Saturday, June 11, 2011

Black Fantasy: Greenwitch (20)

Posted by Snow_Queen at 11:32 AM
“Aku tak suka.”
“Apa yang kau tak suka?” Tanpa nada aku menjawab soalan Junhyung.
“Aku tak suka kau tayang muka tenuk kau ni.” Junhyung menarik pipi kananku. Aku menepis tangan Junhyung dan menggosok pipiku yang perit akibat dicubit.
Apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah hijau, Junhyung menggengam erat tanganku. Tak pula aku menarik kembali tanganku. Aku tersenyum nipis tanpa Junhyung sedar. Apabila sampai di seberang jalan, Junhyung masih tak lepaskan pegangan tangannya. Bandar Greenwitch merupakan pusat pentadbiran bagi St.Blair maka tidak hairanlah Bandar ini sesak dengan pengunjung.
“Hermm..Kita boleh tanya fasal pewaris Amy di sini.” Junhyung berhenti di depan sebuah kelab.
“Tempat apa ni?” Aku memandang Junhyung dengan pandangan risau.
“Percayakan aku, okey.” Junhyung menarikku masuk ke dalam kelab berkenaan. Ramai orang sedang melepak di situ dan ada pula yang sedang membuat urusniaga. Junhyung menuju ke arah kaunter.
“Hey!” Bartender di situ menyapa Junhyung. Junhyung mengangkat tangan.
“Apa hal? Bukan kau kata nak rehat sebulan dari cover kes untuk persatuan kau?” Bartender Han memandang Junhyung dengan pandangan pelik.
“Bukan aku tapi mak we aku.” Junhyung meletakkan tangannya atas bahuku.
“Mak we kau?” Bartender Han memandang Yu Jin dari atas ke bawah dan ke atas semula.
“Apa yang boleh aku tolong?”
“Saya sedang mencari pewaris Amy, seorang witch yang mencipta  Amytheist pada zaman pemerintahan raja Zenry.”
Bartender Han mengusap janggutnya seolah-olah sedang berfikir.
“Klasik kes kau ni. Aku tak jamin boleh cari tapi aku akan minta tolong beberapa orang kawan aku.” Bartender Han tersenyum nipis.
“Babe, saya nak pergi atas. Tunggu dekat sini tau!” Junhyung mengenyitkan mata dan beredar mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Aku berdehem perlahan untuk cover diri sendiri yang tengah malu-malu kucing.
“Apa yang kau nak buat dengan Amytheist?” Bartender Han berbisik.
“Saya ditugaskan untuk membunuh Amytheist.” Aku juga turut berbisik. Bartender Han menggamitku mengikutinya. Aku dibawa ke dalam sebuah bilik kecil yang sedikit hapak yang terletak di belakang bar. Di dalam bilik itu terdapat sebuah meja panjang dan beberapa buah kerusi. Lampu bilik itu agak suram juga. Bartender Han memeluk tubuhnya.
“Betul ke apa yang kau cakap tadi?” Suara Bartender Han bertukar menjadi serius.
“Apa yang betul?” Aku mengerutkan dahi.
“Kau kena bunuh Amytheist?” Aku mengangguk.
“Kalau macam tu kau kena berhati-hati. Secara jujurnya bukan kau seorang sahaja yang mencari Amytheist tapi beratus-ratus orang lagi. Mereka semua ingin memiliki Amytheist, jika mereka tahu niat kau, kau akan dibunuh kerana menghalang jalan mereka untuk memilik benda kotor itu! Perkara ni, lebih baik kau senyapkan sahaja. Buat kerja kau dengan hati-hati seperti kau tak wujud di atas muka bumi ini. Aku akan tolong kau. Kalau kau perlukan apa-apa bantuan, kau boleh cari aku.” Bartender Han menerangkan semuanya dengan senafas sahaja.
“Tapi, apa kerja yang Junhyung buat? Persatuan?” Aku cuba mengorek rahsia Junhyung.
“Kau tak tahu?” Bartender Han mengerutkan keningnya.
