Sunday, May 8, 2011

Black Fantasy: I'm Sorry [10]

Posted by Snow_Queen at 10:59 PM

“Kenapa?”
Aku mengerutkan dahi mendengar kata-kata Seungri.
“Kenapa apa?”
Seungri tersenyum mendengar kata-kata Yu Jin.
“Kenapa kau marah dekat Top?” Seungri menala pandangan pada Yu Jin kali ini. Ingin melihat riak wajah gadis di sebelahnya.
“Aku tak marah tapi bengang je. Kan aku dah kata aku ni penakut tapi kauorang heret juga aku ke tempat berpuaka tu.” Aku buat muka. Seungri tergelak.
“Kau tahu, sebagai guardians kita akan berjumpa dengan macam-macam benda yang lagi teruk dari tadi. Kalau kau lemah semangat macam ni, tak macholah.” Aku memandang wajah Seungri yang tak beriak.
“Macho tak macho, kau ingat semua orang boleh terima kejutan macam tu? Bagilah aku masa. Ni belum apa-apa lagi sudah dibawa ke tempat macam itu.” Aku masih enggan mengalah.
“Syarat utama menjadi guardians, sama ada kau bersedia atau tidak, kau kena bersedia juga.” Seungri menegaskan kata-katanya. Aku menalakan pandangan ke arah sebelah kiriku. Pemandangan St. Alexis menyapa mataku.
“Kau ada kebolehan istimewa kau tahu.” Seungri bersuara setelah lama berdiam diri.
“Kebolehan istimewa? Apa?” Aku kembali menalakan pandangan ke arah Seungri.
“Macam tadi, kan kau boleh tukarkan objek kepada benda lain untuk mempertahankan diri kau. Kau cuma kena ikut latihan intensif sahaja untuk mengasah kuasa kau.” Seungri memasukkan tangan ke dalam kocek jeansnya.
“Aku tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Yang aku tahu, aku cuma membayangkan sahaja kayu itu menjadi pedang. Bila aku buka mata sahaja, aku sudah pegang pedang.” Aku mendengus perlahan sebelum menyambung kembali bicara   “Winnie, dia ada apa-apa hubungan dengan kau orang?”
“Winnie? Dia buah hati G.D. Sekarang dalam mode perang dingin.” Seungri tersenyum nipis.
“Padanlah..” Aku menggumam sendirian.
“Dah sampai.” Seungri berhenti di depan pintu pagar rumah nenek Rowena. Aku mendongak memandang ke arah pintu pagar yang sedia terbuka.
“Terima kasih.” Aku menundukkan sedikit badanku.
“Selamat pagi, Ms. Rowena.” Seungri menundukkan badannya sedikit. Aku memandang ke arah pintu pagar. Nenek Rowena memandang ke arah kami berdua.
“Kami ada masalah di Spirit City tadi. Yu Jin tolong kami bertugas malam ini.” Seungri selamba menerangkan. Tiada sedikit pun ada riak takut di wajahnya.
“Masuk dulu.” Rowena memandang ke arah cucunya.
“Aku masuk dahulu.” Aku melambai ke arah Seungri sebelum masuk. Sempat aku melihat nenek Rowena dan Seungri bersembang sebelum aku menutup pintu rumah.
***
Aku menghempaskan badan ke atas katil selesai sahaja membersihkan diri. Baru sahaja aku mahu terlena, pintu bilikku diketuk. Aku pantas bangun dan membuka pintu. Nenek Rowena berdiri di depan pintu dengan memegang segelas air.
“Minum ni.” Rowena menghulurkan gelas yang dipegangnya ke arah Yu Jin.
Aku teragak-agak mengambil gelas itu. Nenek Rowena memandangku tanpa ada tanda dia akan meninggalkan bilikku.
Aku terus sahaja meneguk air yang diberikan. Selesai sahaja minum, aku berdehem perlahan. Terasa seolah-olah ada benda yang melekat di kerongkongku. Nenek Rowena mengambil gelas di tanganku dan menutup pintu.
Aku menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja orang tua ni!
Terus sahaja aku kembali naik ke atas katil dan lena dengan mudah.
                                                        ***
Aku brek secara mengejut apabila hampir-hampir sahaja berlanggar dengan seseorang.
“Apa hal kelam-kabut semacam ni?” G.D memandang ke arah Yu Jin yang cemas.
“Oh, hai G.D. Aku pergi dulu. Dah lambat ni~~ bye-bye.” Aku melambai dan terus sahaja berlalu pergi. Pagi ini, aku terlambat bangun. Kelas pertama burn macam itu sahaja.
“Yo!” Winnie menegur Yu Jin yang termengah-mengah. Nasib baik, lecturer tak masuk lagi kalau tak nahas budak Yu Jin.
