Sunday, May 1, 2011

Romeo X Juliet 34

Posted by Snow_Queen at 12:51 PM
Suasana di dalam istana kelam-kabut apabila terdapat banyak pengawal istana dibunuh secara serentak. Api marak menyala di sana sini. Pembantu Yong membantu setakat yang terdaya. Kelima-lima orang putera sudah dipanggil pulang begitu juga dengan pewaris pembesar bertiga.
“Albert, akhirnya kita bertemu jua.” Pembantu Yong berpaling. Kelihatan tabib Kim memandang ke arahnya dengan renungan tajam.
“Tabib kim?” Pembantu Yong mengerutkan kening.
“Ah! Kau sudah tua betul rupa-rupanya. Takkan aku pun kau tak cam?” Suara tabib Kim berubah menjadi suara seorang wanita.
“Selina!”
“Betul. Akulah Selina. Selina yang dihina dan dibuang daripada keluarga diraja ini. Sekarang, kau lihat Albert, aku sudah berjaya mengusai Burberry. Aku akan hapuskan kesemua keturunan diraja ini. Kau takkan dapat menghalang aku, Albert.” Selina mengilai.
“Selina, sampai bila kau nak berdendam? Sudahlah kau bersubahat dengan musuh untuk menyerang Negara kita dan sekarang kau mahu hapuskan keluarga kau pula. Baliklah ke pangkuan jalan Selina. Tuanku Henry akan maafkan kau.” Pembantu Yong memujuk Selina, adik kepada Raja Hankyung.
“Kau nak aku kembali ke pangkal jalan? Selepas Henry mati!” Selina mendepakan tangannya ke hadapan. Pembantu Yong memegang perutnya. Terasa ada cecair hangat yang mengalir melalui celah-celah jarinya.
“Sekarang apa yang kau boleh buat?” Selina ketawa sinis namun ketawanya tidak lama apabila dia terasa ada sesuatu yang ngilu menyucuk tangannya.
“Sekurang-kurangnya aku boleh buat ini.” Pembantu Yong tersenyum sinis.
“Bodoh!” Selina menolak tubuh pembantu Yong menyebabkan kepala pembantu Yong terhentak ke dinding. Selina lekas berjalan beredar dari situ.

“Pembantu Yong!” Onew memangku tubuh tua itu. Dia merasa nadi lelaki itu.
Onew menggeleng sambil memandang yang lain-lain.
“Abang! Kenapa?” Ara menerpa memeluk tubuh pembantu Yong.
“Ara tak sempat nak bersama abang. Kenapa abang tinggalkan Ara?” Ara meraung bagai nak gila. Jonghyun memeluk badan Ara. Menenangkan gadis itu.
“Aku akan balas dendam! Aku bersumpah!” Ara menolak tubuh Jonghyun dan berlari menuju ke arah selatan. Dia sudah tak boleh berfikir dengan waras.
***
Hani dan Sha berjalan seiringan. Pedang di sisi dipegang kemas untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Hani, apa pun yang terjadi, jangan biarkan perasaan menguasai fikiran kau. Kalau tidak mudah bagi musuh kita untuk mengusai kau.” Aku menoleh sekilas ke arah Hani. Hani mengangguk.
“Akhirnya, saat yang kita takuti berlaku juga. Aku tak bersedia tapi mesti bersedia huh?” Hani tergelak kecil.
“Kau bakal pengantin yang bertuah.” Aku menjeling Hani. Hani hanya ketawa namun ketawanya tidak lama apabila tidak jauh di hadapan kami kini terdapat empat orang pengawal yang menghadang jalan kami.
“Encik,” Hani mahu menghampiri namun pantas Sha menarik lengan Hani.
“Tengok mata mereka.”
Hani melihat mata pengawal-pengawal itu sudah menjadi warna hitam kesemuanya.
“Mereka sudah dirasuk.” Hani menggumam sendirian.
Keempat-empat pengawal itu mula menyerang Sha dan Hani.

