Tuesday, May 3, 2011

Black Fantasy: New College & First Warning [4]

Posted by Snow_Queen at 3:08 PM

Dang! Aku menyumpah dalam hati. Aku bangun lambat hari ini kerana nenek Rowena tiada di rumah. Sudahlah kedudukan academy ku agak jauh. Aku termengah-mengah berlari seolah-olah sedang menyertai larian lima ratus meter.
Aku memandang sekeliling. Sebelah hatiku melonjak kegembiraan kerana akhirnya aku bertemu juga mereka-mereka yang sebaya, muda sedikit atau tua sedikit daripadaku namun sebelah hatiku yang lain pula mahu melarikan diri pulang ke rumah apabila melihat cara pemakaian pelajar-pelajar academy white moon.
Mereka melihatku bagaikan aku makhluk asing yang terlepas ke bumi sedang aku melihat mereka bagaikan sedang melihat hantu.
Aku melihat diriku yang hanya memakai seluar jeans separuh lutut, t-shirt lengan pendek berwarna putih yang ada corak rama-rama ditengahnya, belt yang berwarna hitam dan juga beg sandang sedangkan mereka semua berpakaian stylo. Ada yang berpakaian ala-ala gothic, hip-hop dan sebagainya. Apakah academy white moon ini adalah kolej fesyen?
Sekali lagi aku ternganga apabila sampai di kaki bukit, mereka-mereka ini begitu cepat menghilangkan diri dalam sekelip mata. Seolah-olah ada bayangan ghaib yang menelan mereka. Aku terpinga-pinga. Arah mana yang aku harus ikut?
Aku ternganga sekali lagi apabila ada seorang pemuda yang memotongku terus sahaja ghaib sebaik sahaja kakinya melangkah naik ke anak tangga pertama.
‘Aduh! Aku ni sudah sesat ke perkampungan bunian kah?’getus hatiku.
Sebaik sahaja kakiku menjejak anak tangga pertama, badanku seolah-olah ditarik oleh satu kuasa ghaib dan dalam sekelip mata sahaja aku sudah berada di depan gate. Tertera nama academy white moon di depanku.
‘Oh tuhan, apakah yang sebenarnya yang sedang berlaku ini?’
Aku terasa mahu gila. Apa yang berlaku di depanku kini semuanya tidak masuk akal langsung. Siapa boleh bagitahu aku macam mana aku boleh sampai ke sini sedangkan tak sampai sesaat aku jejak kaki ke anak tangga pertama di kaki bukit tadi? Sains dan logic akal mana yang boleh menyelesaikan persoalanku ini?
“Hey, kau cucu Ms. Rowena bukan?” Seorang perempuan yang berpakaian ala hip-hop memandangku. Ada batch berbentuk bintang yang tersemat di dada kirinya.
“Ya.” Aku terus sahaja menjawab.
“Ikut aku.” Gadis itu terus sahaja melangkah pergi.
“Nama aku Winnie, aku salah seorang guardian di academy ini. Ada apa-apa kau boleh tanya aku.” Winnie memperkenalkan dirinya.
“Guardian?”
“Alah macam pengawas jugalah.” Acuh tak acuh sahaja Winnie menjawab.
“Oh!Nama aku Yu Jin, errr..Apa sebenarnya tempat ni?” Terus sahaja aku menyerang Winnie dengan soalan.
“Apa maksud kau?” Winnie berhenti berjalan dan memandang ke arah Yu Jin.
“Aku tak tahu. Maksud aku macam tadi, aku baru sahaja naik anak tangga pertama dan selepas itu tahu-tahu sahaja aku sudah sampai depan gate. Siapa korang sebenarnya? Apa sebenarnya tempat ini?” Aku memandang anak mata Winnie yang berwarna hazel itu.
“Aku akan terangkan bila ada masa nanti. Ini kali pertama kau ke sini?” Winnie memandangku sekilas sebelum kembali menyambung perjalanan yang tergendala tadi.
“Ya. Otak aku dah sakit pada hari pertama ini.”
“He he..Jangan risau. Kau bukan yang pertama.” Winnie tergelak kecil. Aku tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya ada yang baik hati membantu aku. Juga Winnie tidak memandang orang dengan pandangan tajam. Renungannya lembut sekali.
Kami berdua memasuki sebuah bangunan yang kelihatan agak besar daripada bangunan-bangunan yang lain yang berada di dalam kawasan academy itu.
Pejabat pentadbiran utama. Itu yang tertulis di pintu masuk tadi.
Aku tergamam sebentar apabila aku menjejakkan kaki masuk ke dalam pejabat ini. Kesemua kakitangan (dan mungkin juga pensyarah) nampak sangat pelik. Maksud aku pakaian mereka. Ada yang berpakaian seolah-olah mereka dari abad 50 atau 60. Kau orang tahu kan wanita-wanita inggeris yang sering berpakaian gaun-gaun kembang dan lelakinya pula dengan kot-kot klasik. Ha macam itulah pakaian mereka. Ada pula yang berpakaian moden namun jumlah sedikit sekali.
Yang paling membuatkan bulu romaku menegak adalah apabila aku terpandangkan beberapa lukisan yang kelihatan hidup di dinding. Seolah-olah lukisan-lukisan itu sedang merenungku.
