Monday, May 23, 2011

Black Fantasy: Sick [17]

Posted by Snow_Queen at 9:28 PM
Junhyung meneguk rakus air di dalam gelas. Dia mengelap dahinya yang basah dek peluh. Hari ini, dia bermimpi lagi. Mimpi yang sama seperti hari-hari yang sebelumnya. Langkahnya terhenti apabila melihat ke arah luar. Dia mendekati tingkap. Meskipun hujan sedang turun dengan lebat, dia dapat melihat dengan jelas sekujur tubuh milik Yu Jin sedang berdiri di dalam hujan. Wajah Yu Jin mendongak memandang langit sambil matanya terpejam.
“Bukan urusan aku!” Junhyung terus berlalu.
Yu Jin membuka matanya. Titisan hujan yang kasar jatuh menyapa wajahnya. Dia tidak boleh tidur selepas termimpikan Top tadi. Dia resah sendirian.
“Aku dah bercinta!” Top memaut bahunya. Bekas kaca yang dipegangnya jatuh lalu pecah berderai ke atas lantai. Sama seperti hatinya ketika itu.
“Kenapa?” Top menolongku mengutip kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai.
“Aku terkejut.” Aku memandang wajah Top.
“Dah agak. Kau orang pertama yang aku bagitahu. Aku tak sangka yang aku boleh jatuh cinta dengan dia.” Top mengambil penyapu di tepi dinding dan menyapu serpihan kaca yang halus.
“Dengan siapa?” Digagahkan hatinya untuk bertanya.
“Eva budak junior bawah kau.” Top tayang senyuman manis.
“Top, petang nanti aku tak boleh teman kau. Nenek Rowena suruh aku balik petang ni.” Aku mencari alasan supaya aku tak payah menghadap muka dia buat masa ini.
“Tak apa….”
Pandangannya di talakan ke arah tingkap bilik Junhyung.
 “Mungkinkah…Aku patut mencari destinasi cinta yang baru?” Yu Jin tersenyum sendiri. Bagaimana dia boleh terfikirkan hal itu sedangkan tak sampai setengah hari dia baru sahaja sampai di sini? Yu Jin menggeleng dan terus masuk ke dalam rumah.
***
“Apa yang kau buat dekat sini?” Junhyung menyoal tanpa nada.
“Sepanjang aku berada di sini, aku akan menyambung pelajaran aku di sini buat sementara waktu.” Aku juga bersuara tanpa perasaan.
“Kenapa muka kau pucat?” AJ memandang wajah Yu Jin yang berpeluh dan pucat.
“Tak ada apa. Aku cuma kena selesema saja.” Aku berdalih. Sedangkan badanku sudah terasa seram sejuk semacam. Aku terus sahaja berlalu menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai Amytheist. Aku sudah bercadang mahu melepak sepanjang hari di perpustakaan.

Yu Jin menolak timbunan buku di depannya. Sudah separuh hari dia mencari maklumat mengenai Amytheist namun tiada satu maklumat pun yang diperolehinya.
“Mungkin Amytheist bukan barang?” Hati kecilnya berbisik. Dia terus bangun menuju ke arah bilik bacaan terlarang. Ada pengawas yang bertugas menjaga bilik itu.
“Hanya mereka yang diberi kebenaran sahaja yang boleh masuk ke sini.” Seorang pengawas perempuan memandang Yu Jin dengan pandangan tajam. Yu Jin menunjukan batch yang tersemat di dadanya. Pengawas itu membuka pintu bilik itu sebelum menutup pintu bilik itu kembali. Yu Jin memandang sekeliling bilik itu. Ada beratus-ratus buah rak di situ.
“Great! Sekarang macam mana aku nak cari maklumat berkenaan dengan Amytheist?” Yu Jin menumbuk dinding sebelum membuka kembali pintu bilik itu. Dia menggamit pengawas perempuan tadi.
“Kau tahu apa-apa mengenai Amytheist?”
“Buku mengenai Amytheist ada di rak berlebel dark orb.” Pengawas itu kemudiannya beredar tanpa sempat Yu Jin bertanya dengan lebih lanjut.
Hampir setengah jam dia mencari, baru dia terjumpa rak berlebel dark orb. Yu Jin dapat merasakan pandangannya sudah berpinar-pinar. Dia memicit kedua belah pelipisnya sebelum meneruskan pencarian.
Satu per satu buku di situ dia baca tajuknya dan ada beberapa buah buku yang menarik minatnya. Buku Amytheist: the history, How to summon Amytheist, Amytheist: The strongest dark orb dan How to control dark orb. Dia mengambil kesemua buku yang tebal itu dan masukkan ke dalam begnya. Dia akan baca semua buku berkenaan di rumah nanti.
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik bahan bacaan terlarang itu, semangatnya seakan-akan ditarik dan pandangannya terus sahaja kelam. Bunyi tapak kaki yang berlari menuju ke arahnya juga sayup-sayup kedengaran.
***
Aku buka mataku yang terasa berat. Terasa tuala lembap di dahi. Aku mengalihkan tuala basah itu dan bangun. Aku mengerutkan kening apabila melihat Junhyung sedang duduk di atas kerusi malas yang membelakangkan katil. Hujan turun dengan lebat di luar.
Aku mengambil tisu di atas night stand dan menghembus hingus yang menyumbat saluran pernafasanku.
“Kau dah bangun.” Junhyung bangun dari kerusinya dan menghampiriku. Dia meletakkan telapak tangan di dahiku.
“Panas dah kurang. Nanti Nanny bawa bubur. Lepas makan bubur tu makan ubat.” Junhyung mengambil buku di atas night stand tanda mahu beredar.
“Jun…” Junhyung yang baru mahu memulas tombol pintu terhenti pergerakannya.
“Thanks.” Junghung terus sahaja keluar tanpa berkata apa-apa.
Aku tersenyum nipis. Nampaknya mamat ni tak adalah teruk benar kan?

Aku terjaga tepat pukul lima pagi. Selepas makan ubat malam tadi, aku segera lena. Pandanganku kabur seketika. Setelah aku rasa benar-benar okey, aku turun dari katil.            Aku menghampiri meja belajarku dan buku mengenai Amytheist: the history aku ambil.
Di luar masih lagi gerimis. Aku duduk bersila di atas sofa di ruang dan mula larut dalam dunia pembacaanku.
Aku tersentak apabila bunyi gelas berlaga dengan meja kaca di depanku kedengaran. Nanny Mia tersenyum manis.
“Yu Jin dah sihat?”
“Okey. Cuma selesema sahaja.” Aku mengukir senyuman manis. Aku kerling jam tangan yang sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Rupa-rupanya sudah dua jam aku berada di dalam duniaku sendiri.
“Tuan muda walaupun dia nampak dingin tapi dia baik hati. Harap Yu Jin tak terasa hati dengan sikap dia.”
“Saya tahu.” Aku segera teringat kejadian malam tadi.
“Siapa yang bawa saya balik?” Aku mengambil gelas hot chocolate suam di depanku.
“Tuan muda. Risau Nanny bila lihat Yu Jin tak sedarkan diri. Tuan muda pun risau juga.” Nanny Mia sudah tersenyum manis. Aku juga turut tersenyum.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review