Saturday, July 2, 2011

Black Fantasy: Meeting Him [24]

Posted by Snow_Queen at 9:10 PM

“Yu Jin.” Terhentinya langkahnya apabila mendengar suara sapaan sang jejaka.
            “Top. Apa yang kau buat di sini?” Yu Jin memandang persekitaran sekelilingnya sebelum menarik lengan Top menuju ke arah taman. Dia tak mahu Junhyung terserempak dengan Top.
            “Apa yang kau mahu?” Yu Jin merenung tajam ke arah wajah Top.
            Top mengukir senyuman sinis. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke dalam kocek seluar.
            “Kenapa kau tukar tugasan kau dengan Slyvia? Kenapa kau tiba-tiba hilang dan tak menghubungi kami? Kau tahu tak Winnie dan yang lain-lain risau fasal kau?” Bertalu-talu soalan dilemparkan ke arah Yu Jin dengan hanya senafas sahaja.
            “Apa yang aku buat itu hak aku. Kau tak berhak masuk campur.” Aku merengus.
            “Kau..” Top meramas rambutnya.
            “Baliklah. Aku tak mahu jumpa kau atau sesiapa lagi. Aku mahu selesaikan misi aku secepat mungkin. Kehadiran kau menggangu aku.”
            “Kau bukan lagi Yu Jin yang aku kenal. Kau dah berubah.” Tergambar riak kekecewaan di wajah Top.
            “Suka hati kau nak anggap apa.” Tanpa membuang masa, terus sahaja Yu Jin meninggalkan Top sendirian di taman yang lengang dengan manusia itu.
            Junghyung masih lagi berdiri di depan tingkap biliknya. Sebentar tadi, dia dapat melihat dengan jelas Yu Jin menarik lengan Top menuju ke arah taman. Tanpa sedar, langsir tingkap biliknya digenggam erat. Kejadian malam tadi berputar kembali di fikirannya.
            Tubuh Yu Jin di letak perlahan-lahan ke atas katil. Dalam kesamaran malam, dapat dia melihat rantai yang di pakai oleh Yu Jin. Selama ini dia tidak perasan akan kehadiran rantai itu.
            Hatinya diserang dengan perasaan resah sebaik sahaja ternampak akan rantai itu.
            “Yu Jin…Maafkan aku.” Tanpa membuang masa terus sahaja dia mencapai jaket kulit miliknya dan berlari keluar. Nanny Mia yang baru sahaja mahu memanggil Junhyung terkejut kerana lelaki itu tampak kelam-kabut meninggalkan rumah. Tidak pernah dia nampak Junhyung seperti itu selama ini. Mesti ada sesuatu yang menggangu fikiran Junhyung desis hati Nanny Mia.
***
“Apa?!” Winnie menjerit kecil apabila mendengar khabar dari Top.
            “Aku tak percaya.” Winnie merengus kasar. Keningnya berkerut.
            Taeyang memberi isyarat ke arah G.D. G.D angkat bahu tanda malas mahu masuk campur.
            “Aku nak pergi sana sekarang!” Winnie terus sahaja meletakkan telefon bimbitnya dan terus sahaja berlari masuk ke dalam biliknya. G.D mengekori langkah Winnie.
            “Babe?”
            “Tak kira apa yang awak nak kata, saya tetap nak teruskan rancangan saya untuk mencari Yu Jin di St.Blair.” Winnie sibuk memasukkan beberapa helai pakaian dan beberapa barang keperluan dirinya ke dalam beg sandang.
            “Babe, saya tak halang tapi awak kena fikir masak-masak tentang satu perkara. Bagaimana kalau Yu Jin tak suka kita pergi ke sana?” Terhenti pergerakan Winnie yang mahu memasukkan beberapa potion ke dalam begnya.
            “Awak ingat saya peduli la kalau dia nak fikir apa pun? Saya nak dengar sendiri dari mulut Yu Jin tentang apa yang dia beritahu Top.” Winnie kembali melakukan pekerjaanya. G.D tersenyum  nipis. Masak benar dengan perangai Winnie yang keras kepala.
            “Kalau macam tu, saya akan ikut sekali okay?” G.D memujuk Winnie. Winnie mengangguk tanda setuju.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review