Tuesday, July 5, 2011

Black Fantasy: Fight [27]

Posted by Snow_Queen at 12:07 AM

“Memang benar telahan ibu tentang kes enigma” Puan Kim memandang wajah ibunya.

Rowena mengangguk perlahan. Teh merah yang suam dihirup perlahan-lahan.
            “Apa langkah kita yang seterusnya? Kes ni sudah ditutup oleh pihak berkuasa di sana.” Rowena meletakkan cawan ke atas meja.
            “Jangan beritahu Yu Jin mengenai kes ni. Kita akan selesaikan hal ini tanpa pengetahuan dia.” Rowena bangun dari duduknya.
            “Tapi…”
            “Dia perlu fokus pada tugasannya sekarang. Mari pergi.” Kelubung hitam miliknya dicapai dan Puan Kim tergesa-gesa membontoti langkah Ms. Rowena.
            Rowena memicingkan pandangannya dalam gelap. Sama ada suka ataupun tidak, akhirnya dia perlu jua berhadapan dengan musuhnya yang satu itu.
            Kali ini, dia sendiri yang akan turun padang untuk memburu musuhnya itu.
***
“Baru balik?” Aku menegur Junhyung yang kebetulan melalui ruang tamu.
            “Kau peduli apa? Bukan urusan kau pun.” Junhyung menuang air kosong ke dalam gelas sebelum meneguk rakus air berkenaan.
            Aku menggetap bibir. Terasa hati dengan perubahan sikap Junhyung yang agak drastik.
            “Kalau kau terasa fasal semalam…Aku minta maaf.” Aku menghampiri Junhyung namun Junhyung terlebih dahulu berlalu naik ke atas.
            Aku menggetap bibir untuk menahan air mataku daripada mengalir keluar.
            Junhyung menghempas pintu biliknya dengan kasar. Rambutnya diramas.
            “Kenapa perhubungan kita perlu berakhir sebegini?” Junhyung menghempas punggungnya ke atas katil.
            “Junhyung..” Junhyung mendongak. Nanny Mia mengukir senyuman nipis sambil masuk menatang dulang yang berisi segelas susu badam.
            “Terima kasih.” Junhyung mengukir senyuman nipis buat pengasuhnya.
            “Kenapa dengan kamu?”
            “Tak ada apa-apa. Terima kasih Nanny.” Junhyung tersenyum nipis sebelum menghirup susunya sehingga habis.
            Aku menghempaskan punggung di pinggir katil. Hairan bercampur sakit hati dengan perangai Junhyung.
            “Yu Jin….”
            “Bartender Han.”
            “Malam esok mereka semua akan berkumpul di Emerald Alley. Bersiap sedia.” Aku mengangguk sendirian sebelum menghempaskan badan ke atas katil. Malam esok adalah malam yang penting buatku.
            Lady Riana memandang tuannya sebelum memandang kertas putih di tangan kanannya.
            “Baki yang tinggal hanya tiga orang sahaja lagi. Cari mereka sebelum mereka dapat cari Amytheist!” Lady Riana menundukkan kepalanya tanda akur dengan arahan tuannya.
            “Bagaimana dengan Junhyung?”
            “Dia tak akan mengkhianati kita selagi dia tak dapat apa yang dia mahukan. Saya akan gunakan dia sebagai alat untuk menentang baki tiga orang musuh kita itu.”
Kreig mengangguk tanda puas hati dengan penjelasan orang kanannya.
            “Kau perlu cari mereka bertiga secepat mungkin. Semasa gerhana bulan berlaku, itu adalah masa yang paling sesuai untuk menyeru Amytheist. Aku tak mahu rancangan yang kita rancang selama bertahun-tahun ini menjadi sia-sia.”
            “Baik tuan.” Lady Riana segera menyusun langkah keluar dari kamar milik tuannya. Dia akan memperhebatkan usaha untuk mencari baki tiga orang pahlawan Gloria.


2 under spell:

~zequest~ said...

cik snow~~~

daa lme x komen kt sni... heheh
mkin lme mkin mysterious lak cite nih... n of kos mkin interesting...

junhyung... jgn betray yu jin~~~ wawawawawawwawa...

Snow_Queen said...

@zequest: hehe macih...truskan stia ngan cter ni..=)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review