Monday, May 2, 2011

Black Fantasy: New City [2]

Posted by Snow_Queen at 6:37 PM


Dahi yang berpeluh ku seka dengan tangan. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Aku sudah berjalan sejauh L.I.M.A kilometer namun sehingga kini tak seorang manusia pun yang aku jumpa apatah lagi binatang.
Entah atas alasan apa, pemandu taxi yang aku naiki enggan masuk ke dalam St. Navy dan akhirnya aku diberhentikan separuh jalan sahaja meskipun aku tawarkan untuk membayar tambang yang lebih. Aku mengeluh. Dengan bagpack di belakang dan beg pakaian beroda yang sarat dengan barang-barangku, aku berjalan lagi sehingga beberapa ratus meter. Apabila aku terasa lututku akan tertanggal barulah aku nampak pintu gerbang ke St. Navy.
Pantas sahaja aku memasuki pintu gerbang itu. Pemandangan bandar St.Navy sememangnya mengasyikkan. Kebanyakan bangunan di sini lebih kepada bercorak tradisional. Entah kenapa pemandu taxi itu enggan ke sini. Bukannya ada hantu pun.
Aku seluk kocek jeans sebelah kiri. Alamat yang dibekalkan oleh mama, aku lihat sekali lagi.
Ms. Rowena
12-A Road of black rose,
Secret garden, St. Navy
O..Kay, sekarang macam mana aku hendak mencari rumah nenek Rowena? Aku kerling ke kiri dan ke kanan sambil berjalan.
“Err..Boleh tumpang tanya?” Teragak-agak aku memandang sekumpulan nenek-nenek tua yang sedang bersembang di bawah pokok di tepi jalan. Pandangan tajam yang dilemparkan sekumpulan nenek itu amat menggetarkan hatiku. Macam nak terkam orang sahaja lagaknya.
“Nenek tahu alamat ni dekat mana?” Aku menunjukkan kertas yang tertera alamat nenek Rowena.
“Apa hubungan kamu dengan Rowena?’ Salah seorang nenek bertanya.
“Dia nenek saya.” Aku melemparkan senyuman. Kumpulan nenek tadi berbisik antara satu sama lain.
“Kamu jalan terus sahaja sehingga nampak taman permainan. Kemudian kamu belok ke kanan dan terus lagi sehingga jumpa pagar rumah yang diperbuat daripada buluh. Itu rumah master Rowena.” Nenek yang menyoalku tadi memberi arah jalan.
Usai mengucapkan terima kasih, aku terus sahaja mengikut arahan yang diberikan oleh nenek tadi. Agak lama juga aku berjalan sehingga menemui taman permainan yang lengang.

‘Mungkin ini rumahnya.’ Getus hatiku. Aku memandang sebuah rumah yang berdindingkan tembok tinggi dan mempunyai pintu pagar yang diperbuat daripada buluh. Setiap satu buluh, mempunyai corak tersendiri. Halus sungguh buatannya. Aku menolak pintu pagar yang tidak berkunci itu. Sekali lagi, aku menjadi kagum apabila melihat dekorasi rumah nenek Rowena. Sangat kemas dan teratur. Bentuk rumah nenek juga mengikut gaya tradisional.
“Hello.” Aku mengetuk pintu rumah nenek Rowena beberapa kali. Aku sudah penat dan ingin segera mandi. Seluruh tubuhku sudah terasa melekit.
Pintu rumah terbuka. Berdiri seorang wanita yang kelihatan dalam usia 50-an. Rambutnya masih hitam namun pandangan tajam itu membuatkan jantungku berdegup laju.
“Apa urusan kamu di sini anak muda?” Rowena memandang anak gadis di depannya. Dia tidak mengenali gadis itu.
“Saya Yu Jin. Mama yang hantar saya ke sini.” Aku memberitahu. Pandanganku talakan ke arah lain. Tak berdaya rasanya menentang pandangan tajam orang tua itu.
“Kamu anak Kim Hyuna?” Rowena menyoal lagi. Kali ini Yu Jin hanya mengangguk.
Rowena membuka pintu seluas-luasnya.
“Masuklah. Lepas mandi, kamu boleh makan malam.” Yu Jin mengangguk mendengar kata-kata nenek Rowena.
Yu Jin menghempaskan dirinya ke atas katil. Rasa seperti tak mahu bangun pula namun pantas diingatkan dirinya supaya mandi terlebih dahulu. Yu Jin memerhatikan dekorasi biliknya yang simple. Sebuah katil, almari pakaian, rak buku dan meja belajar yang berhadapan dengan tingkap. Dinding bilik itu berwarna hijau honey dew. Menyejukkan mata yang memandang.
***
“Aku hendak keluar sebentar. Kamu bebas buat apa sahaja di sini. Aku dah telefon mama kamu bagitahu kamu sudah sampai. Ingat! Jangan sesekali pergi ke bilik stor belakang rumah. Itu kawasan larangan bagi kamu.” Rowena memandang wajah Yu Jin.
“Baiklah.” Yu Jin menundukkan pandangan. Alahai, kenapalah aku rasa macam pelarian pula di sini.
“Lepas makan, basuh pinggan tu. Dekat sini tiada orang gaji. Esok, aku bawa kamu bersiar-siar di kawasan sekitar. Lusa baru kamu pergi mendaftar ke kolej kamu.” Rowena yang memakai kelubung hitam itu terus sahaja beredar tanpa mengucapkan selamat malam.
Yu Jin mengunci pintu rumah. Dia mencebik.
“Basuh pinggan? Macamlah aku ni budak kecil. Aku tahulah kena basuh pinggan selepas makan. Huk huk huk…Mama…Nak balik!” Yu Jin mengomel dengan muka sedihnya dan menuju ke dapur. Ada makanan yang sudah tersedia di atas meja. Tanpa membuang masa, terus sahaja dia makan sehingga licin lauk-pauk di dalam pinggan. Itu menunjukkan dia betul-betul lapar. Berjalan sehingga lima kilometer sememangnya menyebabkan seluruh tenaganya hilang begitu sahaja.
Selepas mengemas, Yu Jin berjalan-jalan sekitar rumah neneknya dan seperti anak yang taat, dia langsung tidak menghampiri stor belakang rumah. Bukan kerana dia takut akan nenek Rowena tapi dia takut dia akan jumpa sesuatu atau terlihat sesuatu yang tak sepatutnya dia lihat. Karang tak pasal-pasal kena serangan jantung tahap kronik pula. Lagi pula, jalan hendak ke stor belakang rumah gelap-gelita. Tak sanggup rasanya dia hendak meredah ke sana.

