Sunday, June 26, 2011

Black Fantasy: Piggy Back [23]

Posted by Snow_Queen at 1:06 PM


Junhyung meredah lautan manusia di depannya. Matanya meliar memerhati kawasan persekitaran. Dia menoleh ke belakang apabila terasa tangannya di rentap.
            Doo Joon menunjukkan satu arah. Junhyung mengikuti langkah Du Joon.
            “Betul ke apa yang kau kata?” Junhyung menjerit melawan suara muzik yang kuat. Sebelum sempat Doo Joon berkata-kata bunyi muzik senyap dan digantikan dengan persembahan live oleh kumpulan penyanyi jemputan. Doo Joon angkat bahu apabila Junhyung memicingkan pandangan ke arah pentas. Lebih tepat lagi ke arah vokalis perempuan yang sedang menyanyi sekarang.
            Sebaik sahaja persembahan tamat, G dan rakan-rakannya berjabat tangan dengan Yu Jin.
            “Aku seronok berkerjasama dengan kau. Jumpa lagi.” G mengukir senyuman manis.
            “Aku pun. Terima kasih. Kalau ada apa-apa boleh aku minta tolong kauorang lagi kan?” Aku mengukir senyuman meleret. Gembira kerana dapat kawan baru.
            “Tak ada hal!” Vic turut menarik sengih.
            Aku memasukkan tangan ke dalam poket jeans sambil memerhatikan G dan rakan-rakan sehingga kelibat mereka hilang. Sebaik sahaja aku menoleh ke arah belakang, jantungku serta-merta berdegup laju.
            “Seronok?”
            “Apa hal?”
            “Apa hal? Kau keluar tanpa pengetahuan aku dan kau tanya apa hal?” Junhyung sudah hilang sabar. Kedua-dua belah bahu Yu Jin dipegang erat.
            “None of your business.” Aku menjulingkan mata.
            “It is my business. Ingat aku bertanggungjawab terhadap kau.”
            Baru sahaja aku mahu menjawab lidahku menjadi kelu sebaik sahaja ternampak kelibat Top menuju ke arah kami. Terus sahaja aku merebahkan diriku ke dalam pelukan Junhyung.
            Junhyung mengerutkan keningnya. Pelik dengan kelakuan Yu Jin.
            “Yu Jin.” Dahinya semakin berkerut apabila melihat kemuculan seorang lelaki.
            Aku menggetap bibir apabila mendengar suara Top.
            Top memandang Junhyung. Junhyung memandang Top. Suasana persekitaran terasa pelik.
            Junhyung cuba merenggangkan badan Yu Jin daripada badannya namun gagal apabila Yu Jin mengeraskan diri.
            “Aku rasa dia dah mabuk. Kau ada apa-apa pesanan untuk dia?” Junhyung mengawal situasi apabila menyedari keenganan Yu Jin untuk berhadapan dengan lelaki di hadapannya.
            Top menggelengkan kepala. Dia menjadi hampa apabila Yu Jin enggan bercakap dengannya. Bukan dia tak tahu Yu Jin hanya sekadar berpura-pura mabuk.
            Junhyung mencempung tubuh Yu Jin dan beredar.
            “Turunlah! Kau berat.” Junhyung bersuara setelah yakin mereka sudah jauh dari lelaki tadi.
            Aku melompat turun dari dukungan Junhyung. Aku memberi pandangan maut ke arah lelaki di sisiku.
            “Siapa dia?”
            “Pak we kau?” Junhyung meneka apabila Yu Jin mendiamkan diri tidak menjawab soalannya. Junhyung menggengam tangannya. Dia cemburu!
            “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku luahkan. Aku enggan berbicara tentang Top.
            “Lain kali, kalau ada apa-apa beritahu aku. Jangan buat semuanya seorang diri. Apa gunanya aku di sini kalau macam tu?” Aku berhenti melangkah apabila mendengar kata-kata Junhyung.
            Junhyung menoleh sedikit apabila perasaan Yu Jin berhenti bergerak.
            “Kau terlalu baik. Aku khuatir aku akan menyakiti kau.” Aku meluahkan rasa hatiku. Junhyung melepaskan keluhan kasar dan menoleh sepenuhnya ke arahku. Rambutku di usap perlahan sebelum tubuhku diraih ke dalam pelukannya.
            “Naik.” Aku terperanjat apabila Junhyung tiba-tiba sahaja merenggangkan pelukan antara kami dan mencangkung.
            “Huh?”
            “Biar aku gendong kau sampai rumah.”
            “Eh?”
            “Cepatlah! Penat tau mencangkung.” Junhyung sudah kembali ke perangai asalnya.
            Aku tergelak perlahan sebelum memeluk leher Junghyung erat.
            Junghyung jalan perlahan-lahan. Dia suka apabila Yu Jin dekat dengan dirinya. Ah! Kerana perempuan ini, dinding yang aku bina supaya tidak di hampiri oleh mana-mana perempuan roboh dalam sekelip mata.
            “Dia…Orang yang pernah aku sukai.” Aku meluahkan rahsia hatiku. Junhyung diam tidak menjawab.
            “Sebenarnya aku saja yang bertepuk sebelah tangan. Sekarang dia dah ada mak we.” Aku melepaskan keluhan kasar.
            “Kau larikan diri daripada dia sebab dia dah ada mak we? Ridiculous.” Junhyung mencebik.
            “Aku tahu tapi aku tak kuat setiap kali aku berhadapan dengan dia.” Aku memuncungkan bibirku sedikit.
            “Kalau kau buat macam tu..Nampak sangat la yang kau suka dia. Lain kali kalau kau jumpa dia berlagak macam biasa sahaja.” Junhyung ikhlas memberi nasihat meskipun hatinya perit.
            “Betul juga cakap kau. Entahlah..Aku pun tak faham dengan perangai aku ni. Mungkin juga wayar dalam kepala aku dah tercabut.” Aku ketawa kecil untuk menutup kegalauan hatiku.
            “Lain kali, kalau ada apa-apa kau boleh bagitahu aku, okey?” Junhyung tergelak kecil kemudiannya apabila hanya dengkuran kecil Yu Jin yang menjawab.
            “Sleepy head!” Tapi aku cintakan sleepy head ini…I care about her
            Junhyung terus berjalan. Dia berdoa semoga perempuan kesayangannya ini sentiasa dilindungi. Nasib baik Doo Joon kebetulan berada di parti yang sama dengan yang Yu Jin hadiri kalau tidak, sampai ke sudah dia tidak tahu Yu Jin sedang buat kerja gila. Tapi itu yang menariknya tentang Yu Jin bukan? Dia suka buat kerja gila.

3 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

yu jin,, jgn risau junhyung kn ad... dia pon sweet.. tq tuan tanah.. nk lagi.. hehehee i-p

sakura said...

best2 tp please jgn bagi top ganggu yu ji n junhyung

aqi` akirah said...

ase mcam xcukop nafas je ms bc bf nehh >___< like it so much lah\o/ehehee.. thanxs cik snow.. xsaba nak tggu chapt pulakk.. waa\o/

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review