Monday, May 2, 2011

Black Fantasy: Memory [1]

Posted by Snow_Queen at 1:30 PM
 

Aku merenung ke arah luar tingkap. Cuaca begitu cerah hari ini namun cuaca di dalam hatiku pula sudah lama mendung hanya  menunggu masa bertukar menjadi ribut petir sahaja. Kereta api terus bergerak dalam kelajuan sederhana menuju ke destinasi yang sudah ditetapkan.
Hatiku berasa sebal dengan keputusan yang dibuat sesuka hati oleh mama. Seminggu yang lepas, aku masih lagi bergelar pelajar di Academy Enigma namun  mulai esok aku akan menjadi pelajar di Academy baru. Academy White Moon….Aku tertanya-tanya bagaimanakah suasana kolej baruku kelak. Dengusan kasar kulepaskan. Kereta api masih lagi bergerak. Mengikut perkiraanku, ada lagi satu jam lebih untuk sampai ke Bandar St. Navy. Aku tak pernah tahu mengenai kewujudan Bandar ini dan bila masa pula aku ada nenek di sana? Mama sangat perahsia orangnya. Selama aku hidup dengan mama dari kecil sehinggalah sekarang, kami berdua jarang berkomunikasi. Jika ada apa-apa masalah, aku lebih senang bercerita dengan kawan-kawan baikku. Aku mengeluarkan dompetku dan sekeping gambar kutatap lama.
Ada dua orang gadis sedang tersenyum gembira. Senyuman terakhir sebelum nyawa mereka diragut secara ngeri. Perlahan-lahan ingatanku kembali teringat kepada kejadian minggu lepas di academy Enigma.
***
“Kau ada dengar tak khabar angin yang berlaku semalam?” Nina memandang ke arah Yu Jin yang sedang makan ais krim dan juga Zea yang sedang mengetip kukunya di atas meja. Kelas riuh-rendah dengan suara pelajar-pelajar lain yang sedang bergosip bersama-sama kumpulan masing-masing. Scenario biasa jika lecturer belum  masuk ke dalam kelas.
“Pasal apa?” Yu Jin buat muka.
“Pasal budak perempuan yang kena rasuk tu?” Zea memandang ke arah Nina. Nina mengangguk bersungguh-sungguh.
“Kebelakangan ni banyak betul kejadian-kejadian pelik yang berlaku di academy kita. Sebelum hal budak perempuan tu, ada banyak lagi kes lain tapi taklah sehebat kes rasukan tu. Aku rasa seram sekarang nak stay back dekat acacemy sampai lewat petang.” Nina menggosok kedua-dua belah tangannya. Bulu romanya menegak secara tiba-tiba sebaik sahaja membicarakan hal mistik yang banyak berlaku di academy itu.
“Alah, kau buat bodoh sahajalah. Makin kau fikir, makin sakit kepala kau.” Yu Jin memberi nasihat sambil mengesat mulutnya dengan tisu. Wah! Sedap betul ais krim pak cik café. Esok boleh beli lagi… Yippii!
“Kau jangan ambil mudah perkara ni Yuyu.  Nanti kena dekat kau baru tahu.” Nina sudah mula mencebik.
“Yelah, pergi duduk tempat kau. Ma’am Niss dah masuk.” Zea menghalau. Kalau dibiarkan Nina dan si Yuyu ni tak pasal-pasal ada kes tarik muka pula nanti. Nina yang masih dengan muncungnya terus sahaja beredar kembali ke tempat duduknya. Selepas kelas subjek teknologi antarabangsa ini, kelas mereka akan berakhir untuk hari ini. Mereka bertiga sudah berjanji mahu pergi menonton wayang sebaik sahaja kelas mereka tamat pada hari ini.

“Kauorang tunggu aku dekat pagar boleh? Aku tertinggal purse akulah dalam kelas.” Yu Jin berkata sambil tangannya meraba barang-barang dalam begnya. Haila..Satu hal pula nak menapak ke kelas teknologi tadi. Sudahlah kelasnya yang terakhir tadi agak jauh.
“Nak kitaorang temankan?”” Zea memandang Yu Jin.
“Tak payah. Nanti aku datang balik.” Yu Jin terus sahaja berlari-lari anak menuju ke kelasnya kembali.
“Cuai betul budak ni. Jom kita tunggu dia di pondok pengawal.” Nina membebel sambil berjalan. Zea mengikut langkah Nina.

