Sunday, May 1, 2011

Romeo X Juliet 33

Posted by Snow_Queen at 12:48 PM

Aku tergelak apabila melihat rakan-rakanku bermain kejar-kejar. Terasa seperti kami seolah-olah sedang kembali ke waktu dahulu. Zaman kanak-kanak yang riang tanpa perlu risau tentang apa-apa sahaja. Aku merenung wajah Tae Min yang sedang terbaring di sebelahku.
“Tae Min, terima kasih…Terima kasih untuk segala-galanya.” Aku tersenyum nipis.
“Kau ni suka fikir banyak sangat.” Tae Min menjawab tanpa membuka matanya. Dia meraih tanganku dan meletakkan di dadanya.
“Kau dapat rasa tak? Degupan jantung ini hidup untuk kau, kalau kau tak ada matilah ia.” Tae Min membuka matanya dan merenung ke arahku.
“Ah! Kau ni suka merepek yang bukan-bukan.” Aku sudah bangun.
“Hey, Kalau kau dapat tangkap aku, aku akan bagi tunaikan apa-apa sahaja permintaan kau.” Aku tersenyum nipis. Tae Min terus bangun dan memandangku.
“Apa-apa sahaja?” Tae Min jungkit kening.
“Apa sahaja.” Dan aku terus sahaja berlari menyertai yang lain-lain.


Tae Min memandang ke arah sebelahnya. Sha sedang leka bermain permainan telefon bimbitnya. Tae Min mengerling cermin pandang belakang. Kesemua abang-abang tirinya bersama kekasih mereka sedap sahaja tidur di belakang.
“Jadi, aku nak tuntut janji kau.” Tae Min memulakan perbualan.
“Janji apa?” Aku buat muka tak bersalah.
“Sha..” Suara Tae Min sudah bertukar nada.
“Ha ha ha..Gurau sahaja. Okay apa yang kau nak dari aku?” Aku memandang Tae Min.
“Aku nak kau hidup. Aku nak kau selamat. Aku nak kau sihat. Aku nak kau sentiasa ada di sisi aku…” Tae Min memandang ke arah Sha sekilas.
“Kau tengah propose aku ke ni?” Aku tarik sengih.
“Suka hati kau nak anggap apa tapi aku nak kau berjanji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku. Tak kira apa pun yang bakal terjadi.” Tae Min menggengam tangan kiriku.
“Okay. Aku janji.” Sha tersenyum manis. Tae Min hanya mengukir senyuman tawar. Jauh di sudut hatinya dia sebenarnya takut. Takut Sha akan pergi meninggalkan dirinya. Seperti dulu. Kali ini dia akan menggengam Sha dengan kuat sehingga gadis itu takkan dapat untuk menoleh ke mana-mana arah sekalipun.
***
Pembantu Yong menelan air liur kesat. Laporan yang diterimanya membuatkan dia menjadi cemas namun tidak ditunjukkan rasa cemas itu.
“Tangani hal ini secara berhati-hati. Jangan sampai rakyat tahu akan hal ini. Kita tak mahu kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku.” Pembantu Yong memandang orang bawahannya.
“Perlukah kita panggil tuan putera berlima pulang?”
“Jangan. Selagi kita boleh tangani hal ini, kita akan buat. Kecuali apabila keadaan benar-benar mendesak, baru kita panggil tuan putera berlima pulang.” Pembantu Yong memberi kata putus.
Sebaik sahaja pembantunya keluar, pembantu Yong merenung dokumen-dokumen di hadapannya.
“Nampaknya ada sesuatu yang aneh sedang berlaku di istana dan juga negara ini. Apakah semua hal ini berkaitan dengan The Queen?” Pembantu Yong menggetap bibir. Kalau benar The Queen sedang menyusun strategi, bermakna dia juga perlu bersiap-sedia.
Pembantu Yong bangun dan keluar dari pejabatnya. Dia perlu berbuat sesuatu. Sebelum itu, sempat dia menyeru Sha secara telepati. Dia ingin bersemuka dengan gadis itu.

Pembantu Yong menggosk hidungnya yang berasa gatal. Swan hall benar-benar menguji kesabarannya. Kelihatan Sha sedang terbongkok-bongkok melukis sesuatu di atas lantai hall itu.
“Aku dah bagitahu Ara tentang kau.” Sha memulakan perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri. Pembantu Yong hanya mendiamkan diri namun dia memandang Sha. Mahu tahu apa reaksi Ara.
“Aku tak tahu apa perasaan dia. Selepas aku bagitahu dia, dia tak pernah bercakap dengan aku pasal kau. Kau kena bagi dia masa.” Sha cuba menyedapkan hati pembantu Yong.
“Melihat dia sihat dan bahagia semua itu sudah cukup bagi aku.” Pembantu Yong tersenyum nipis.
“Pasal The Queen, kau rasa ini perbuatan dia, Albert?” Sha mengubah topic perbualan.
“Aku tak pasti. Tapi apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga kan?” Pembantu Yong membuka penutup sebuah botol yang mengandungi cecair yang berwarna hitam. Lantas dengan penuh berhati-hati, dia menuang cecair itu ke atas lantai.
Sha menutup matanya dan lantas suaranya dan suara pembantu Yong bergema dalam hall itu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review