Sunday, May 1, 2011

Romeo X Juliet 36 FINAL

Posted by Snow_Queen at 12:54 PM


Jalan-jalan raya sudah mula dipenuhi oleh rakyat jelata. Perkarangan istana juga begitu. Tetamu-tetamu penting pula akan tiba kemudian di istana. Wartawan-wartawan dari pelbagai akhbar sibuk melaporkan perkembangan semasa majlis perkahwinan putera Minho dan Hani yang bakal berlangsung di sebuah taman yang terletak di pinggir Bandar. Dikatakan itulah tempat putera Minho melamar cik muda Hani. Majlis yang pada mulanya mahu dibuat secara sederhana dibuat secara besar-besaran atas permintaan Onew. Lagi pun tiada apa-apa yang patut ditakutkan. Ancaman sudah lama berlalu.
Hani menarik nafas dalam-dalam. Dia berdebar. Tangan Ara digenggam erat.
“Aku rasa macam nak pengsan.” Hani memandang Ara.
“Ha ha ha..Baru kau tahu macam mana perasaan aku waktu aku kahwin dengan Jonghyun dulu. Semua mata memandang setiap gerak-geri kita. Sekarang giliran kau pula.” Ara buat kening double jerk.
“Kau ni tak membantu langsung.” Hani buat muka. Dia kini berada di bilik menunggu. Hanya menunggu masa dipanggil sahaja.
“Kalau Sha ada, mesti lagi meriah kan?” Ara menekup mulut apabila menyedari dia terlanjur kata.
“Ermm..” Hani tersenyum nipis.
Pintu bilik menunggu dibuka dari luar.
“Pengantin perempuan dah boleh keluar.” Seorang pegawai istana memaklumkan. Masuk Onew sebagai pengiring pengantin perempuan.
“Kau nampak lawa. Mesti Minho pengsan tengok kau ni.”
Hani ketawa kecil.
“Shall we?”
Hani mengangguk seraya memautkan tangannya di lengan Onew.
“Terima kasih, tuanku.” Hani berbisik.
“Bukan tuanku tapi Onew oppa.” Onew berbisik kembali.
“Terima kasih, Onew oppa.” Hani tersenyum nipis.
Perasaan Hani kembali berdebar apabila melangkah menuju ke altar.
Flash kamera kelihatan di sana-sini. Hani cuba untuk senyum sebaik mungkin. Nun, di hujung sana, Minho kelihatan segak dengan pakaian rasmi perkahwinan diraja yang berwarna putih ungu.
Minho tersenyum apabila melihat Hani yang diiring oleh abangnya. Hani kelihatan cantik sekali bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.
“Kau renung dia macam nak makan dia.” Jonghyun mengusik. Key dan Tae Min ikut tergelak sama namun tak diendahkan Minho.
Tae Min menyiku Minho apabila dia hanya merenung Hani yang sudah berdiri di depannya.
“Semoga korang berbahagia sampai ke akhir hayat dan dikurniakan ramai anak.” Onew berbisik.
“Menjunjung kasih tuanku.” Minho menundukkan badannya sedikit sebelum menyambut huluran tangan Hani. Onew menepuk bahu Minho sebelum mendapatkan isterinya.
“Kita berkumpul di sini untuk meraikan dua hati yang bakal disatukan dalam majlis yang penuh gilang-gemilang ini….” Pegawai pendaftar perkahwinan mula berucap.
Hani mengerling ke arah Minho begitu juga sebaliknya.
“I do.” Minho menyarungkan cincin ke jari Hani.
“Pengantin perempuan….”
“I do.” Hani menyarungkan cincin ke jari Minho.
“Pengantin lelaki boleh mengucup pengantin perempuan.”
Minho mengucup bibir Hani. Sorakan dan tepukan bergema di seluruh taman itu. Hani memandang langit. Seakan-akan ternampak Sha sedang tersenyum ke arahnya. Hani turut tersenyum.
Hani dan Minho memandang semua tetamu yang hadir, mereka berdiri condong ke arah kiri dan tunduk hormat. Kemudian mereka menghadap ke arah sebelah kanan pula dan tunduk hormat.
Sewaktu hendak melangkah turun dari altar, Hani berhenti melangkah. Dia memandang tepat di hujung pintu masuk taman yang dihias indah dengan pelbagai jenis bunga-bungaan. Minho memandang ke arah Hani.
“Sha.” Hani berbisik.
Minho memandang ke arah pintu masuk taman. Di hujung sana, berdiri seorang gadis yang memakai dress merah jambu dan berkelubung dengan mantel yang sama warnanya. Muka gadis itu jelas kelihatan.
“Sha!” Hani berlari menuju ke arah gadis yang mendepakan tangannya. Para hadirin yang hadir, berbisik sesama sendiri. Para wartawan tidak lepas-lepas mengambil gambar. Masing-masing tertanya-tanya siapa gadis yang muncul tiba-tiba itu.
“Aku dah balik.” Sha berbisik perlahan. Ara turut berlari mendapatkan Sha. Mereka bertiga saling berpelukan.
“Sha, apa yang dah jadi? Aku sedang bermimpi ke?” Hani memegang pipi Sha.
“Tak, aku betul-betul dah balik.”
“Sha.” Sha memandang ke arah Jonghyun, Tae Min, Key dan Onew. Mereka saling berpelukan. Sha memandang ke arah Tae Min yang sedang melihat dari jauh.
Sha melangkah setapak demi setapak menuju ke arah Tae Min. Wartawan masih sibuk mengambil gambar.
“Aku dah balik. Aku tunaikan janji aku untuk tinggal di sisi kau.” Sha berkata demikian sebaik sahaja dia berdiri di depan Tae Min.
Tae Min terus sahaja memeluk Sha tanpa berkata apa-apa. Kalau ini adalah mimpi, dia enggan bangun. Dia rela bermimpi selama-lamanya.
***
“Apa sebenarnya yang terjadi?”Ara cepat sahaja menyerang Sha dengan soalan sebaik sahaja majlis pada hari itu tamat. Semua tetamu jemputan dan wartawan sudah bersurai.
“Aku pun tak tahu macam mana nak cerita tapi terima kasih kepada tok guru berlima. Mereka yang selamatkan aku.” Sha tersenyum manis.
“Kemana kau menghilang selama ni?” Hani pula menyampuk.
“Aku kena jalani rawatan pemulihan. Selepas aku masuk ke dalam perangkap tu, sistem badan aku jadi lemah jadi aku tak boleh keluar lama-lama ataupun kena cahaya matahari  atau aku akan jatuh sakit. Setahun aku rawat diri sendiri. Untuk itu, aku telah makan potion khas dan tidur dalam kapsul khas selama setahun.” Sha menerangkan.
Yang lain-lain mengangguk.
“Apa-apa pun, kami bersyukur kau dah kembali semula.” Onew tersenyum nipis. Sha mengangguk.
“Haritu, kau yang aku nampak kan? Di seberang jalan.” Hani menyoal.
“Aku tak pasti sebab aku tak ingat apa-apa. Tempoh setahun berakhir semalam jadi otak aku macam tak berapa nak berfungsi sangat. Mujur aku terbaca paper yang kau berkahwin hari ini. dan mujur aku sempat ke majlis kau.”
Hani dan Ara sekali lagi memeluk Sha. Masing-masing mengalirkan air mata. Air mata gembira.
“Ah, ni apa sedih-sedih pula ni? kan tak elok untuk kandungan tu.” Jonghyun memandang ke arah Ara. Ara tersipu-sipu malu. Semua orang memandang ke arah Ara. Masing-masing mengucapkan tahniah. Dua berita gembira dalam masa satu hari sememangnya merupakan tuah kepada Negara mereka.
“Mana Tae Min?” Sha memandang sekeliling. Dari tadi kelibat Tae Min tak kelihatan.
“Kat taman.” Key memberitahu.
Sha terus sahaja menuju ke arah taman. Yang lain-lain mengulum senyum.
 Kelihatan Tae Min sedang merenung bintang-bintang di langit.
“Hai.” Sha menyapa namun Tae Min masih mendiamkan diri.
“Tae Min…” Sha meraih tangan Tae Min.
“Setahun saya memujuk diri saya untuk menerima kenyataan yang awak telah mati tapi apabila awak kembali hari ini, saya rasa sedang bermimpi dan sekarang saya rasa masih lagi berada di dalam alam mimpi. Saya tak nak bangun kalau ini adalah mimpi.” Tae Min menggengam tangan Sha.
“Awak tak bermimpi sayang. Saya rindukan awak.” Sha memeluk Tae Min.
“Sha, kali ini, saya takkan lepaskan awak pergi jadi…Sudi tak awak jadi Juliet saya buat selama-lamanya?” Tae Min merenung anak mata Sha.
“Ya saya sudi jadi Juliet awak, Mr Romeo.” Dan bibir mereka bertemu.
“Tahniah!!” Terdengar suara sorakan di belakang mereka. Sha dan Tae Min sama-sama ketawa dengan gelagat kawan-kawan mereka.