Belakang badan Key dan Emerald saling bertemu. Masing-masing dahagakan oksigen. Nun di kejauhan, Tae Min turut sedang berlawan namun pertarungan nampak berat sebelah apabila dengan senang, Tae Min mengalahkan musuh-musuhnya tanpa menggunakan sebarang senjata. Hatta tiada seorang pengawal pun yang mampu mendekati Tae Min seolah-olah lelaki itu dilindungi oleh dinding.
“Eme, aku akan uruskan sini, kau pergi tolong Tiffany dan Minho.” Key menyuruh.
“Kau bercita-cita nak mati awal kan?” Eme memandang pengawal istana di kiri dan kananya.
“Apa maksud kau?”
“Kalau kau nak berlawan biar aku berlawan bersama-sama kau!” Emerald terus sahaja menyerang pengawal-pengawal di depannya.
***
“Tengok, kita hanya perlukan akal sahaja untuk menumpaskan pihak lawan. Aku gunakan orang-orang kau untuk menentang kau. Apa perasaan kau, Henry?” Selina memandang Raja Henry yang tergantung di dinding.
“Kau, kau takkan terlepas.” Raja Henry meludah ke tanah. Darah merah mengalir menuruni pipi.
“Kalau kau bagi aku takhta ni, aku akan lepaskan kau. Itu janji aku.” Selina membuat tawaran.
“Aku takkan biarkan manusia sesat macam kau memerintah kerajaan ayahanda kita.” Selina menggengam tangannya dan serentak dengan itu Raja Henry meraung kuat. Selina ketawa.
“Berlagak. Sepatutnya, aku yang mewarisi takhta selepas ayahanda mati tapi, Hankyung racun fikiran raja bodoh tu untuk serahkan takhta pada dia. Kemudian raja bodoh tu halau aku dari istana. Aku takkan lupakan apa yang dia buat pada aku.
            Sekarang, kau akan ikut jejak langkah ayahanda dan Hankyung. Semoga kau berbahagia di sana tapi sebelum kau mati, aku nak kau saksikan sesuatu dahulu.” Selina memetik jari. Masuk dua orang pengawal. Salah seorang daripada pengawal itu memegang permaisuri Anna.
“Ya, tengok baik-baik muka isteri kau.” Selina melarikan jari-jemarinya di pipi permaisuri Anna yang tak sedarkan diri.
“Lepaskan Anna.” Berombak dada Raja Henry menahan marah.
“Ya aku akan lepaskan dia. Macam ni?” Selina menarik Permaisuri Anna menuju ke tepi sebuah jendela yang terbuka luas.
“Say goodbye, Henry.”
“Anna!!” Raja Henry menjerit nyaring apabila tubuh badan isterinya ditolak ke luar tingkap. Selina ketawa galak. Tangannya membuat beberapa pergerakan dan selepas itu, Raja Henry turut mengikut jejak langkah isterinya.

Ara memandang sekeliling. Dia mendengar orang menjerit tapi dia tak tahu dari arah mana. Dia tahu ada lagi yang menjadi mangsa. Mahu jadi gila dibuatnya. Hatinya meruap-ruap dengan dendam yang membara.
            Sha dan Hani berlari menuju ke tingkat atas. Mereka berdua mendengar bunyi jeritan tadi.
“Hani, aku akan hantar kau kepada Minho.”
“Aku nak berjuang bersama kau.” Hani memandang ke arah Sha sambil berlari menaiki tangga.
“Terlalu bahaya. Aku tak mampu nak lindungi kau. Maafkan aku, Hani.” Sha menolak tubuh Hani dan serentak dengan itu, tubuh Hani melayang di udara. Sebelum sempat tubuh Hani bertemu lantai, jasad gadis itu hilang dalam sekelip mata. Sha terus sahaja berlari naik menuju ke destinasinya. Dia tahu di mana datang bunyi itu.
            Minho terkejut apabila Hani tiba-tiba sahaja muncul di depannya.
“Hani!” Minho menarik badan Hani dan menusukkan pedang ke arah pengawal di belakang badan Hani.
“Mana Sha?” Tiffany menyoal.
“Tak tahu. Dia yang hantar aku ke sini.” Hani menahan sebak di dada.
“Dia akan selamat. Percayalah.” Minho sempat mengucup dahi Hani dan mereka bertiga segera beredar.
***
Jonghyun mengetatkan ikatan di lengan Onew. Semasa berlawan tadi, Onew tercedera sedikit di lengannya.
“Jaga-jaga.” Onew memandang ke arah kanan mereka. Ada empat orang lelaki yang tidak dikenali berjalan menuju ke arah mereka. Jonghyun membaca jampi dan menyerang kehadiran tetamu-tetamu yang tak diundang itu dengan api yang marak menyala.

