Sunday, May 1, 2011

Romeo X Juliet 35

Posted by Snow_Queen at 12:52 PM

Setahun kemudian [musim bunga]…
Hani menghirup coklat panas perlahan-lahan sambil tersenyum. Sebentar lagi, dia dan Minho akan pergi ke butik pengantin untuk mencuba pakaian mereka. Hani merenung ke arah tepi pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan yang sudah mula berbunga lebat.
Dalam masa setahun, banyak benda yang sudah berubah. Hani tersenyum nipis apabila melihat berita di billboard. Kelihatan Onew dan Tiffany merasmikan sebuah butik pakaian milik Key dan Emerald.
Raja dan permaisuri Burberry baru yang disenangi oleh rakyat jelata.
Tae Min pula menyambung pelajarannya diluar Negara selepas kejadian hitam itu. Sepatutnya jejaka itu sudah graduate pada bulan lepas namun Tae Min enggan kembali dengan alasan mahu pergi bercuti pula. Mereka semua faham perasaan Tae Min lantas dibiarkan sahaja apa yang mahu dibuat oleh jejaka itu namun Tae Min berjanji dia pasti akan kembali menjelang hari perkahwinan Minho dan Hani.
Hani mengerling jam di tangannya. Ada lagi sepuluh minit sebelum Minho sampai. Ah! Sudah lama tidak mendengar khabar Ara. Kali terakhir, dia mendengar khabar gadis itu adalah pada tiga bulan lepas. Sibuk sangat melancong ke seluruh dunia sebagai hadiah honeymoon dia dan Jonghyun. Agak-agak dia ingat tak aku nak kahwin esok?
“Minta maaf.”
“Tak mengapa.” Hani mengukir senyuman nipis dan mengambil sapu tangannya yang terjatuh akibat dilanggar tadi.
“Cik ni bakal isteri putera Minho kan?” Gadis itu merenung Hani.
“Ah, saya.” Hani tersenyum malu. Mujur kalau ke mana-mana dia tak dikejar oleh peminat-peminat Minho.
“Boleh saya minta tanda tangan cik.” Gadis itu mengeluarkan pen dan kertas kosong.
Hani hanya menurut sahaja permintaan gadis itu. Gadis itu beredar selepas mengucapkan terima kasih.
Hani kembali memandang ke arah luar. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat figura yang sedang berada di seberang jalan. Figura itu berpakaian kasual sambil sedang meletakkan headphone di kepalanya.
“Sha!” Tanpa sedar Hani berlari keluar dari café berkenaan. Dia mahu melintas jalan namun banyak kenderaan yang sedang bergerak menyebabkan hasratnya terbantut. Hani turut berjalan apabila gadis di seberang sana berjalan.
“Sha!” Hani melaung namun mustahil bagi gadis itu untuk mendengar jeritan Hani kerana jarak mereka yang agak jauh.
Sebaik sahaja lampu isyarat merah, Hani berlari melintas jalan. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebaik sahaja selamat melintas namun Sha sudah hilang dari pandangan matanya.
“Sha…” Hani menekup mulut. Ada air jernih yang keluar.
“Hani.” Hani memandang ke arah Minho.
“Min..Saya nampak Sha.” Hani memegang pergelangan Minho.
Minho memeluk Hani dan mengusap rambut tunangnya.
“Jangan ikutkan perasaan awak sangat. Kita semua dah lama terima hakikat yang Sha dah tak ada kan?” Minho mengusap air mata yang mengalir di pipi Hani.
“Tapi…” Hani tak jadi meneruskan kata-katanya apabila melihat renungan mata Minho. Mungkin betul dia hanya berhalusinasi sahaja tadi.
“Mari kita pergi. Kita dah lewat ni.” Minho memaut bahu Hani dan melintas jalan raya menuju ke butik pengantin.
***
Ruang makan malam meriah dengan suara gelak ketawa. Hani ketawa senang hati. Akhirnya semua orang berkumpul kembali. Seperti dulu-dulu meskipun ada ruang yang kosong.
“Kau nak pergi honeymoon ke mana?” Ara memandang Hani.
“Ah, kami tak berbincang lagi pasal tu.”
“Pergi ke St. Sakura. Tempat tu sangat hebat.” Key menyampuk.
“Heh! Apa barang pergi tempat kauorang berbulan madu? Kitaorang nak pergi tempat lain.” Minho fire Key namun Key hanya ketawa senang.
Tiba-tiba mereka semua diam. Seolah-olah ada malaikat lalu pula.
Mata-mata masing-masing memandang ke arah kerusi yang kosong.
“Hey, mari ucap selamat untuk perkahwinan Minho dan Hani esok.” Onew mengangkat gelas. Yang lain-lain tersenyum nipis. Tae Min mengerling sekilas di ruang kerusi kosong itu. Ada rindu bertandang di hati.

