Wednesday, May 11, 2011

Black Fantasy: Invitation [12]

Posted by Snow_Queen at 1:25 PM
“Welcome to the black parade!” Winnie menjerit melawan arus sorakan penonton-penonton yang berkumpul di black parade untuk menyaksikan persembahan b-boys dan b-girls. Bunyi muzik berdentum di sana sini.
“Itu G.D bukan?” Aku turut menjerit.
“Apa dia?!” Winnie mendekatkan telinganya. Aku menolak kepala Winnie ke arah G.D.
“Jom!” Winnie menarik tanganku melawan arus manusia menuju ke tempat di mana Big Bang sedang melepak.
“Babe!” G.D meraih tangan kanan Winnie.
“Dah perform?” Winnie memandang ke arah G.D.
“Sudah. Kitaorang buat opening tadi. Kau orang lambat sangat.” G.D buat muncung.
“Ala..Sorry. Kita orang tertidur tadi dan bila bangun dah pukul Sembilan.” Winnie mengukir senyuman manis.
“Babe, makan jom?” Winnie mengoncangkan lengan G.D.
“Tak makan lagi? Nanti perut masuk angin baru tahu. Jom! Guys, jom kita pergi makan.” G.D memandang teman-temannya yang lain.
Mereka bertujuh memasuki sebuah restoran makanan segera.
“Korang berdua duduk dulu. Aku belikan.” G.D menolak tubuh Winnie ke arah tempat duduk.
“Sejak bila kau orang berbaik ni?” Taeyang memandang curiga ke arah G.D namun jejaka itu hanya mengenyitkan mata.
“Jom duduk sini.” Winnie menarik tangan Yu Jin. Mereka memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap supaya dapat melihat pemandangan di luar. Yu Jin memilih tempat duduk di tepi tingkap sementara Winnie duduk di sebelahnya.
“Tak sangka malam minggu lagi meriah. Semua orang kelihatan bertenaga.” Yu Jin memberi komen. Di kaki lima, dia dapat melihat orang ramai masih lagi sibuk dengan aktiviti masing-masing.
“Biasalah. St. Alexis sentiasa hidup. Eh, apa yang nenek kau cakap sewaktu kau minta izin nak tidur rumah aku?” Winnie menompang dagu menghadap ke arah Yu Jin.
“Aku cakaplah nak tidur rumah kau. Nenek aku tak kata apa pun. Lagi pun orang tua tu tak ada di rumah malam ni. Tak kuasa aku nak tinggal dalam rumah nenek aku tu sorang-sorang. Lagi pula aku selalu dengar bunyi benda pelik-pelik di rumah tu.” Yu Jin menggosok kedua belah lengannya apabila bulu romanya menegak secara tiba-tiba.
“Perasaan kau saja tu.” Winnie cuba menyedapkan hati kawannya yang seorang itu.
“Double cheese burger dan McChiken.” G.D menjerit riang sambil double cheese burger di depan Winnie sementara McChicken di depan Yu Jin.
“Wah! Macam mana kau tahu kegemaran aku ni?” Yu Jin tersenyum sambil memandang ke arah G.D.
“Bukan aku tapi Top.” G.D menunjukkan ke arah Top.
Top hanya buat muka toya sambil menarik kerusi dan duduk di depan Yu Jin.
Yu Jin jongket kening memandang ke arah Top tanda meminta soalannya dijawab.
“Adalah…” Top mengukir senyuman kecil. Yu Jin hanya mencebik sahaja. Mereka bertujuh berbual seperti biasa selepas itu. Malam minggu yang hidup di St. Alexis dan begitu juga kepada makhluk-makhluk lain.
“Berapa lama duduk dengan Winnie?” Daesung memandang ke arahku.
“Tiga hari dua malam. Kenapa?” Yu Jin memandang curiga ke arah Daesung.
“Tak ada apa-apa.” Daesung buat muka toya.
“Kau nak datang rumah aku? Aku boleh ajar kau beberapa perkara.” Top memandang ke arahku. Kata-katanya berjaya membuatkanku terpana.
“Ada makan-makan tak?” Laju sahaja aku bertanya.
“Kau ni kalau tak sebut makanan sehari tak sah.” Seungri mengomel.
“Mestilah..Aku dengan makanan mana boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan ibarat melayanglah nyawa aku.” Yu Jin menyedut air di depannya.
“Esok pagi-pagi kau datanglah. Kau juga Winnie.” Top mengajak.
“Tengoklah. Kalau tidur lewat takut bangun lewat juga.” Winnie enggan berjanji khuatir dia terlajak tidur. Lagi-lagi pada malam minggu.
“Selepas ini kau orang nak buat apa?” G.D menyoal.
Winnie dan Yu Jin saling berpandangan sebelum tersengih.
“Wayang!!” Serentak mereka menjerit.
“Aku belanja.” Taeyang mengoffer.
“Awww…tengs darling.” Winnie kenyit mata ke arah Taeyang.
“Ehem..Pak we awak ada di sini ya..” G.D menjeling.
“Ala, dengan kawan sendiri pun nak cemburu. You know I love you.” Winnie tanpa segan meluahkan rasa hatinya.
            “Kalau kau berdua nak berdrama baik korang pergi duduk tempat lain. Tak tertelan makanan ni.” Seungri menyedut air di depannya.
“Jealous!” Serentak Winnie dan G.D berkata. Yu Jin hanya ketawa memandang pasangan di sebelahnya.
Dia terkedu apabila Top memandang ke arahnya sebaik sahaja dia memandang muka Top.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
“Kau ni comel kau tahu tak?” Top selamba menuturkan kata-katanya sebelum mengigit burger di tangannya.
Erk?! Yu Jin terasa mukanya sudah panas. Aduh! Jantung aku buat larian marathon lagi!
***
Aku sedang mengelap rambut apabila Winnie baru sahaja memasuki biliknya. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Di St. Alexis, Winnie tinggal seorang diri dengan menyewa sebuah kondo.
“Mana upah aku?” Aku tayang sengih.
“Upah? Upah apa?” Winnie mengerutkan dahinya.
“Upah aku jadi Dr. Love kau.” Aku buat kening double jerk.
“Upah kau ialah tinggal dengan aku selama tiga hari dua malam. Best tak?” Winnie sudah mencapai tuala di penyidai. Dia ingin mandi. Sudah terasa melekit satu badannya.
“Best. Aku tidur dulu?” Aku sudah baring di atas katil.
“Okay. Nanti aku tutup lampu.” Winnie terus sahaja masuk ke dalam bilik air.
Aku merenung siling rumah. Tiba-tiba sahaja wajah Nina dan Zea menjelma di kotak ingatanku. Berita terbaru yang aku ketahui dari mama ialah siasatan mengenai kes pembunuhan beramai-ramai itu sudah ditutup kesnya kerana kekurangan bahan bukti.
“Adakah kes di Enigma dahulu berkait rapat dengan black magis?” Aku berfikir sehingga ku terlena tanpaku sedari.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review