friz menjawab.
            “Sama.” Dean masuk dan melabuhkan punggung di atas sofa yang sudah tersedia. Baru beberapa saat dia duduk, pintu utama villa pertemuan tempat mereka sekali lagi dibuka. Kali ini masuk dua orang jejaka kembar.
            “Adik-beradik Hyun? Nampaknya kerja yang bakal kita buat ini benar-benar menarik.” Simone bersuara. Semua mata di situ melihat adik-beradik Hyun bersandar di dinding berhampiran pintu. Jarang penduduk tempatan St.Blair terserempak dengan pasangan adik-beradik ini kerana mereka jarang bercampur dengan masyarakat sekeliling.
            Beberapa minit kemudian, lampu di dalam bangunan perjumpaan mereka menjadi malap. Ghost Clan, Kumpulan Xioz dan pasangan adik-beradik Hyun memandang sekeliling. Masing-masing mengambil langkah berwaspada.
            “Selamat datang. Terima kasih kerana sudi datang.” Semua orang yang berada di dalam bangunan itu melihat ke arah beranda atas. Kelihatan seorang perempuan berkelubung dan di sebelah kanan dan kirinya ada beberapa orang pemuda.
            “Kami datang sini sebab mahu mendengar apa yang kau mahu tawarkan.”  Sara bersuara.
            “Kalau kau beri upah yang lumayan, kami akan pertimbangkan untuk menuruti kemahuan kau.” Dan tersenyum sinis.
            “Sila teruskan nyatakan tujuan utama kau mahu berjumpa kami.” Henry Hyun, si abang bersuara.
            “Baiklah. Aku mahu kauorang semua bantu aku cari pewaris Amy. Aku mahu kauorang semua bersatu menjadi sebuah kumpulan dan bergerak di bawah aku.
            “Yu Jin melihat wajah-wajah tetamunya yang sudah bertukar riak wajahnya. Mereka kelihatan berbisik sesama sendiri.
            “Apa tujuan utama kau mahu mencari pewaris Amy?” Dean menyoal.
            “Aku perlu ambil sesuatu daripada dia dan untuk mencapai matlamat itu,aku perlu  bantuan kauorang semua. Aku tahu kauorang semua boleh diharap…”
            “Kalau kau mahu gunakan Amytheist untuk tujuan kejahatan, maaf kami tak mahu masuk campur.” Znery Hyun, si adik pula bersuara.
            “Maaf menghampakan kau tapi niat aku adalah sebaliknya. Aku perlu pastikan Amytheist takkan bangkit lagi untuk melihat dunia ini untuk selama-lamanya.” Yu Jin mendengus kasar.
            “Tentulah aku tak paksa kauorang semua untuk menyertai aku kerana kemungkinan besar kita semua akan mati. Aku tak boleh jamin nyawa kauorang sehingga tugas aku selesai tapi…Aku berjanji akan lindungi kauorang sebaik mungkin.” Yu Jin memberi janji.
            Kumpulan Xioz, ghost clan dan adik-beradik Hyun saling berpandangan. Masing-masing sedang berfikir baik buruk untuk menyertai Yu Jin.
            “Kami bersetuju.” Adik-beradik Hyun menyatakan persetujuan mereka setelah beberapa minit berbincang sesama mereka.
            Yu Jin memandang pula ke arah ghost clan dan Xioz.
            “Oleh kerana kau mahu membunuh Amytheist, kami bersetuju. Lagi pula dah lama kami tak berseronok.” Dean menyatakan persetujuannya.
            “Kami juga.” Dany bersuara memberi persetujuan.
            “Terima kasih. Aku amat menghargai bantuan kauorang. Ini habuan pertama kauorang.” Yu Jin memandang G. G mengangguk dan memetik jari. Tiga orang pemuda muncul entah dari mana dengan masing-masing membawakan seuncang besar kantung yang kelihatan sarat berisi. Setelah memberikan ghost clan, Xioz dan adik-beradik Hyun habuan mereka, tiga orang pemuda tadi terus menghilangkan diri.
            “Boleh kita teruskan dengan agenda seterusnya?” Yu Jin menurunkan kain kelubung yang menutupi wajahnya. Senyuman kecil terukir di bibir.
***
Junhyung menyimpan rantai mangsanya. Tanpa perasaan dia melihat mayat dua orang mangsanya yang sudah tak bernyawa.
            “Tinggal lagi seorang.” AJ memandang Junhyung.
            “Cukup sahaja untuk malam ini. Mangsa terkahir kita, kita akan cari kemudian. Kauorang boleh balik. Aku mahu jumpa Lady Riana dahulu.” Junhyung melangkah pergi.
            “Aku tak boleh teruskan kerja ni.” Yoseob tersandar lemah di dinding. Sayu dia memandang langit.
            “Kita semua dah berjanji mahu menolong Junhyung. Kau dah lupa?” Dongwoon memandang Yoseob dengan pandangan tajam.
            “Aku tahu tapi sampai bila kita mahu duduk di bawah telunjuk Lady Riana? Kita sudah lama menyimpang jauh dari tujuan asal. Kita bunuh orang yang tak berdosa…Adakah kauorang semua mahu hidup begini buat selama-lamanya?” Yoseob meluahkan ketidakpuasan hatinya.
            “Aku tahu siapa yang boleh tolong kita.” Doo Joon muncul selepas menguruskan mayat kedua-dua orang mangsa mereka.
            “Siapa?” Serentak yang lain-lain bersuara.
            “Yu Jin.”
            “Kau gila?! Dia adalah target Junhyung. Macam mana dia boleh menolong kita?” Dong Woon mengerutkan keningnya.
            “Entah-entah sebelum budak tu bukak mulut, Junhyung dah hunus black diamond ke tengkuk budak tu.” AJ pula menambah.
            “Aku tak rasa macam tu.” Doo Joon tersenyum nipis.
            “Kenapa?” Yoseob mengerdipkan matanya beberapa kali tanda mahu mengetahui jawapan Doo Joon.
            “Sebab dia dah jatuh hati pada Yu Jin tapi..Takdir nampaknya tak menyebelahi mereka untuk bersama…”
            “Betul. Kau perasan tak muka dia waktu Yu Jin hilang dari rumah tu? Priceless gila.” Yoseob tarik sengih.
            “Doo Joon, kau kalau cakap ayat tak berbunga-bunga boleh tak?” Dong Woon menyampuk pula.
            “Maksud aku, Yu Jin adalah satu-satunya kunci untuk kita semua terlepas dari cengkaman Lady Riana.”
            “Macam mana?” AJ mengerutkan dahinya.
            “Well…Aku dah lama fikirkan rancangan ni….” Doo Joon tersenyum nipis memandang teman-temannya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review