Yu Jin melihat telefon bimbitnya. Tiada panggilan mahupun pesanan ringkas. Dia berkira-kira untuk menghantar pesanan ringkas kepada mamanya namun apabila melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul sepuluh malam, dia membatalkan niatnya. Akhirnya dengan bertemankan lampu belajar yang malap, dia terus sahaja melangkah masuk ke alam mimpi.
Pap! Ktak! Yu Jin terjaga dari lenanya. Ada bunyi aneh di dalam rumah.
“Takkan ada pencuri kot?” Yu Jin bangun dari katilnya dan buka pintu gelungsur biliknya. Dia tidak dapat melihat apa-apa meskipun cahaya lampu luar yang malap menerangi sedikit ruang dalam rumah.
Pap! Yu Jin memegang dadanya yang mula buat larian marathon. Adoi! Sejak dia sampai dari tadi tak habis-habis jantungnya di uji.
Yu Jin berjalan menuju ke arah ruang tamu. Dari sanalah terhasil bunyi-bunyi aneh itu.
Yu Jin capai penyapu yang elok tersandar di dinding sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya.
“Tak tidur lagi!”
“Ah!” Yu Jin jatuh terduduk. Masakan tidak, dia ditegur dari arah belakang secara tiba-tiba sahaja.
“Kenapa?” Yu Jin memandang ke arah nenek Rowena.
Aduh orang tua ni…Nasib baik aku tak libas dengan penyapu. Dengan rambut yang mengerbangnya. Sekali tengok dah macam hantu pula orang tua ni!
“Yuyu dengar bunyi aneh dari arah ruang tamu.” Yu Jin memberitahu seraya bangkit.
“Tak ada apa-apalah. Pergi tidur.” Rowena mengarahkan.
“Tapi..” Kata-kata Yu Jin terhenti apabila terpandangkan renungan tajam sepasang mata milik nenek Rowena. Meskipun gelap, dia seakan-akan terasa mata itu sedang memandangnya tajam. Tanpa berlengah, Yu Jin terus sahaja meluru masuk ke dalam biliknya.
Rowena memandang sekeliling sebaik sahaja cucunya masuk ke dalam bilik. Kosong! Tiada apa-apa. Terus sahaja dia masuk ke dalam biliknya yang terletak selang lima buah dari bilik Yu Jin.

2 under spell:

~zequest~ said...

good job cik snow...
bler bce prologue, wse cm "okay~~, ni cite pe lak ni..." je...
tpi bler bce 1st n 2nd nyer epi, trus rse cm "perghhh..." speechless..
heheeh >>>>lol>>>>
yu jin, jntg sy pn tgah dgup laju gak nih nk tggu smbungn cte nih!!!
weeeeeeeeeeee~~~~

Snow_Queen said...

@zequest: tengs =)
haha jntng snow pn dup dap dup dap gak neyh..kikiki

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review