Tae Min, Emerald dan Key berlari masuk ke dalam istana. Mereka bertemu dengan Hani, Tiffany dan Minho di pertengahan jalan.
“Mana yang lain-lain?” Key menyoal.
“Tak dapat dikesan.” Minho memberitahu.
“Tae Min, kau okay?” Tiffany menegur. Muka Tae Min kelihatan pucat.
“Aku dapat rasakan kuasa kegelapan yang sangat kuat di dalam istana. Aku seolah-olah tak dapat bernafas.” Tae Min memegang dinding. Kepalanya terasa berat sekali.
“Tiff, kau bawa Tae Min ke tempat selamat dahulu.” Onew memberi arahan.
“Tapi..”
“Please, aku bergantung pada kau.” Onew memandang Tiffany. Tiffany mengangguk. Dia kemudiannya memapah Tae Min menuju ke salah sebuah bilik yang ada di situ.

Sha menutup matanya. Dia membayangkan beberapa tempat di dalam kepalanya sambil tangannya melukis sesuatu yang tak kelihatan di udara. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari tempat persembunyiannya menuju ke arah sebuah bilik.
“Ara!” Sha memandang Ara yang terapung di udara, mayat Raja Henry yang tergantung di dinding dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu.
“Seorang lagi pewaris pembesar bertiga.” Selina tersenyum bangga.
“Kau, The Queen?” Sha memandang sekeliling sepantas yang boleh meskipun tubuhnya kaku di depan pintu.
“Kau boleh panggil aku, Selina. Taati aku dan aku akan senangkan hidup kau. Kau pilih cara yang susah atau senang?” Selina tersenyum sinis.
“Aku takkan tunduk untuk orang macam kau.” Sha memandang Selina tajam.
“Kau pilih cara yang susah nampaknya. Baiklah!” Selina memetik jari. Perlahan-lahan tubuh Ara jatuh ke tanah. Sha menyambut tubuh Ara.
“Kalau aku, aku takkan dekat dengan perempuan itu.” Selina ketawa galak. Sebelum sempat Sha berbuat apa-apa, terasa tumbukan padu mengenai tepat perutnya. Dia tercampak ke arah dinding.
“Ara..” Sha memegang perutnya yang senak. Mata Ara dipandang sekilas. Tak guna!
“Ara! Jangan buat macam ni. Albert pun tak nak kau tunduk pada mereka. Wake up!” Sha merintih sendiri.
“Sayang, dia takkan dengar kata-kata kau. Hatinya dipenuhi dengan dendam. Dia sudah buta dan tuli. Sekarang, buatkan kawan kau itu taat pada aku.” Selina ketawa galak. Ara melangkah menghampiri Sha setapak demi setapak.
“Ara, ni aku, kau kena kuat! Kau kena lawan perasaan kau!” Tanpa disedari sesiapa, Sha meletakkan telapak tangannya di atas lantai. Ada cahaya putih yang mengalir menuju ke arah Ara. Pergerakan Ara terhenti secara tiba-tiba. Dia mendengar banyak bisikan di telinganya.
Ada suara orang menangis, ada suara orang ketawa, ada suara orang merintih dan semuanya membuatkan dia menjadi hilang arah.
“Argh!!” Ara menjerit kuat sebelum rebah tak sedarkan diri.
“Lawan kau adalah aku.” Sha bangkit perlahan-lahan meskipun perutnya masih lagi terasa sakit.
“Baiklah, mari kita berlawan!”

