Tuesday, May 3, 2011

Black Fantasy: Ms Stand for Master? [3]

Posted by Snow_Queen at 12:24 PM


Aku menggeliat perlahan apabila terbau masakan. Bau scramble egg. Aku terus sahaja bangkit. Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Pantas aku mengemaskan katil dan mandi sebelum turun ke dapur. Barang-barangku, akan ku kemaskan pada malam ini sahaja.
“Selamat pagi, nenek.” Aku melemparkan senyuman nipis.
“Selamat pagi. Mari sarapan.” Rowena menjeling sekilas cucunya sebelum duduk. Di atas meja, terdapat dua biji pinggan yang terisi scramble egg dan dua batang sosej serta ban yang masih panas. Air teh suam juga telah tersedia.
Kami berdua menjamah sarapan tanpa bersembang apa-apa. Lagi pun, aku tak tahu apa yang perlu di sembangkan dengan orang tua ini. Muka serius nenek Rowena boleh membuatkan jantungku berlari seribu meter per saat.

Aku tekun mendengar setiap penerangan yang diberi oleh nenek Rowena tentang bandar St. Navy ini. Aku juga cuba mengingati di mana terletaknya kedai-kedai dan juga bagaimana cara nak balik rumah nenek. Aduh! Pening kepalaku mendengar ceramah nenek Rowena yang panjang berjela-jela.
Kami lalu di depan restoran-restoran.  Terdapat beberapa restoran yang menyediakan kerusi dan meja di luar kedai mereka. Beberapa orang penduduk memanggil nenek Rowena dengan panggilan Master Rowena. Nenek hanya tersenyum nipis atau mengangguk sahaja sebagai ucapan balas.
Adakah nenek aku ini seseorang yang berpengaruh di sini? Entah-entah nenekku ini datuk bandar St. Navy? Kenapa semua penduduk di sini memanggil nenek Rowena, Master? Hatiku sudah mula merepek dan bersoal jawab.
“Kamu tunggu di luar sekejap. Aku nak masuk ke dalam sebentar.” Rowena memberi arahan.
Aku hanya memandang nenek masuk ke dalam sebuah kedai. Kedai yang pelik. Seluruh warna kedai itu hitam. Melalui ruang pameran kedai itu, aku dapat melihat dengan jelas nenek Rowena sedang bercakap dengan tuan punya kedai. Sesekali aku terperasan yang pemilik kedai itu memandang ke arahku.
Aku berpaling melihat ke arah jalan raya. Oh! Baru aku perasan. Di sini, aku tidak lagi berjumpa dengan anak-anak muda yang sebaya denganku. Setakat ini, aku hanya berjumpa dengan nenek-nenek, atuk-atuk dan juga golongan yang mungkin berusia 30 ke atas.
Adakah bandar ini hanya didiami oleh golongan yang berusia?
Aku juga baru tahu kedudukan rumah-rumah di sini diatur mengikut pangkat.
Bermula dengan Road of Dahlia yang didiami oleh keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah kemudian Road of Lily yang didiami oleh keluarga-keluarga berpendapatan sederhana.
Road of Red Rose yang didiami oleh keluarga-keluarga yang berpendapatan besar, Road of Lavender yang didiami oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai kerajaan yang lain, Road of Black Rose yang didiami oleh dutch dan dutchess serta kerabat-kerabat diraja dan juga orang yang mempunyai pengaruh kuat dalam society serta akhir sekali Road Of Gold di mana terletaknya pusat pentadbiran bandar St. Navy.
Jadi…Atas sebab itulah aku berfikir nenek aku ini mempunyai jawatan-jawatan penting di sini. Kalau tidak masakan nenek aku tinggal di Road of Black Rose bukan?
“Mari pergi.” Rowena berdiri di sebelah Yu Jin.
Aku mengusap dada. Betullah semua orang di sini suka menguji jantung aku. Terutamanya nenek aku ini.
“Nenek, Academy White Moon di mana?” Aku menyoal. Dari tadi, tidak pula aku  nampak sebarang bangunan academy melainkan bangunan sekolah-sekolah biasa.
Nenek Rowena menunjukkan ke satu arah dengan jari telunjuknya yang mana berjaya membuatkanku ternganga kerana terkejut.
“Nenek berguraukah? Ma…Macam mana Yuyu nak cari academy itu?” Aku memandang muka nenek Rowena. Masakan tidak, aku tidak nampak apa-apa pun melainkan bukit-bukau yang menghijau. Takkan academy itu berada di tengah-tengah hutan? Macam mana aku hendak ke sana?
“Esok pagi, nenek akan hantar kamu.” Nenek Rowena memberi janji. Aku memandang ke arah bukit-bukau tadi. Apakah sebenarnya academy white moon ini? Ah! Pening kepala aku dibuatnya. Sudahlah semua orang di sini pelik-pelik belaka.
Aku segera mengikut jejak nenek Rowena yang sudah berjalan meninggalkan aku sendirian di belakang.
***
Aku memicit kakiku yang sengal kerana berjalan sehari suntuk. Meskipun aku tak  berjaya mengingati semua tempat, sekurang-kurangnya aku tahu jalan balik ke rumah nenek Rowena. Itu yang paling penting sekali.
Aku memandang cebisan kertas yang diberi nenek Rowena sebentar tadi. Cebisan kertas yang menunjukkan arah academy white moon. Nenek Rowena tiba-tiba sahaja mempunyai urusan penting esok dan tidak dapat menemaniku esok. Aku pandang pula brochure yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai academy white moon. Di sini para pelajarnya dibenarkan berpakaian bebas. Benar-benar berbeza dari academyku dulu yang mewajibkan setiap pelajarnya memakai uniform.
Tiba-tiba sahaja aku menjadi tidak sabar untuk mengetahui bagaimana rupa academy baruku itu dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajarnya? Adakah mereka juga suka melihat orang dengan pandangan tajam?
Aku memandang frame di atas meja belajarku yang masih kosong itu.
“Nina, Zea, aku akan masuk academy baru esok. Doakan aku berjaya.” Aku memeluk erat frame itu. Ah..Rasa rindu kepada kedua-dua orang temanku ini bertandang.
Sebelum makan malam tadi, sempat juga aku mengikuti perkembangan semasa mengenai kes academyku. Pihak polis sendiri masih buntu dengan apa yang berlaku kerana langsung tiada petunjuk.
Aku mula mengemas bagasiku untuk tidak memikirkan hal menyedihkan itu. Harap-harap semoga esok akan berjalan lancar doanya di dalam hati.
Oh ya, tiba-tiba aku terfikir apa sebenarnya maksud Ms. Rowena. Takkan penduduk di sini panggil nenek aku, miss? Bukankah nenek aku itu selayaknya dipanggil ma’am?
Adakah Ms untuk Master? Sebab orang-orang di sini memanggil nenekku, Master Rowena. Ah! Apa-apalah…Aku sudah malas mahu berfikir.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review