Tae Min mendongak memandang dada langit yang dipenuhi bintang-bintang. Teringat dahulu yang dia dan Sha pernah melepak bersama-sama sambil baring di atas badan bolt.
“Kat sini kau rupa-rupanya.” Sha bangun dan memandang ke arah bawah. Kelihatan Tae Min merenung Sha.
“Apa yang kau buat atas badan bolt?” Tae Min buat muka.
“Apa hal kau cari aku?” Sha bertanya tanpa memperdulikan soalan Tae Min.
“Turun sekejap. Aku ada benda yang nak cakap dengan kau.” Tae Min sudah bercekak pinggang.
“Cakap jelah. Aku masih boleh dengar walaupun kau dekat bawah dan aku dekat atas sini.”
“Kalau kau tak mahu turun aku akan naik atas.” Tae Min mula mengugut.
“Tak ada sesiapa halang kau. Jadi silakan.” Sha baring kembali dan merenung dada langit.
Tae Min meramas rambutnya. Perempuan ni memanglah!
Tae Min terus sahaja memanjat naik ke atas badan bolt.
Sha menggetap bibir apabila wajah Tae Min menghalang pemandangannya.
“Kau nak apa?” Sha merenung wajah Tae Min yang begitu hampir dengan wajahnya.
“Perkara yang kau cakap siang tadi, kau tak boleh tarik balik.”
“Perkara apa?” Sha buat muka.
“Ish! Apa hal otak kau ni lembap semacam? Pasal aku jadi pak we kaulah.” Tae Min menjegilkan mata.
“Oh, okay.”
“Itu je?” Tae Min buat muka tak puas hati.
“Habis tu kau nak aku cakap apa?” Sha mula tarik sengih. Tae Min terus sahaja terbaring di sebelah Sha.
“Aku kibar bendera putih dengan kau. Menyakitkan hati cakap dengan kau ni.” Tae Min turut merenung bintang-bintang yang indah bertaburan di dada langit. Sha menarik tangan kiri Tae Min untuk dijadikan alas.

Ah! Bolt sudah mati tidak lama selepas Sha ‘hilang’. Sedih memang sedih namun hidup mesti diteruskan.
“Jauh berangan.” Tae Min berpaling ke sebelah kirinya. Onew duduk di sebelahnya.
“Apa yang tuanku mahu?” Tae Min tarik sengih. Semenjak Onew ditabalkan menjadi raja, suka benar dia mengusik lelaki itu.
“Aku bagi penampar nak? Tuanku…tuanku…panggil aku Onew.” Onew mencebik.
“Ampunkan patik, tuanku.” Tae Min tergelak.
Onew menjeling. Memang tak makan saman adiknya yang sorang ni.
“Kau masih ingatkan dia?”
Tae Min kembali merenung dada langit.
“Setiap masa, setiap saat.”
“Kau tak nak cari pengganti?”
“Mustahil ada orang boleh gantikan dia.” Tae Min mengeluh.
“Tadi Minho cerita yang Hani seakan-akan ternampak kelibat Sha.” Onew memberitahu. Tae Min memandang Onew. Sama seperti dia, dia yakin, orang lain pun merindui kehadiran Sha.
“Puteri Jess dah lama bertanya pasal kau. Kau tak nak pertimbangkan?”
“Kau kirim salam sajalah. Kata aku dah kahwin senyap-senyap dan sedang tunggu saat-saat kelahiran putera sulung aku.”
“Ada pula.” Onew menyekeh kepala Tae Min. Dah sewel agaknya budak ni.
Tae Min hanya tergelak.
“Aku masuk tidur dulu. Kau pun jangan tidur lambat-lambat. Esok kena bangun awal.” Onew menepuk bahu Tae Min.
“Okay, tuanku.” Onew julingkan mata. Malas mahu melayan kepala sewel Tae Min.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review