p/s: spt biasa hope korng enjoy la dgn picisan yg xsberapa ni..n sbrg komen amatlah dihargai ^___^

11 under spell:

HikaYat Cik AppLe said...

yeay...dah abes.... suke sgt ng citer snow neh.. dah agak dah..her0in mesti blk smula punye.. baru la her0 x sedih dan merana...hehehe.. 2 thumbs up for u dear snow..

Anonymous said...

hehe..ada butang like tak?

Anonymous said...

yay!! dh abes...ske giler citer nyh...
tp kan...ending die cm sengal sket...haha...sha ngan taemin kiss...pastu mamat2 n minah2 blakang potong line jerk...jerit 'tahniah' kuat2...haha lwk2
-ur kazen-

Snow_Queen said...

@apple: yeay~~ snow pn suka jge sbb korng duka hehehe

@anon: tak de la..nty t buat satu kay heheh

@hanie: haha sbb dia ak da cter kat ang weee~~

pinkpurle amie said...

alaaaaaaaa...dah abis kew??? sob..sob..sob.. mesti windu ngan dowang sume..specially ngan taemin ngan sha.... best2... 10 star for u snow ;p

Fath Aurel said...

best2! sangt!!!... sweet giler cter ni.. i like.. gd job wrter.. <3

Fath Aurel said...

best! gler cter ni.. sweet sngat cra diorg cple.. i like

Fath Aurel said...

best2! sangt!!!... sweet giler cter ni.. i like.. gd job wrter.. <3

Snow_Queen said...

@pinkpurple amie: hew3..habis suda..cik snow pn rindukan donrng juga..Thanks dear =)

@Fath aurel:thanks..Harap kamoo enjoy spanjang lepak-ing di blog cik snow yg bese ni =)

salmi fasliena said...

best giler..snow, bleh tak wat special entry citer ni..pasal life shinee ngan wife diorang, especially citer pasal tae min ngan sha...please...

Aina Azlin said...

All the story of snow really the best . X boleh lawan dgn org lain . Buat cerita bru snow.we will support u ..thumbs up writer . I luv all u story . NO 1 huhu

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review