“Betul juga. Dia tak cerita mungkin kerana dia tak mahu kau risau. Kalau kau nak tahu apa yang dia buat, lebih baik dia sendiri yang cerita. Aku tak nak masuk campur. Mari pergi. Nanti Junhyung cari kau pula.” Bartender Han menarikku keluar dari bilik kecil itu.
Aku keluar dari kelab yang diberi nama R n B itu. Aku bersandar di tepi dinding dan memikirkan kata-kata Bartender Han.
Adakah aku patut buat semuanya seorang diri? Kalau betul tugasanku ini merbahaya, aku tak mahu melibatkan orang lain.
Sedang aku tenggelam di dalam lamunan sendiri, aku terkedu kerana mendengar suara yang seolah-olah aku kenali. Pintu kelab R n B kedengaran dibuka. Aku menghendap melalui cermin kaca kelab dan telahanku ternyata benar. Kelihatan Top dan Eva sedang berurusan dengan Bartender Han. Aku menundukkan pandangan apabila Top dan Eva keluar dari kelab dan tanpaku sedar aku mengekori langkah mereka.
Melihat Top dan Eva sedang bergelak ketawa dengan  gembira umpama sembilu yang menusuk kalbuku sehinggakan aku rasakan tiada lagi udara di sekelilingku untukku terus bernafas.
Aku berhenti di belakang seorang pemuda bertubuh besar yang kebetulan berada di sebelahku untuk menyorok apabila Top dan Eva berhenti melihat barang-barang yang dijaja di tepi jalan.
Aku terus mengekori langkah mereka apabila mereka mula bergerak untuk melihat barang-barang lain yang terdapat di sekitar kawasan itu.
Sekumpulan pelajar universiti yang tiba-tiba datang entah dari arah mana menyebabkan aku terpisah dengan Top dan Eva. Aku kehilangan punca sebelum pergelangan tanganku direntap dari belakang.
“Kau tahu tak penat aku cari kau! Aku suruh kau tunggu aku di mana?!” Suara Junhyung meninggi. Aku terkedu. Bagaimana pula aku boleh lupa akan pesanan Junhyung?
Aku memandang sekeliling untuk mencari kelibat Top dan Eva namun gagal.
“Jom balik!” Junhyung menarik tanganku menuju ke arah stesen kereta api.
Junhyung berasa sebal. Hampir separuh nyawanya seakan melayang apabila Yu Jin hilang secara tiba-tiba. Jantungnya seakan-akan mahu berhenti berdegup. Nasib baik dia berjumpa kembali dengan Yu Jin. Junhyung mengerling ke arah Yu Jin yang mendiamkan diri semenjak dari tadi. Muka Yu Jin  mendung sekali. Kereta api bergerak dalam kelajuan sederhana. Mujurlah waktu-waktu begini kereta api lengang kalau tidak terpaksa lah mereka berhimpit dengan orang ramai.
“Aku minta maaf.” Junhyung memandang ke arah Yu Jin yang duduk di sebelahnya menanti jika ada apa-apa lagi yang ingin diperkatakan gadis itu namun dia hampa apabila Yu Jin terus mendiamkan diri. 

6 under spell:

sakura said...

awat yu jin dok kejar top lagi
junhyung kan dah ada
geram betul la...

iniakuyangpunyahati said...

jgn laa nk duk ingt2 kt top 2!!! hishhh mara nie mara heheehe

~zequest~ said...

epi 19 suke sgt2!!! =)

tuk epi 20>>>
yujin tlg laa plih junhyung
jgn kjar top lgi daaa...
sob3

aqi` akirah said...

suke sudah same yu jin+junhyung \o\ xmoh ler ngan top lg.. bia top tekontang-kanting pulakk.. lalalala~

Anonymous said...

btol2...pegi jahanam la top ngan eva tu...junhyung lg bes...haha marah fan top kalo bace comment aku ni...
-ur kazen-

HikaYat Cik AppLe said...

wahai yuyu..tolonglah twistkan hati kamu utk junhyung...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review