Friday, May 6, 2011

Black Fantasy : St. Alexis [6]

Posted by Snow_Queen at 12:15 PM

Aku dan Winnie sama-sama duduk di atas besi penghadang jalan di sebuah bukit. Dari situ, aku dapat lihat pemandangan St. Alexis dengan jelas. Sewaktu aku sampai di sini, terkejut juga aku dibuatnya apabila di sini semuanya orang-orang muda sahaja. Tiada yang tua. Malah kawasan sini lebih membangun daripada kawasan St. Navy namun St. Alexis masih berada di bawah tampuk pemerintahan St. Navy. Aku menyedut air minumanku sambil memerhati kawasan bandar ini yang masih sibuk dengan pelbagai aktiviti. Pemandangan di sini tidak kurang cantiknya seperti di St.Navy.
“Kau nak aku mula dari mana?” Winnie tiba-tiba sahaja bersuara.
“Maksud kau?” Aku menjeling ke arah Winnie sekilas sebelum kembali memandang ke arah depanku.
“Yelah, kan kau nak tahu pasal kehidupan di sini.”
“Suka hati kau nak mula dari mana.” Aku jongket bahu.
“Sebelum tu, kau tahu mengenai socerer ataupun witches?” Winnie menyoal.
“Tahu. Aku dah banyak kali tonton filem pasal socerer ataupun witch. Kenapa kau tanya?” Aku menyoal kembali.
“Itu hanya dongeng. Cerita yang telah ditokok tambah dan diubah sesuka hati. Di sini, di St. Navy dan St. Alexis, magis memang wujud.” Winnie memandang wajah Yu Jin yang berkerut. Tiada respon dari gadis itu seolah-olah meminta dia bercerita lagi.
“Semua yang menjadi persoalan dalam kepala kau tu, macam pagi tadi kau hairan macam mana kau sampai depan gate sekolah dalam masa yang pantas ataupun bila Ryan tiba-tiba sahaja terpelanting, itu semuanya ada kaitan dengan magis. Kau tak faham apa-apa waktu belajar tadi kan? kerana academy white moon memang khas untuk mengajar dan melatih socerer dan witch sehingga berjaya.
            Selain socerer dan witch, ada lagi banyak cabang magis yang lebih luas seperti vampire, warewolf, elf, fairies dan lain-lain lagi. Ilmu magis terbahagi kepada dua. Ada ilmu magis baik dan ilmu magis hitam. Selalunya mereka yang mengamalkan ilmu magis hitam tak ramai kerana bukan semua orang boleh mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan. Begitupun, ada juga yang terlalu obsess dengan dark magis sehingga memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
            Guardians adalah pelajar khas yang dilatih untuk berkhidmat apabila perlu sekiranya pihak akademi tidak cukup kakitangan untuk menguruskan kes-kes. Biasanya kami dipanggil untuk menumpaskan mereka-mereka yang taksub kepada ilmu hitam pada peringkat awal. Aku rasa itu sahajalah yang kau perlu tahu.” Winnie menyudahkan ceritanya.
“Big Bang pun, guardians? Apa hubungan kau dengan mereka?” Aku terus sahaja menembak Winnie dengan soalan.
“Yup. Big Bang adalah antara guardians yang paling aktif. Mereka cekap dalam apa jua urusan. Kes mereka bukan sahaja terhad di sini tapi juga di bandar-bandar lain.” Winnie baling kotak minumannya ke arah tong sampah yang terletak di sebelah kanan.
“Kau tak jawab lagi soalan aku yang lain.” Aku buat muka tak puas hati.
“Jom balik. Nanti nenek kau risau pula.” Winnie sudah terjun dari penghadang jalan dan mengambil begnya. Aku buat muka lagi. Satu, kerana nampak benar ada sesuatu yang Winnie sembunyikan dariku dan dua, aku belum puas berada di sini. Dalam hati, aku sudah berazam akan korek rahsia Winnie sehingga ke lubang cacing mengenai hubungannya dengan Big Bang.
“Aku tak nak balik lagi. Kau kena jadi pemandu pelancong aku melawat St. Alexis.” Aku berkeras.
“Wah! Nanti kau nak jawab apa dekat nenek kau?” Winnie dah tayang muka risau.
“Ala, tahulah aku goreng orang tua tu nanti. Lagipun kalau aku balik sekarang pun, bukan aku buat apa-apa pun.” Aku tayang muka kasihan.
“Yelah-yelah. Kalau jadi apa-apa aku tak bertanggungjawab.” Winnie awal-awal lagi sudah memberi amaran. Aku hanya tunjuk thumb up.
            Winnie membawa aku ke menjelajah ke shopping complex, kedai-kedai yang popular dan juga resaturan juga café yang ada. Ternyata ramai juga yang mengenali Winnie di sini.
“Ada satu port kegemaran semua orang di sini tapi lain kalilah aku bawa kau ke sana. Di sana selalu ada b-boys dan b-girls membuat persembahan. Malam-malam minggu sure penuh tempat tu. Masing-masing nak sokong kumpulan masing-masing. Kau tahu menari?” Winnie memandangku.
“Menari? Terajang orang aku retilah.” Aku ketawa kecil. Winnie juga begitu. Sememangnya aku tiada bakat apa-apa dalam bidang seni. Menyanyi pun suara ala kadar sahaja. Kalau menari sah-sah macam kayu sahaja. Keras dan kaku gitu. Tapi kalau bab-bab mempertahankan diri aku kira bolehlah. Dulu di enigma, aku curi-curi masuk kelab judo dan kendo tanpa pengetahuan mama sebab mama tak suka anak daranya yang seorang ini menjadi seperti lelaki. Itu pun tidak habis sebab kes ngeri itu.
“Night club?”
“Tempat macam itu termasuk dalam zon bahaya. Mahu kena pancung kepala dek mama aku kalau aku masuk night club.” Aku jujur memberitahu.
“Night club di sini bukan macam night club tempat kau. Night club di sini adalah tempat mencari rezeki bagi guardians. Kalau mahu tahu kes-kes terbaru atau dapatkan bekalan, semuanya ada di sana.” Winnie memberitahu. Aku hanya menganggukan kepala. Macam manapun, aku enggan masuk. Seolah-olah ternampak mama menalakan senapang di dahiku kerana mengingkari arahannya. Bukankah aku ini anak yang taat? He he he (gelak sopan).
“Mari aku bawa kau beli beberapa barang yang kau perlukan sepanjang belajar di sini.” Winnie menarik tanganku masuk ke dalam sebuah kedai.

