Thursday, July 7, 2011

Black Fantasy: Eavesdropping [28]

Posted by Snow_Queen at 7:33 PM
Dadanya berombak kasar apabila dia bangun secara mengejut. Peluh yang mengalir di dahi dilap dengan belakang tangan. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Selimut yang menutupi kaki di tolak ke tepi sebelum jubah tidurnya dicapai dan di sarung ke badan. Tekaknya terasa kering.
            Satu per satu anak tangga dituruni. Langkahnya terhenti separuh jalan apabila terdengar suara orang bersembang di ruang tamu.
            “Selepas misi malam esok, apa yang kau nak buat dengan dia?”
            “Aku akan serahkan dia pada Lady Riana.”
            “Kau dah fikir masak-masak?”
            “Aku tak pernah ragu-ragu dengan keputusan aku kan? Kita akan jalankan rancangan kita seperti yang telah kita rancangkan sebelum ini.”
            Yu Jin perlahan-lahan kembali naik ke atas. Pintu biliknya ditutup dengan perlahan supaya tidak menghasilkan bunyi.
            Jantungnya berdegup kencang. Apa maksud kata-kata Junhyung dan rakan-rakannya tadi?
            “Keluar dari rumah ni. Kau tak selamat di sini.”
            “Keluar!”
            “Keluar!”
            “Keluar!”
            Yu Jin menekup kedua-dua belah telinganya. Kepalanya pening apabila mendengar banyak bisikan dalam masa yang sama. Lantas dia menghempaskan kembali tubuhnya ke atas katil dan cuba untuk tidur kembali.
***
Sebaik sahaja Nanny Mia keluar daripada rumah, dia mengambil kesempatan itu untuk menyelongkar bilik Junhyung. Setiap ceruk bilik jejaka itu diselongkar tanpa meninggalkan sebarang bukti. Tangannya menggigil apabila menjumpai sebuah kotak lama di dalam almari pakaian lelaki itu.
            Tanpa bertanguh segera dia membuka kotak berkenann. Terdapat beberapa keping gambar lama di dalam kotak itu dan juga tiga utas rantai yang mempunyai rekaan yang sama.
            Terasa laju jantungnya mengepam darah apabila dia mengenali rekaaan rantai-rantai berkenaan. Rantai yang dipakainya diramas perlahan.
            Walaupun dia tidak tahu siapa Junhyung yang sebenarnya, hatinya sudah menjerit meminta dia meninggalkan rumah ini secepat mungkin. Selepas meletakkan kembali kotak berkenaan di tempat asalnya, Yu Jin kembali menuju ke biliknya dan mula mengemas barang-barangnya. Dia akan meninggalkan rumah ini!
***
Winnie menekup mulut apabila dua tubuh di depannya. Dia mengenali salah seorang daripada mayat berkenaan. G.D memeluk bahu Winnie.
            “Aku rasa kita perlu panggil Yu Jin balik.” Tenang Top memberi cadangan.
            “Aku dan Daesung akan dapatkan dia.” Seungri memandang Daesung memberi isyarat mereka perlu beredar segera.
            “Kenapa? Bagaimana?” Winnie memandang Sir Sirvian.
            “Pihak berkuasa menjumpai mayat mereka di kaki bukit Black Dust. Tapi bukti mengenai siapa pembunuh mereka masih tiada. Seolah-olah pembunuhnya tidak pernah wujud.” Sir Sirvian mendengus perlahan.
            “Yu Jin pasti akan sedih. Bagaimana dengan tugasan dia?” G.D mencelah.
            “Saya akan suruh dia mengambil tugasan lain selepas majlis pengkebumian selesai. Mari kita balik dahulu. Yu Jin pasti perlukan kita nanti.” Sir Sirvian menapak keluar dari bilik mayat. Winnie dan G.D mengikut langkah Sir Sirvian yang sudah jauh ke depan.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review