Sunday, May 1, 2011

Romeo X Juliet 32

Posted by Snow_Queen at 12:51 AM

Tabib Kim mengggetap bibir. Dia menjadi hairan apabila khidmatnya tidak diperlukan lagi. Kini pembantu Yong hanya menyuruh dia duduk di istana membuat kajian sahaja. Apabila ditanya sebab, pembantu Yong hanya tersenyum sahaja.

Sha memandang Hani dan Ara yang sedang duduk di dalam bulatan jampi yang dilukisnya.
“Pejam mata dan kosongkan fikiran korang. Kalau ada apa-apa persoalan, aku akan selesaikan persoalan korang selepas benda ini selesai.” Sha memberi janji. Hani memandang Ara. Ara hanya jongket bahu. Kalau itu kemahuan Sha, dia akan ikut sahaja.
“Sekarang, Hani kau kena cantumkan tangan kau dengan Ara.”
“Macam ni?” Hani bertanya sambil mendepakan telapak tangannya ke hadapan. Ara turut berbuat demikian dan tapak tangan mereka berdua bercantum. Sekali tengok macam hendak main sep sep sahaja.
“Kita mulakan sekarang.”
Serentak Hani dan Ara menutup mata mereka. Angin bertiup kuat. Bulatan jampi yang dilukis tadi mula bercahaya sedikit demi sedikit.
“Isse memoir repldce,
No hsert ques moree,
Spell brtuer el esmet flsee,
Go vtrength yuoe elle dreme..”
Sha meletakkan telapak tangan kiri di atas kepala Ara dan tapak tangan kanan di atas kepala Hani. Sesaat kemudian, Ara dan Hani rebah tak sedarkan diri. Sha terduduk di atas lantai. Peluh membasahi dahinya.
Masuk Minho dan Jonghyun ke dalam bilik Sha apabila Sha memanggil mereka.
“Tolong bawa mereka balik ke bilik. Aku penat.” Sha merebahkan badannya ke atas katil dan terus sahaja terlena tidak lama kemudian.

“Sha nampak pelik sejak kebelakangan ni.” Key memandang Onew dan Tae Min yang berada di depannya. Minho dan Jonghyun yang memandang antara satu sama lain.
“Ada apa-apa yang kami tak tahu?” Jonghyun memandang ke arah Onew. Onew berdehem perlahan sebelum tersenyum.
“Tiada apa-apa yang pelik pada dia. Dia okay je. Perasaan korang je kot.” Onew buat muka selamba.
“Tapi…”
“Sha tahu apa yang dia buat. Korang jangan risau.” Onew memotong percakapan Minho sebelum dia bangun dan beredar.
Key buat muka. Dia tahu ada yang tak kena dan dia sendiri yang akan soal Sha sahaja nanti. Biar jelas segala persoalan di mindanya.
***
The Queen tersenyum nipis memandang mangsa di depannya. Tanpa hati dan perasaan, dia mencengkam kejap kepala mangsanya sebelum tubuhnya meresap masuk ke dalam tubuh badan mangsanya.
“Ah! Badan lelaki ini begitu bertenaga.” The Queen ketawa sekuat hatinya. Sepuluh orang pahlawan black hawk memandang pemerintah mereka yang kini sudah merasuk tubuh seorang lelaki.
“Mari kita cari tubuh badan untuk kamu semua juga!” The Queen berjalan dengan angkuh menuju ke arah utara. Dia harus mencari sepuluh jasad untuk pahlawan-pahlawannya sebelum dia dapat merealisasikan impiannya. ‘Burberry, dapatkah kau rasa kehadiran aku? Mungkin kini kau sedang bergembira tapi kerana kelalaian kalianlah yang akan memusnahkan kalian.’ Getus hati The Queen.

Shinee, Tiff dan Eme memandang ke arah Sha yang sedang tenang menyedut minumannya.
“Ingatan aku sudah pulih.” Tenang Sha menyatakan kebenaran pada teman-temannya. Riak wajah Onew dan Tae Min juga tenang. Masing-masing sudah tahu akan kebenaran yang sengaja disembunyikan Sha.
“Apa!?” Key, Eme dan Tiff menjerit serentak manakala Jonghyun dan Minho ternganga seketika.
“Jadi, ingatan Hani dan Ara pun akan pulih kan?” Minho bertanya.
“Tak mungkin. Aku takkan pulihkan ingatan mereka berdua. Maaf.” Sha merenung wajah Jonghyun dan Minho.
“Kenapa?” Jonghyun memandang Sha. Sha menarik nafas dalam dan menghembuskan nafasnya. Dia kemudiannya menceritakan sebab-sebabnya sama seperti apa yang diceritakan pada Onew.
“Macam mana pun, aku dah kenakan jampi pada mereka. Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, mereka akan dilindungi. Jangan risau. Aku juga harap korang boleh ajar mereka cara-cara untuk mempertahankan diri.” Sha memandang wajah kawan-kawannya.
“Masa sudah semakin suntuk…” Sha menggumam sendirian.
“Esok, mari kita pergi berkelah? Minggu ni minggu terakhir bunga-bunga cherry blossom gugur. Aku nak lihat bunga-bunga tu gugur buat kali terkahir.” Sha memandang muka teman-temannya.
“ Kalau macam tu biar aku dengan Eme buat bekal untuk kita semua.” Tiffany tersenyum nipis.
“Kalau macam tu kita bertolak lewat petang esok. Lagi cantik pemandangan pada waktu senja. Aku ada tahu satu spot baik punya.” Key memberitahu. Yang lain-lain hanya bersetuju sahaja.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review