Saturday, June 11, 2011

Black Fantasy: Jealousy (19)

Posted by Snow_Queen at 11:29 AM
Aku menolak buku how to summon Amytheist ke tepi. Segala nota yang aku catit aku lipat dan letak di atas buku itu. Kini aku tahu tanggungjawab aku begitu berat. Menjadi guardian merupakan tugas yang berat. Aku menghidupkan telefon bimbitku. Berpuluh-puluh pesanan ringkas dan panggilan masuk. Aku baca pesanan ringkas berkenaan satu per satu.  
Kebanyakannya dari Winnie. Tiada satu pun dari Top. Adakah Top tidak tertanya-tanya dimanakah aku atau…rindukan aku? Ah Yu Jin! Orang yang sedang mabuk bercinta itu takkan pandang kau lagi. Pandangannya sudah beralih arah..Hati bilalah kau nak terima hakikat yang Top bukan untuk kau. Dia untuk orang lain. Aku menutup kembali telefon bimbitku.
Aku sepatutnya fokus terhadap tugasan aku. Ermmm..Di mana patut aku mula dahulu untuk mencari pewaris Amy? Esok ponteng kelaslah. Alang-alang cari pewaris Amy, boleh juga aku berjalan-jalan sekitar St.Blair.
Junhyung yang baru mahu memulas tombol pintu bilik Yu Jin terhenti pergerakannya apabila lampu bilik Yu Jin sudah di matikan. Apa yang aku buat ni?! Junhyung mengetuk kepalanya. Dia menggeleng perlahan dan menuju masuk ke dalam biliknya yang terletak bertentangan dengan bilik Yu Jin.
***
“Tak pergi kelas?” Junhyung mengerutkan kening apabila melihat Yu Jin yang sedang membaca surat khabar sambil makan sarapan.
“Tak. Aku ada hal hari ni.” Yu Jin berkata tanpa memandang ke arah Junhyung.
“Hal?”
“Ermm..Kau tak pergi kelas? Dah lambat ni?” Yu Jin memandang jam tangan di pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul lapan pagi.
“Nak pergilah ni!” Junhyung berlalu. Yu Jin mengusap dadanya apabila mendengar bunyi pintu dihempas.
“Aish! Apa kena dengan mamat tu? mood swing?”
“Ingat aku teringin nak tahu sangat ke dia nak pergi mana?” Junhyung melemparkan begnya ke seat belakang. Enjin dihidupkan dan keretanya meluncur laju di atas jalan raya.

Aku mengerutkan kening apabila melihat Junhyung sedang baring di atas bonet keretanya. Bukan tadi dia dah berambus ke? Siap bunyi ekzos macam harimau mengaum nak terkam mangsa.
Aku menghampiri Junhyung.
“Hey mister!” Aku mengetuk permukaan bonet. Junhyung buka matanya.
“Bukan kau sepatutnya sudah berada di dalam kelas?” Aku memeluk tubuhku.
“Ehmm..Aku tiba-tiba rasa malas nak pergi kelas.” Junhyung bangun dari pembaringannya.
“Kau ni pelik.” Aku terus berlalu tanpa memperdulikan Junhyung.
“Yah! Tunggu aku!” Junhyung melompat turun dari bonet keretanya dan mengejar langkah Yu Jin yang laju semacam itu.
“Kenapa kau ikut aku?” Aku menjeling Junhyung yang kini sudah berada di sebelahku.
“Hobi.” Dia tarik senyuman sinis.
“Whatever.” Aku julingkan mata. Malas mahu melayan kerenah Junhyung.
***
Kereta api sesak dengan para penumpang yang mahu ke tempat kerja mahupun kolej. Tempat duduk sudah penuh maka terpaksa aku dan Junhyung berdiri.
“Ouch!” Aku menggosok lenganku yang dilanggar orang yang baru masuk ke dalam gerabak.
Junhyung menarikku dekat dengannya. Dia meletakkan sebelah tangannya di dinding atas sedikit dari bahuku seolah-olah mahu melindungiku dari orang ramai. Junhyung leka memandang sekeliling tanpa menyedari aku sedang merenung mukanya. Ada perasaan halus yang menyelinap masuk ke dalam hatiku. Tanpa ku sangka, Junghyung memandang ke arahku. Aku segera melarikan pandangan ke arah lain. Junhyung tunduk sedikit badannya dan berbisik di telingaku.
“Tak baik renung anak teruna orang macam tu di tempat awam.” Dapat aku rasakan mukaku sudah merah mendengar bisikan Junhyung di telingaku. Aku menjeling Junhyung yang tersenyum nipis. Bertambah merah mukaku.
“Panas huh? muka kau merah sangat.” Junhyung tergelak dan ianya bertambah galak bila aku cubit lengannya.
Aku cepat-cepat meloloskan diri apabila sudah sampai di stesen Sway. Junhyung meletakkan kedua belah tangannya ke dalam kocek. Aku perasan beberapa pasang mata gadis dan budak-budak sekolah menengah memandang ke arah Junhyung.
Kini aku harus menunggu kereta api yang menuju ke Greenwitch pula.
“Ini nombor saya!” Aku terkedu apabila seorang budak sekolah menengah menghampiri kami dan memberikan Junhyung secebis kertas yang mengandungi nombor telefonnya.
Perasaan marah tiba-tiba sahaja merasukku apabila Junhyung mengambil kertas itu dan mengucapkan terima kasih. Segera budak tu berlari ke arah kawan-kawannya dan dapat aku dengar budak itu menjerit kegembiraan walaupun dengan suara rendah.
“Kecil-kecil lagi dah gatal.” Aku menggumam sendirian.
“Apa dia?” Junhyung memandangku.
“Nothing!” Aku menjeling. Junhyung tersenyum nipis.
Apabila aku sudah nampak kepala kereta api yang menuju ke Greenwitch sudah semakin hampir, segera aku rampas kertas yang mengandungi nombor telefon itu dari tangan Junhyung dan campak ke arah landasan kereta api sebelum aku menarik tangan Junhyung masuk ke dalam kereta api.
Dapat aku lihat jelingan tajam budak tadi terhadapku sebaik sahaja pintu kereta api tertutup.
“Hey missy, kenapa kau campak nombor tu?” Junhyung memandangku tajam.
“Aku tak suka.”
“Kenapa?”
Aku terdiam apabila mendengar kata-kata Junhyung. Betul juga..Kenapa aku buat macam tu. Nampak macam aku cemburu pula pada hal aku dan Junhyung bukannya ada apa-apa hubungan pun.
“Sebab aku nak selamatkan budak tu.” Aku menggetap bibir apabila melihat Junhyung sudah tersenyum sinis.
“Betulah! Lagi pun budak tu mesti bawah umur lagi. Kalau kau bercinta dengan budak tu nampak macam ayah dan anak. Kalau kau gatal nak bercinta aku boleh kenalkan kawan-kawan aku.” Aku terus mencari alasan untuk menyelamatkan diri.
“Alasan budak tujuh tahun. Kalau kau suka aku kau boleh berterus-terang..”
“Ha! You wish!” Aku segera keluar apabila sudah sampai ke stesen Greenwitch. Junhyung mengikut dari belakang. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.


2 under spell:

Anonymous said...

snow!!! bessss giler...nk lagi...nak lagi...leh ilang tension study kalo bace ff ko ni...hehe
-ur kazen-

HikaYat Cik AppLe said...

soooooooo swwweeeeeeettt...♥♥♥♥

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review