Saturday, May 7, 2011

Black Fantasy: Spirit City [9]

Posted by Snow_Queen at 1:53 PM

“Sejuknya tangan kau.” Aku terkejut apabila Top tiba-tiba sahaja bersuara. Aku pandang tanganku. Entah sejak bila kami jalan berpegangan tangan. Bukankah tadi Top hanya memegang pergelangan tanganku.
“Mestilah. Aku tak nak nampak benda bukan-bukan tak kira kau nak bawa aku ke mana sekalipun.” Aku buat muka.
“Malangnya.” Seungri berkata tiba-tiba.
“Apa yang malang?” Aku memandang ke arah Seungri.
“Kau tahu kita nak pergi mana?” Seungri memandang ke arahku. Aku menggeleng.
“Ke Bandar yang kau nampak tadi. Bandar itu namanya Spirit City.” Seungri tersenyum sinis.
Spirit City? Bandar roh? Adakah ini bermakna aku akan berjumpa dengan….Dalam kepalaku sudah terakam imej-imej hantu yang biasa aku tengok di tv mahupun pawagam.
“Adoi!” Aku memegang kepalaku yang diketuk.
“Jangan nak fikir benda-benda mengarut.” Tegas kedengaran suara Top. Aku mencebik. Sudah tahu aku ini berani dalam takut mahu juga diseret aku ke tempat yang bukan-bukan.
“Spirit City adalah tinggalan ahli-ahlis sihir yang ternama. Suatu hari, Bandar itu dikenakan sumpahan dark magis menjadikan penduduknya tidak ubah seperti mayat hidup. Dua hari dalam setahun, Bandar itu akan muncul di St. Alexis. Tugas kita sebagai guardians adalah untuk memantau Bandar itu untuk keselamatan Bandar kita dan St.Navy. Malam ini malam kedua.” Seungri menerangkan. Mungkin rasa bersalah kerana membuatkan aku takut.
“Kita..Hanya tengok sahaja kan? Lepas tu boleh balik kan?” Aku memandang ke arah Top dan Seungri. Namun kedua-dua jejaka itu hanya mendiamkan diri. Degupan jantungku berubah rentak menjadi tak seirama.

Aku menarik nafas dalam apabila menjejak kaki ke dalam spirit city. Bandar itu gelap-gelita. Hanya cahaya bulan sahaja yang menerangi tempat itu.
Aku menggengam erat tangan Top apabila lalu di sebelah penduduk-penduduk spirit city. Khuatir jika aku kehilangan mereka dalam gelap.
Hi hi hi!
Zup! Serentak dengan itu, bulu romaku berdiri menegak sembilan puluh darjah. Entah benda apa yang mengilai aku tidak tahu.
Aku terpandang diulang sekali lagi, terpandang ke arah seorang budak kecil yang berdiri di depan sebuah kedai usang. Budak itu merenung tajam ke arah kami.
“Jangan tengok. Jalan buat tak tahu sahaja.” Top memberi amaran. Aku segera memandang ke arah hadapan.
Aku menggetap bibir. Sudah sepuluh minit kami berjalan di sini dan setiap minit yang berlalu membuatkan perutku menjadi seram sejuk.
“Top, aku rasa macam ada orang ikut kita.” Aku berbisik perlahan namun tiada respon daripada Top. Aku berkalih ke arah sebelah kananku. Kosong!
Aku menelan air liur. Jadi..Tangan siapakah yang aku tengah pegang ini? perlahan-lahan aku talakan pandangan ke bawah.
Aku terus sahaja melarikan diri apabila melihat budak yang berdiri di depan kedai tadi yang sedang berada di sebelahku. Muka budak itu yang separuh hancur memang mengerikan ditambah pula dengan air mata darah yang mengalir laju.
Aku terduduk di sebuah lorong. Air mata sudah mengalir.
“Mama…Nak balik..” Aku menekup mulutku. Menahan esakan di dada. Apa nasibku kerana boleh berada di sini?
“Macam mana boleh hilang?” Seungri meramas rambutnya.
“Mana aku tahu. Tiba-tiba sahaja dia tak ada.” Top menjawab dengan hati yang sebal.
Lagi lima belas minit, pintu gerbang spirit city akan tertutup sebelum muncul kembali pada tahun depan. Sungguh Top tak perasan bila Yu Jin hilang.
“Mungkin angkara roh yang berada di depan kedai tadi tak?” Seungri menyoal.
“Mungkin. Mari kita berpecah cari dia. Kita jumpa di depan pintu gerbang nanti. Sama ada kau jumpa atau tidak, kau mesti keluar dari sini.” Top memberi pesanan sebelum beredar.
Seungri mendengus. Sudah gila agaknya Top ni.

Aku termengah-mengah kepenatan. Roh-roh yang menyerang aku tidak juga berkurangan malah semakin bertambah adalah. Walaupun lututku sudah menggigil, aku kuatkan juga hatiku untuk melawan.
Lebih kurang lima roh, menyerangku secara tiba-tiba. Aku melibas mereka dengan menggunakan kayu yang aku jumpa di jalanan tadi. Sebenarnya, aku mengambil keputusan berpatah balik menuju ke arah pintu gerbang setelah menangis selama minit tadi. Aku tak mahu mati sia-sia di sini.
Aku memejam mata membayangkan aku sedang memegang pedang yang tajam. Sebaik sahaja aku buka mata, ada sebilah pedang di tangaku. Aku terkaku seketika.
Aku sudah reti magiskah? Tanpa disangka-sangka, semangat juangku juga naik secara mendadak.
Top melontarkan bebola api berwarna biru ke arah segerombolan roh yang berada di depannya. Roh-roh itu seakan-akan sedang mengerumuni sesuatu.
Top menjadi kaget apabila melihat Yu Jin sedang berlawan. Tanpa sedar, dia mengukir senyuman.
Top menarik tangan Yu Jin dan membaca sesuatu sebelum mereka ghaib tiba-tiba.
Seungri yang berada di depan pintu gerbang sudah resah. Ada lagi tiga puluh saat sebelum pintu gerbang tutup. Dia sedang berkira-kira untuk masuk kembali namun sebelum sempat dia berbuat demikian, Top dan Yu Jin sudah berdiri di depannya.
Pintu gerbang spirit city sudah tertutup sepenuhnya. Seungri menarik nafas lega.
Aku terduduk di atas tanah. Top cangkung di depanku.
“Kau okay?” Top menyelak rambut yang menutupi muka Yu Jin.
“Kau rasa?” Sarkastik kedengaran nada suaraku.
Pedang di tanganku tiba-tiba sahaja bertukar menjadi kayu kembali. Seungri dan Top saling berpandangan namun masing-masing tidak bersuara.
“Mari aku hantar kau balik.” Top mahu memapahku namun aku menepis tangan Top.
“Seungri, kau boleh teman aku?” Aku memandang ke arah Seungri yang jelas terkejut namun segera dia mengangguk.



2 under spell:

~zequest~ said...

seriously cik snow...

NAK LAGIIIIIiii~~~~~~~~~~

hahahahahahhahaah.... excited t'lbey

>>>>>lol>>>>>> saya yg hnyut dbawa arus

iniakuyangpunyahati said...

makin mendebarkan hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review