“Kelas pertama tadi macam mana?” Aku memandang ke arah Winnie setelah system pernafasanku kembali normal.
“Aku dah salinkan nota untuk kau.” Winnie menyerahkan beberapa helai kertas kepada temannya.Aku mengucapkan terima kasih sebelum mengeluarkan nota untuk subjek seterusnya.
***
“Winnie, kalau aku nak minta tolong boleh?” Aku memandang Winnie. Kelas baru sahaja selesai dan kami mahu menuju ke arah café untuk mengisi perut masing-masing.
“Boleh. Apa dia?” Winnie tersenyum. Dia tiada masalah untuk membantu temannya yang seorang itu.
“Aku ni bebal sedikit nak belajar benda-benda baru jadi aku harap kau boleh ajar aku. Risau pula aku dengan quiz yang makin dekat ni.” Aku meluahkan kegusaran hatiku. Hari ini, sudah beberapa pensyarah mengatakan mereka akan buat quiz jadi semua orang diminta bersedia.
“Boleh aku tak ada masalah. Ha..Macam mana dengan rancangan kita lusa ni?” Winnie menolak pintu kaca café. Kebanyakan tempat duduk di café sudah hampir penuh. Segera mereka berdua menghampiri kaunter untuk membuat pesanan.
“Aku belum tanya nenek lah. Balik nanti aku tanya.” Nasib baik Winnie mengingatkan. Dia sendiri sudah hampir lupa akan rancangan hendak bermalam di rumah Winnie.
“Kau jangan tak jadi pula. Kalau nenek kau tak bagi, biar aku yang pujuk.” Beria-ia Winnie berkata. Aku hanya tersenyum.
Baru beberapa suap mereka berdua makan, Big Bang masuk ke dalam café. Seperti biasa, apabila Big Bang masuk, semua orang senyap.
“Wei! Apa yang kau gaduhkan dengan G.D?” Aku memandang ke arah Winnie yang tiba-tiba sahaja tersedak apabila aku bertanya.
“Kau merepek apa ni?” Winnie mengelap mulutnya dengan tisu.
“Kau rasa aku merepek ke?” Aku ukirkan senyuman sinis khas buat Winnie.
“Kau..”
“Aku tahu kau dengan G.D ada hubungan.” Aku segera memotong percakapan Winnie. Winnie segera buat muncung.
“Aku geram. Bukan sekali dia buat tapi dah banyak kali.” Winnie menyatakan ketidakpuasan hatinya.
“Apa hal? Dia ada perempuan lain ke?” Aku meneka.
“Kalau dia ada perempuan lain, kau takkan jumpa G.D dekat sini dah. Awal-awal lagi aku tanam dia hidup-hidup dekat cemetery.” Winnie mencebik.
“Huih! Ganas sungguh. Habis kalau bukan hal tu, apa pasal kau gaduh pula?”
“Sebab dia banyak kali mungkir janji nak date dengan aku. Bila esok nak keluar, dan-dan dia batalkan temu janji kami. Sibuk mengalahkan menteri. Kalau sekali dua tak apa tapi dah banyak kali masalahnya. Dalam setahun, boleh kira dengan jari berapa kali aku keluar dengan dia.” Winnie menyedut air minumannya.
Aku mengangguk. Kalau aku pun, aku marah juga.
“Apa kata kau dan G.D berbincang dari hati ke hati? Cakap dekat dia apa yang kau rasa. Sayanglah kalau kauorang break up sebab hal ini je?” Aku memandang muka Winnie yang sudah muram.
“Ok.” Winnie tersenyum nipis.
“Kau tunggu sini sekejap!” Aku berlari-lari anak mendapatkan Big Bang yang baru sahaja keluar dari café. Winnie terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu sahaja.

“Sorry. Semalam tu tak tahu apa pasal aku emosi tak tentu pasal.” Aku garu tengkuk yang tak gatal.
“Tak apa. Aku pun nak minta maaf sebab buat kau terkejut.” Top memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket jeans.
“Errrr..Jadi kita kawan kan?” Aku ragu-ragu memandang ke arah Top.
Top mengangguk sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.
“Okay, jumpa nanti. Bye-bye.” Aku melambai dan berlari ke arah café semula.
Top memandang kelibat Yu Jin sehingga hilang dari pandangan. Hai Top! Apa angin yang merasuk kau? Selama ini mana kau pernah berkawan dengan perempuan. Winnie lain ceritalah.
“Berseri-seri muka kau~~” Top berpaling ke arah kawan-kawannya yang entah bila muncul.
“Kauorang menghendap aku ya?” Top memicingkan pandangan.
“Tak adalah. Kita orang curi dengar je.” Daesung tarik sengih. Top menjulingkan mata. Mamat-mamat nilah…Memang suka menyibuk hal orang lain.


0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review