Aku membuka pintu rumah dengan senyap untuk mengelakkan sebarang bunyi daripada terhasil namun helahku tidak berhasil apabila nenek Rowena sudah berdiri di belakangku sambil berpeluk tubuh sebaik sahaja aku berpusing. Muka yang serius itulah yang ditayangkan padaku.
“Yuyu pergi beli barang di St. Alexis.” Aku tayang beg plastic di tanganku. Aku tak menipu pun. Betul apa aku pergi beli barang tapi secara kebetulanlah.
Nenek Rowena merenung plastic ditanganku seolah-olah melihat barang apa yang aku beli. Kalau nak menipu pun aku takut. Semenjak aku tahu semua penduduk di sini socerer dan witch, aku jadi takut pula jika mereka boleh baca fikiranku. Tak pasal-pasal kena sumpah jadi katak secara percuma tak pun hidungku menjadi seperti hidung Pinocchio yang menjadi panjang setiap kali menipu.
“Makan malam ada aku simpankan. Lepas mandi pergi makan. Aku nak keluar.” Rowena mencapai kelubungnya.
Aku mengangguk namun aku menjadi musykil pula ke mana nenek pergi setiap malam. Jumpa boyfriend ke? Tak mustahil bukan? bukankah nenek Rowena itu masih dalam kategori cantik dan muda. Wajahnya seperti baru sahaja berumur 40-an. Ha ha ha ada can dapat atuk baru ke aku ni? Hati aku sudah mula merepek. Sebaik sahaja aku kunci pintu, terus sahaja aku membersihkan diri sebelum makan malam.
Malam itu, aku sempat berbual sebentar dengan mama sebelum mengemas buku-buku yang baru aku dapat. Ada yang tebal berinci-inci dan ada pula yang nipis. Satu apa pun aku tak faham. Nampak gayanya terpaksalah aku tebalkan muka meminta Winnie mengajar aku dari basic nanti. Lagi pun aku ini mana tahu magis. Masak air tahulah!    
            Hujung minggu ini, aku akan berkelah di rumah Winnie selama dua hari satu malam. Winnie mahu mengajak aku menerokai ceruk-ceruk yang tak sempat kami jelajahi tadi.
Aduh! Agak-agak nenek Rowena bagi ke? Harap-haraplah ‘kertas kerjanya’ diluluskan tanpa banyak songeh.
           

2 under spell:

Cik Miza said...

sambung balik.. akan kuabes kan.. terlalu byk ktinggalan ni...

~ CIk Apple aka Cik Miza

Snow_Queen said...

@cik apple: wah! rasa dh lme cik apple menghilang hehe..welcome back~~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review