Sunday, May 8, 2011

Black Fantasy: Magic Trace [11]

Posted by Snow_Queen at 11:08 PM
“Okay…Fokus. Bayangkan depan kau ni adalah benda yang paling kau takuti.” G.D memandang wajah Yu Jin yang tampak bersemangat.
Yu Jin menggengam erat kayu ditangannya. Dia memejamkan mata.
‘Kau kena pertahankan diri kau!’ getus hati Yu Jin. Dia membayangkan spirit city dan ada roh-roh yang ingin menyerangnya.
Yu Jin membuka mata. Dia melihat kayu di tangannya yang sudah berubah menjadi pedang. Senyuman terukir di bibirnya.
“Bagus. Tapi, ini magis yang lemah. Lain kali kita akan belaajr magis-magis lain pula.” G.D menamatkan latihan mereka pada petang itu.
“Hait!” Yu Jin buat tabik hormat dan berlari mendapatkan Winnie yang sedang membaca di atas bangku. Hari ini, dia akan bermalam di rumah Winnie sehari lebih awal kerana nenek Rowena tiada di rumah selama tiga hari dua malam. Nenek Rowena pula hanya memberi persetujuan apabila dia mengatakan dia mahu bermalam di rumah Winnie.
“Babe.” G.D menghampiri Winnie juga. Winnie menutup bukunya dan menghulurkan air mineral kepada G.D sebotol dan kepada Yu Jin sebotol.
Yu Jin tersenyum nipis sambil meneguk air. Agaknya di Winnie dan G.D sudah berbaik barangkali. Jangan-jangan semalam bila Winnie mengatakan dia ada hal, sebenarnya dia pergi berjumpa dengan G.D.
“Malam ni turun padang?” G.D duduk di sebelah Winnie.
“Yup, saja nak bawa si Yu Jin ni berjalan-jalan di Alexis. Ada tempat-tempat yang saya nak bawa dia pergi.” Winnie senang memberitahu rancangannya sepanjang cuti hujung minggu ini.
“Aku tunggu kau dekat depan gate ya. Ciao.” Aku mengambil begku dan meninggalkan Winnie dan G.D sendirian. Segan rasanya duduk dengan pasangan bercinta ni.

Aku melalui bangunan akademik dengan tenang. Hanya tinggal beberapa orang pelajar sahaja di akademi.
Sebaik sahaja aku melalui depan bangunan kelab memanah, dadaku terasa senak. Terasa perasaan yang tak menyenangkan mengekori diriku. Aku memandang sekeliling. Tiada apa-apa. aku menarik nafas dalam sebelum berlalu pergi.
Sampai di depan gate, aku berpaling untuk melihat bangunan-bangunan di depanku. Hampir melayang semangatku apabila melihat beberapa orang pelajar akademi tergantung di tingkap bangunan akademik tingkat empat. Dengan mata terbelalak dan dengan darah yang mengalir laju menuruni dinding bangunan akademik membuatkanku loya. Segera aku membuang isi perutku di tepi longkang berhampiran.
Aku berpaling apabila terasa ada tangan yang menggosok belakang badanku.
Top menghulurkan sapu tangannya. Aku membuka botol air mineral di tangan dan berkumur sebelum mengesat mulutku dengan sapu tangan pemberian Top.
“Apa hal?” Top jungkit kening.
Aku berpaling melihat ke arah tingkat empat bangunan akademik. Kosong! Tiada sesiapa di situ.
“Kau nampak pucat. Kau sakit ke?” Top bersuara lagi apabila tiada jawapan daripada mulut Yu Jin.
“Aku nampak ada beberapa orang mati tergantung di tingkat empat bangunan akademik.” Perlahan aku bersuara.
Top membuang pandang ke arah tingkat empat akademik sebelum memandang ke arah Yu Jin kembali.
“Tak ada apa-apalah. Nak aku hantar kau balik?” Top mempelawa.
“Tak apalah. Aku tunggu Winnie.” Aku duduk di bangku yang berdekatan.
“Aku teman.” Top melabuhkan punggung sebelah Yu Jin.
“Aku dah gila?” Aku mengigit bibir. Entah kenapa itu yang keluar dari mulutku.
Top tergelak perlahan. “Tak ada maknanya. Mungkin yang kau nampak itu cuma visi atau magic trace.”
“Magic trace?” Aku mengerutkan dahi. Belum sempat Top membuka mulut menerangkan, Winnie dan G.D telah sampai.
“Jom!” Wajah Winnie berseri-seri sekali pada hari ini.
“Jom. Jumpa lagi.” Aku dan Winnie melambai ke arah G.D dan Top sebelum kami beredar. Perkataan magic trace berlegar-legar dalam fikiranku. Mahu bertanya Winnie, aku malas pula mahu mengganggu orang yang tengah berbahagia. Akhirnya aku mengambil keputusan akan bertanya Top apabila kami terserempak lagi.

1 under spell:

~zequest~ said...

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review