Aku berpaling ke sebelah kiri dan ini yang aku lihat...
Apabila aku berpaling ke sebelah kanan ini yang aku lihat..
“Pelajar baru?” Seorang gadis di meja depan memandang ke arah Winnie dan aku.
“Yup. Saya akan temankan dia harini.” Winnie tersenyum nipis. Gadis itu mengangguk sebelum menulis sesuatu di dalam kertas.
“Siapa nama kamu?” Gadis tadi memandangku.
“Yu Jin, Kim Yu Jin.” Aku melemparkan senyuman nipis namun senyumanku tidak berbalas. Mungkinkah semua orang di bandar ini susah untuk tersenyum? Huh!
“Ini jadual kelas kamu.” Gadis tadi meletakkan sekeping kertas ke atas meja. Winnie mengambilnya sebelum mengucapkan terima kasih.
***
“Kita sekelas.” Kata Winnie sebaik sahaja dia meneliti jadualku. Aku tersenyum. Dalam hati aku mengucapkan terima kasih beberapa kali kerana ditemukan dengan seseorang yang aku kira normal.
            “Ada banyak perkara yang aku nak ceritakan pada kau. Pertama sekali, di kolej ini, pelajar-pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan black swan, papyrus, elegance, revenge, St.vandetta dan juga kumpulan saphirex.
            Semua orang di sini tidak memilih bulu bila berkawan tapi bagi pendatang baru macam kau mungkin agak susah mereka hendak menerima kau. Biasalah bila ada perubahan mungkin agak janggal nak terima tapi ada juga yang jenis tak kisah.
Kalau setakat bermusuh atau tak suka antara satu sama lain dalam setiap kumpulan itu merupakan perkara biasa.
Yang kedua, kau kena selalu berhati-hati, pantas bertindak dan rebut apa sahaja peluang yang ada di depan mata.
Yang ketiga dan yang terpenting, jangan cari pasal dengan Big Bang. Kalau jumpa pun, buat tak tahu sahaja.
Okay, untuk hari ini, setakat ini sahaja dahulu. Nanti aku cerita lagi.” Winnie melemparkan senyuman.
“Err..Tapi aku tak kenal pun siapa Big Bang. Macam mana aku nak mengelak kalau aku terserempak dengan mereka?” Aku menyoal. ‘Harap-harap tidaklah jumpa.’ Getus hatiku.
Kami kini berada di koridor tingkat tiga. Winnie berhenti secara mendadak dan memandang ke arah bawah. Aku turut berhenti.
“Tengok bawah.” Winnie memandangku. Aku mengikuti arahan Winnie.
Nun, di bawah sana kelihatan enam orang jejaka sedang bersembang di kawasan air pancut. Selain kami, ada ramai lagi pelajar-pelajar yang turut melihat ke arah bawah. Tidak kurang pula ada yang menjerit-jerit.
“Itu, yang memakai jaket hitam dan baju T di dalamnya namanya Seung Hyun. Kami panggil dia, Top. Dia ni selalunya tak banyak cakap tapi merupakan fighter yang handal di sini. Sesiapa yang cari pasal dengan dia selalunya tak hidup lama.
            Yang sebelah top itu Ji Young tapi kami panggil dia G. D. Tak kurang juga yang memanggilnya G.Dragon. Nampak comel bukan? tapi kalau dia dah naik angin, satu kolej boleh terbalik. Dalam kepala dia penuh dengan trick.
            Yang sedang duduk itu pula Seungri. Merupakan antara jejaka hot di sini. Dia juga tak kurang hebatnya bila berlawan. Khabar angin pernah mengatakan dia pernah tumpaskan musuh seramai dua puluh orang sendirian.
            Sebelah Seungri itu pula Daesung. Daesung jenis yang periang orangnya tapi dalam masa yang sama boleh jadi menakutkan. Dia paling tak suka kalau ada orang buat dia annoying.
Dan yang pakai hoodie tu  namanya, Taeyang. Mak we keliling pinggang. Handal dalam permainan senjata. Ah! Mereka juga ada ramai peminat di sini. Jadi hati-hatilah. Takut kau jadi mangsa buli. Ini warning daripada aku untuk keselamatan kau.” Winnie kenyit mata seraya berkata “Mari masuk kelas. Kelas pertama kita sudah hendak bermula.”
Aku mengikuti langkah Winnie namun sempat pula aku mengerling ke arah Big Bang. Wajah-wajah mereka aku rakamkan satu per satu dalam ingatanku. Senang nak lari awal-awal kalau ada apa-apa nanti.
Azam aku di kolej baru ini ialah elakkan dari mencari masalah! Aku berazam mahu menjadi halimunan sahaja. Biar semua orang tak sedar akan kehadiran aku. Azam itu aku sematkan kuat dalam hati dan ingatan. Juga biar sahaja aku menjadi seorang yang beralah dan acuh tak acuh sahaja walaupun sikap aku selama ini yang suka menang dalam apa jua keadaan. Lebih baik aku sediakan payung sebelum hujan. Biarlah kalau kauorang nak kata aku penakut pun aku tak kisah. Aku lagi kisah akan nyawa aku. Minta dijauhkan dari malapetaka di sini.

1 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review