Thursday, July 28, 2011

Black Fantasy: Doo Joon's plan [32]

Posted by Snow_Queen at 11:20 PM
Aku memandang wajah Doo Joon dengan pandangan tak puas hati manakala jejaka itu pula hanya tersengih-sengih semenjak dari tadi. Kalaulah aku tak pergi ke Akademi hari ini, mesti aku takkan dijumpai oleh lelaki ini.
            “Janganlah buat muka macam tu. Kita kan kawan.” Doo Joon menepuk bahu Yu Jin yang nampak tertekan.
            “Kawan my ass. Mana ada kawan yang mahu bunuh kawannya sendiri.” Aku mendengus sekadar di kerongkong.
            “Apa yang kau mahu? Bunuh aku?” Aku memandang Doo Joon dengan pandangan tajam.
            “Aku tak pernah ada niat itu.” Ekspresi muka Doo Joon sudah bertukar menjadi serius.
            “Yeah? Bukankah pemegang secret scarlet adalah target kauorang? Dan kebetulan pula aku adalah pemegang secret scarlet. Aku begitu bodoh kerana mempercayai kauorang dan memberitahu tentang misi aku. Yang paling aku tak tahan kauorang sanggup membantu aku memburu Amytheist. Tahniah atas lakonan kauorang!” Aku bertepuk tangan dan ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.
            “Sebelum kau nak menghukum kami, tolong dengar alasan aku dulu.” Doo Joon bangun dari duduknya. Suasana di padang bola Akademi yang lengang menjadi tegang.
            “Baiklah. Aku ada banyak masa nak dengar alasan kau jadi kau boleh reka sebanyak mana alasan yang kau mahu.” Aku menjeling.
            “Terpulang pada kau sama ada kau nak percaya atau tidak. Kami mahu membantu Junhyung mencari pembunuh sebenar ibu bapanya. Itu tujuan kami pada asalnya. Setelah terlibat dengan Lady Riana, tujuan asal kami sudah menyimpang jauh. Lady Riana mengarahkan kami buat kerja untuk dia dan dia akan mendapatkan maklumat mengenai pembunuh ibu bapa Junhyung. Itu adalah deal kami.” Doo Joon berpaling untuk melihat riak wajah muka Yu Jin.
            “Jadi..Dalam banyak-banyak manusia di muka bumi ni, kauorang pilih Lady Riana? Perempuan yang cuba menghidupkan kembali Amytheist kembali di atas muka bumi ini? Yang cuba menghidupkan kejahatan? Suck!”
            “Kami tiada pilihan! Satu-satunya petunjuk yang Junhyung ada mengenai pembunuh ibu bapanya adalah mereka dari St.Enigma. Enigma terkenal sebagai sarang kejahatan di sini. Bukan semua orang boleh masuk ke sana. Salah perhitungan nyawa boleh melayang. Saat nyawa kami hampir melayang kerana tersalah langkah, Lady Riana membantu kami. Junhyung, dia sanggup menolong Lady Riana kerana di dalam fikirannya ketika ini hanya mahu balas dendam. Dia dah tak nampak apa-apa sekarang.” Doo Joon kembali duduk di sebelahku.
            “Apa maksud kau?” Aku mengerutkan kening.
            “Kami pernah menceroboh masuk ke dalam Enigma. Entah di mana silapnya, kemunculan kami diketahui oleh penduduk Enigma lantas kami diburu. Apabila kami cuba keluar dari Enigma, Dong Woon telah di panah diikuti oleh Yoseob dan AJ. Kalau kau berada dalam situasi kami apa yang kau buat? Tinggalkan kawan-kawan kau yang cedera dan selamatkan diri atau menolong mereka?
            Junhyung, dia begitu sayangkan kawan-kawannya lantas kami berdua mengambil keputusan untuk melindungi Dong Woon, AJ dan Yoseob. Di saat-saat kami hampir kalah, Lady Riana datang membantu. Kami terhutang nyawa pada dia. Atas sebab itu, kami sanggup ikut dia untuk membalas budi. Terpulang pada kau nak percaya atau tidak.” Doo Joon mengerling ke arah Yu Jin sekilas.
            “Jadi…Kenapa kau beritahu aku mengenai semua ini?”
            “Aku nak kau hentikan Junhyung sebelum segala-galanya terlambat. Junhyung, dia boleh bunuh kau dari awal atau beritahu Lady Riana mengenai kau kalau dia nak tapi dia tak buat macam tu. Kau tahu kenapa?” Doo Joon memandang Yu Jin yang hanya sekadar mengangkat bahu.
            “Dia sukakan kau.”
            “Hahaha..Ini adalah lawan terbaik alaf ini yang pernah aku dengar.” Aku tersenyum sinis.
            “Aku serius. Hari kau hilangkan diri dari rumah dia, cemas dia tak payah cakaplah. Kalau kau sendiri tengok reaksi dia pada waktu tu, pasti kau dapat tafsirkan perasaan dia pada kau.” Doo Joon mengeluh perlahan.
            Aku mendiamkan diri. Teringat akan hari aku melarikan diri dari rumah Junhyung dan di pertengahan jalan, aku terserempak dengan Seungri dan juga Daesung. Mereka datang membawa khabar yang membuatkanku hampir menjadi gila.
            “Lagi pula…Kau adalah target terakhir yang tinggal.”
            “Huh?” Aku sudah bangun dari duduk ku.
            “Kau adalah pemegang terakhir secret scarlet yang tinggal Yu Jin. Hanya kau dapat hentikan semua kerja gila ni.” Tegas kedengaran suara Doo Joon.
            Aku terduduk. Nampaknya, keadaan semakin meruncing. Kepalaku berdenyut-denyut.
            “Habis tu apa yang kau nak aku buat?” Aku memicit pelipisku.
            “Aku nak kita bergabung. Aku..Bukan, kami akan bantu kau dan sebagai balasannya kau perlu bantu kami.” Doo Joon membuat tawaran.
            “Kalau macam tu serahkan semua rantai secret scarlet yang kauorang dah dapat pada aku.” Aku memandang Doo Joon.
            “Aku ada rancangan yang lebih baik daripada itu!” Doo Joon mendekatiku dan membisik kan rancangannya.
            “Aku ada satu soalan. Bukankah hanya pewaris Amy sahaja yang boleh menyeru Amytheist?”
            “Kadang-kadang sejarah pun boleh menipu Yu Jin. Semua orang boleh menyeru Amytheist dengan syarat, keenam-enam rantai secret scarlet perlu ada semasa upacara penyeruan itu. Kau perlu lebih berhati-hati selepas ini.”

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review