Yu Jin termengah-mengah mendaki anak-anak tangga. Sampai di anak tangga terakhir di tingkat tiga, dia berhenti seketika untuk memulihkan sistem pernafasannya.
“Tak balik lagi?” Yu Jin menyapa teman sekelasnya namun Elly hanya ketawa sambil melirik manja ke arahnya sebelum berlalu pergi. Yu Jin mengerutkan kening. Apa hal pelik sangat perangai minah gedik ni?
Yu Jin meneruskan langkahnya menuju ke dalam kelas. Sebaik pintu kelasnya terbuka, whoosh! Angin sejuk membelai tubuhnya. Yu Jin menggetap bibir. Dia memandang ke arah kiri dan kanan koridor yang bercahaya malap sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Cepat-cepat dia mengambil pursenya sebelum berlari keluar. Sampai di anak tangga, dia terdengar bunyi orang berlari menuruni tangga. Bulu romanya menegak. Pantas sahaja Yu Jin berlari turun. Entah kenapa degupan jantungnya mula berdegup tak seirama.
“Ah!” Nina dan Zea menjerit apabila mereka bertembung dengan Yu Jin di tingkat pertama.
“Kauorang ni takutkan aku sahaja.” Yu Jin mengusap dadanya.
“Kau yang takutkan kitaorang.” Nina bersuara.
“Jom pergi!” Zea cepat sahaja menarik tangan kedua-dua orang sahabatnya.
Yu Jin terasa sedikit tenang apabila ada kedua-dua orang sahabatnya itu. Zea dan Nina bersembang di belakang sementara dia di depan.
Sebaik sahaja sampai di depan pondok pengawal, jantung Yu Jin berdegup kencang. Kelihatan Zea dan Nina sedang bersembang. Dia berhenti melangkah sebelum perlahan-lahan memalingkan mukanya ke belakang.
Kosong! Tiada sesiapa. Cepat sahaja Yu Jin berlari menuju ke pondok pengawal.
“Kenapa kau lambat sangat? Kitaorang baru ingat nak pergi cari kau.” Nina bersuara.
           “Uh, tak ada apa-apa. Apa yang kauorang sembangkan?” Yu Jin mengubah topik. Dia tak mahu Nina mahupun Zea takut meskipun kepala lututnya sendiri sedang menggigil.
            “Pasal Elly.”
“A’ah..Apa pasal minah tu pelik semacam hari ini?” Yu Jin bertanya kedua-dua orang rakannya.
Zea dan Nina saling berpandangan sebelum memandang Yu Jin.
“Yuyu, kau sihat ke tak ni? Elly kan dah dua hari tak datang kelas sebab demam.” Zea mengerutkan kening.
Kali ini, Yu Jin terasa mahu pitam pula. Jadi..Siapa yang dia jumpa di tingkat tiga tadi?
“Oh..Aku salah orang agaknya he he he.” Yu Jin tarik sengih. Biarlah siapa pun yang dia jumpa tadi, dia sesekali tidak mahu teringat akan hal ‘orang-orang’ yang ditemuinya tadi.
Sepanjang jalan. Yu Jin hanya mendiamkan diri. Hanya sesekali sahaja dia bersuara. Sebelum ini, dia sangsi akan hal-hal mistik yang berlaku di sekolahnya namun kali ini, nampaknya kebenaran telah terbentang di depan mata.
***
Selang tiga hari kemudian, ada hal yang tidak dijangka telah berlaku. Sebaik sahaja aku sampai di depan pintu pagar academy, kereta-kereta pegawai polis dan ambulans memenuhi perkarangan academy.
“Encik, apa yang terjadi?” Aku bertanya pada salah seorang pegawai polis yang bertugas menjaga gate academy.
“Adik ni pelajar di sini?” Pegawai itu bertanya. Aku segera mengangguk. Pegawai itu menggamit orang atasannya dan berbisik sesuatu.
“Saya pegawai Han, mari ikut saya sebentar.” Pegawai itu menggamitku agar mengikutinya. Aku dan pegawai berkenaan berjalan sehingga ke belakang bangunan.
Hampir melayang semangatku apabila melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di belakang bangunan akademik. Dengan kepala bercerai dari badan, dengan isi perut terburai dengan kepala pecah semua ada. Kerana tidak tahan, aku berlari jauh sedikit dan memuntahkan isi perutku. Bau hanyir darah tak payah cakaplah.
“Kami memerlukan bantuan adik untuk memeriksa identity mayat-mayat di sini.” Pegawai Han menghampiriku usai aku mengeluarkan isi perutku.
“T..Tolong?” Aku mengerutkan kening. Bagaimana aku hendak menolong? Melihatkan keadaan mayat-mayat itu sahaja cukup untuk membuatkan aku muntah dan sekali lagi aku mengeluarkan isi perutku.

Aku dan mama duduk di atas sofa. Satu hari yang memenatkan. Aku pandang raut wajah mama yang muram. Kasihan mama. Tak pasal-pasal kena ambil cuti dan menemaniku pula.
“Mama dah fikir masak-masak. Mama akan hantar kamu ke St. Navy.” Puan Kim memandang wajah anaknya.
“A..Apa?”
“Di sana ada nenek kamu yang akan jaga kamu. Mama tak nak kamu berada di sini.” Puan Kim terus sahaja bangun.
“Mama tak boleh buat Yuyu macam ni! Dan bila masa pula kita ada saudara lain?” Suaraku meninggi satu oktaf.
“Kalau Yuyu kasihankan mama, Yuyu akan ikut cakap mama.” Puan Kim terus sahaja berlalu naik ke bilik tanpa memperdulikan soalan anaknya..
Aku menghempaskan punggung ke atas sofa. Kata-kata mama terngiang-ngiang di telinganku.
Mesti mama tertekan kerana ada ibu bapa pelajar yang menuduhku sebagai punca semua benda ini terjadi. Tidak kurang pula yang menuduhku mengamalkan ilmu hitam.
Semuanya kerana aku satu-satunya pelajar academy itu yang terselamat. Ya Tuhan, dugaan apakah ini?
Air mataku mengalir jua apabila melihat mayat Nina dan Zea dalam keadaan mengerikan. Mata kedua-duanya terbeliak seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat.
       “Mengikut hasil siasatan, kesemua pelajar-pelajar ini hilang pada tengah malam semalam dan seolah-olahnya mereka merancang untuk bunuh diri secara serentak.” Terngiang-ngiang kata-kata pegawai Han di telingaku sebelumku pulang tadi.
“Cik, tiket.” Lamunanku tentang kejadian ngeri di academyku berkecai di bawa angin apabila pegawai yang bertugas meminta tiketku untuk diperiksa.
Aku melihat jam tanganku. Ada lagi kira-kira setengah jam sebelum aku sampai ke destinasi. Aku membuang pandang ke arah luar tingkap kembali.
“Apa nasib aku di sini?” Aku mengeluh kasar.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review