Hani berpaling ke arah belakang. Dia mendengar suara Sha dan Ara merintih.
“Kenapa?” Minho memandang ke arah Hani. Hani melihat ke arah Minho sebelum melihat lima orang pemuda di depannnya sudah hangus terbakar.
“Saya terdengar suara Ara dan Sha.” Hani terus sahaja melangkah pergi meninggalkan Minho. Minho mengejar Hani.
Tiffany terkejut apabila pengawal-pengawal istana di depannya hilang dalam sekelip mata. Begitu juga Tae Min. Tae Min mendepakan tangannya di permukaan tanah.
“Ada perangkap halimunan yang kuat di atas tanah. Mungkin ada banyak lagi perangkap-perangkap macam ni dalam atau luar istana.” Tae Min memandang ke arah Tiffany.
Baru sahaja mereka hendak beredar, Tae Min  menolak tubuh Tiffany.
Bunyi kaca pecah berderai kedengaran. Tae Min dan Tiffany mendongak ke atas. Ada dua tubuh yang sedang jatuh dari aras atas. Sesekali diselang-selikan dengan percikan magis.
Sha mendarat di atas tanah dengan sebelah lututnya mendarat di tanah manakala Selina tergolek beberapa kali sebelum bangun dengan pantas. Ada darah yang mengalir di bibir masing-masing.
“Bagus!” Selina tersenyum sinis.
“Kau pun apa kurangnya.” Sha turut tersenyum.
“Sha!” Sha berpaling memandang ke arah Tae Min dan Tiffany. Selina mengambil peluang menyerang Sha.
Sha memegang lengannya yang terkena percikan magis. Darah panas mengalis keluar.
“Nice shoot.” Sha masih mampu ketawa dan bangun. Begitu juga Selina.
Tiffany dan Tae Min ingin bergerak namun tubuh mereka mengeras di situ.
“Ini perlawanan antara dua orang perempuan. Yang lain-lain tak boleh masuk campur.” Selina ketawa galak. Sha terus sahaja menerpa ke arah Selina menyebabkan mereka berdua tergolek sehingga ke kawasan perangkap yang masih aktif.
Sha cuba menolak tubuh Selina namun Selina sepantas kilat mengubah posisi. Kini dia berada di atas dan Sha berada di bawah.
“Kalau kau nak mati, baik kau mati sorang-sorang.” Selina menolak tubuh Sha namun Sha sempat menarik baju Selina.
“Kalau nak mati, baik kita mati sama-sama.”
Perangkap halimunan bersinar sebaik sahaja tubuh Sha dan Selina tenggelam di dalam kawasannya.
“Sha!” Tae Min menjerit nyaring. Dia cuba untuk mendekati kawasan perangkap namun sudah terlambat apabila kawasan itu hilang dengan sendirinya.

[flash back]
Pembantu Yong memandang muka Sha yang sudah berpeluh-peluh. Penat barangkali.
“Perangkap ni hanya akan lenyap bila The Queen jatuh di dalamnya.” Perlahan Sha bersuara.
“Sekali kita jatuh di dalamnya, selama-lamanya kita akan terperangkap di sana. Aku akan pastikan The Queen masuk ke dalam perangkap ciptaan kita berdua ini meskipun aku menjadi umpannya.” Sha tersenyum memandang wajah pembantu Yong.
[flash back end]
Tae Min menangis dalam senyap. Key, Emerald, Tiffany, Onew, Hani, Minho, Ara dan Jonghyun berdiri di belakang Tae Min.
“Sha..dia.. Semuanya salah aku.” Ara menangis. Dia sedar yang dia mencederakan Sha namun tiada apa yang dia boleh buat kerana badanya bergerak sendiri. Jonghyun memeluk Ara. Menenangkan gadis itu.
Hani turut tidak dapat menahan sebak. Minho memaut bahu Hani tanda meminjam kekuatannya kepada gadis itu.
“Kau dah janji! Kau dah mungkiri janji!” Tae Min menumbuk tanah. Onew memeluk tubuh adik bongsunya.
Pada malam itu, meskipun kerajaan Burberry telah menang menentang pemerintah pulau black hawk namun kesan yang dialami oleh semua orang merupakan parut yang mereka takkan boleh lupa buat selama-lamanya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review