Sunday, May 1, 2011

Romeo X Juliet 31

Posted by Snow_Queen at 12:49 AM

Jonghyun merenung muka Ara yang tak beriak. Dari tadi mereka keluar, hanya wajah macam kimchi basi itulah yang ditayang Ara padanya.
“Love, awak ada apa-apa masalah?” Ara memandang ke arah Jonghyun.
“Love?” Ara kerut kening.
“Mulai sekarang saya akan panggil awak love.” Jonghyun tarik sengih.
“Geli anak tekak saya dengar. Panggil Ara je cukup.” Ara buat muka. Semenjak dia couple dengan Jonghyun, macam-macam lelaki itu menggelar dirinya. Daripada darling ke sayang ke my angel ke my goddess dan sekarang love? Sah memang putus wayar mamat ni. Dan tiada sesiapa tahu dia dan Jonghyun ada hubungan yang istimewa ini. Mereka lebih suka diam-diam sahaja. Bukan macam Key dan Eme. Kalau boleh, 24/7 mereka nak berkepit. Yang pasangan itu pun entah sejak bila mereka declare menjadi pasangan kekasih. Memang macam langit dan bumi. Sikap Key yang suka membebel dan sikap Eme yang suka buat semua benda ikut kepalanya sahaja.
“Apa yang menggangu fikiran awak? Mind to share?” Jonghyun meraih tangan Ara.
“Sha bagitahu saya yang pembantu Yong tu abang saya. Saya cuma terkejut sahaja.” Ara memberitahu. Jonghyun tersenyum.
“Betul apa yang Sha cakap tu. Kami tak bagitahu sebab takut awak akan terkejut. Kalau boleh, saya nak awak sesuaikan diri sedikit demi sedikit dengan keadaan di sini.” Jonghyun tersenyum namun sempat lagi dia berfikir bagaimana Sha tahu mengenai perkara itu? Mungkinkah Onew yang memberitahu? Tak mustahil bukan? bukankah mereka berdua itu rapat.
“Apa yang patut saya buat?” Ara memandang Jonghyun.
“Sekarang, lupakan sahaja hal itu. Hari ini, hari awak luangkan masa untuk saya jadi saya tak mahu ada apa-apa yang mencuri fikiran awak daripada saya.” Jonghyun menarik tangan Ara menuju ke arah taman tema berhampiran. Ara hanya tergelak kecil dengan telatah Jonghyun.

“Saya nak majlis perkahwinan kita dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Harap awak tak kisah.” Hani memandang wajah Minho yang sedang membelek majalah perkahwinan.
“Saya tak kisah.” Minho tersenyum nipis memandang Hani. Meskipun mengikut adat majlis perkahwinan diRaja mesti dijalankan besar-besaran namun buat masa ini, semuanya harus di rahsiakan terlebih dahulu. Semuanya demi keselamatan Hani, Sha dan Ara.
“Kita hanya jemput rakan-rakan yang terdekat sahaja, okay.” Minho tersenyum nipis.
“Baiklah, mari pilih kek.” Hani menunjukkan sampel-sampel kek yang didapatinya daripada kedai-kedai terdekat.
“Hani, terima kasih sebab sudi menjadi sebahagian daripada hidup saya.” Tangan Hani diraih.
“Mestilah, saya kan ratu hati awak.” Hani mengenyitkan mata dan ketawa mereka berdua meletus bersama-sama.
“Awak dah pilih siapa yang bakal jadi pengapit awak?”
“Dah. Ara akan jadi pengapit saya. Mula-mula saya suruh Sha tapi dia menolak. Kata dia, dia tak berminat nak diet semata-mata nak nampak cantik di majlis perkahwinan kita. Dia lebih sayangkan makanan daripada saya.” Hani mencebik. Minho tergelak. Macam tu punya alasan pun ada ke?
***
Aku merenung bintang-bintang yang indah berkelipan di dada langit. Malam yang dingin terasa hangat kerana dia sedang berbaring di atas badan bolt. Bulu-bulu Bolt yang lembut itu membuatkanku terasa seperti sedang berbaring di atas karpet mahal sahaja.
“Kat sini kau rupa-rupanya.” Sha bangun dan memandang ke arah bawah. Kelihatan Tae Min merenungku.
“Apa yang kau buat atas badan bolt?” Tae Min buat muka.
“Apa hal kau cari aku?” Aku bertanya tanpa memperdulikan soalan Tae Min.
“Turun sekejap. Aku ada benda yang nak cakap dengan kau.” Tae Min sudah bercekak pinggang.
“Cakap jelah. Aku masih boleh dengar walaupun kau dekat bawah dan aku dekat atas sini.”
“Kalau kau tak mahu turun aku akan naik atas.” Tae Min mula mengugut.
“Tak ada sesiapa halang kau. Jadi silakan.” Aku baring kembali dan merenung dada langit.
Tae Min meramas rambutnya. Perempuan ni memanglah! Tae Min terus sahaja memanjat naik ke atas badan bolt.
Sha menggetap bibir apabila wajah Tae Min menghalang pemandangannya.
“Kau nak apa?” Aku merenung wajah Tae Min yang begitu hampir dengan wajahku.
“Perkara yang kau cakap siang tadi, kau tak boleh tarik balik.”
“Perkara apa?” Aku buat muka.
“Ish! Apa hal otak kau ni lembap semacam? Pasal aku jadi pak we kaulah.” Tae Min menjegilkan mata.
“Oh, okay.”
“Itu je?” Tae Min buat muka tak puas hati.
“Habis tu kau nak aku cakap apa?” Aku mula tarik sengih. Tae Min terus sahaja terbaring di sebelahku.
“Aku kibar bendera putih dengan kau. Menyakitkan hati cakap dengan kau ni.” Tae Min turut merenung bintang-bintang yang indah bertaburan di dada langit. Aku menarik tangan kiri Tae Min untuk dijadikan alas.
“Tae Min, aku ini disumpah. Aku disumpah tidak boleh bercinta dan ada keluarga sendiri. Kalau aku mati…Aku nak kau bahagia selalu.” Aku memejam mata.
“Jangan nak merepek. Aku akan cari jalan supaya kau boleh jadi normal…”
“Aku ni tak normal dari dulu. Tak lama lagi….Akan ada sesuatu yang berlaku. Aku boleh rasakan.” Aku memegang dadaku.
“Ah! Mainan perasaan kau je tu.” Tae Min pantas membantah. Dia tak mahu kehilangan Sha lagi. Walau dengan apa cara sekalipun, dia akan pastikan Sha selamat kerana dia mahu Sha menjadi suri hatinya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review