Saturday, May 21, 2011

Black Fantasy: Hurt [14]

Posted by Snow_Queen at 2:56 PM

Sedar tak sedar sudah setengah tahun berlalu semenjak aku masuk ke Academy White Moon. Sudah  banyak yang aku pelajari daripada Big Bang dan Winnie. Nenek Rowena seperti selalu masih lagi kekal dengan sikap peliknya dan aku sudah terbiasa dengan perangai nenek. Kini sudah dua bulan aku berpindah dan tinggal serumah dengan Winnie. Winnie yang beriya-iya menyuruh aku menjadi housematenya dengan alasan dia sunyi.     
Aku ikutkan sahaja cadangan Winnie kerana aku juga bosan tinggal dengan nenek. Sekali-sekala aku akan balik ke rumah nenek untuk menjenguk orang tua itu. Kes Academy Enigma ditutup begitu sahaja kerana tiada petunjuk lain yang ditemui oleh pihak berkuasa.
“Hoi! Berangan!” Aku menoleh untuk melihat gerangan yang berani mengacau ketenteramanku.
“Apa hal?” Seungri memanjat tembok di depannya dan duduk menghadapku.
“Tengah berfikir. Mana yang lain-lain?” Aku menjeling Seungri sekilas sebelum mengiggit sandwich di tanganku.
“Yang lain-lain ada kes, Top pergi dating dan Winnie tidak dapat dikesan.” Seungri memandangku sekilas sebelum menyambung kembali bicaranya.
“Kau okay?”
“Huh?”
“Top dah ada mak we. Kau okay?” Tanpa nada Seungri menyoal.
“Apa kena mengena dengan aku kalau dia dah ada mak we?” Aku menggetap bibir.
“Come on! Aku tahu kau suka Top kan?”
Aku terus ralit mengunyah sandwich di tanganku. Enggan menjawab soalan Seungri. Tipulah kalau aku kata aku tak terluka bila Top sudah berpunya tapi bukan salah Top. Top tak tahu aku ada hati dengan dia. Kalau mengikut perkiraan aku, sudah tiga minggu dia bercouple dengan budak junior yang muda setahun dari aku itu. Hanya pada Winnie aku luahkan kekesalanku kerana tidak sempat meluahkan perasaanku tapi….. Kini aku bersyukur pula kerana aku tidak meluahkan perasaan aku pada Top kerana hubungan kami berdua masih baik meskipun aku harus menahan perasaan dan hati kerana perlu melihat Top bermesra dengan Eva setiap hari. Aku mengambil keputusan untuk kekal sebagai kawan kepada Top sahaja kerana bagiku, cukup aku dapat melihat wajah Top yang sentiasa gembira kerana ia membuatkan aku gembira juga.
“What’s up!” Winnie berlari-lari anak mendapatkan aku dan Seungri.
“Jom balik.” Aku memasukkan tangan ke dalam kocek dan berlalu. Winnie jongket kening memandang Seungri namun Seungri hanya angkat bahu sahaja.
***
“Kau ajak aku datang sini sebab ni sahaja?” Aku menjeling Top geram. Geram kerana tidurku diganggu disebabkan hal remeh-temeh ini sahaja.
“Tolonglah aku..Please..Please..” Top buat muka comel.
“You better pay me this!” Aku melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah dan Top segera mengikut langkahku. Sakit hatiku kerana Top memanggilku datang semata-mata meminta aku menemaninya memilih hadiah untuk Eva. Gaya suara dalam telefon tadi macam ada hal penting sahaja.
“Kau jangan tayang muka tenuk kau dekat aku. Aku rasa bersalah pula.” Top menarik lenganku.
“Macam ni okay?” Aku tayang muka sengih paksa.
“Aku belanja kau makan sekejap lagi, okay?” Top memeluk bahuku. Aku menggeleng.
“Yang ni lawa.” Aku tunjuk ke arah sehelai blouse berwarna baby pink kepada Top. Top membelek baju berkenaan dan menggeleng.
“For God’s Sake, kita dah berjalan selama tiga jam tau! Mak we kau tu memilih sangat ke?” Aku mendengus kasar.
“Tak tapi aku nak yang terbaik untuk dia.” Top tersenyum manis. Aku berjalan ke arah satu kedai. Kata-kata Top menyebabkan air mataku hendak mengalir keluar. Kalau aku di tempat Eva, sudah tentu aku akan bahagia. Bahagia kerana si dia mahukan segala-galanya yang terbaik untukku.
“Yang ini?” Aku menunjukkan seutas rantai berloketkan bunga ros berwarna merah. Bunga ros itu kelihatan hidup.
“Beauty! Aku ambil yang ini.” Top terus mengambil rantai itu dari tanganku dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Aku melihat sekeliling kedai yang menjual barang-barang perhiasan lama itu. Sekeping jed lama berwarna ungu muda menarik perhatianku.
“Jed ini milik seorang pahlawan pada zaman dahulu kala.” Aku mengusap dada kerana terkejut. Bila masa nenek ni berdiri di sebelah aku?
“Jed ini..Nampak padan dengan anak.”
“Saya cuma mahu tengok-tengok sahaja.” Aku menghadiahkan nenek itu sebuah senyuman sebelum beredar namun nenek itu menahanku.
“Jed ini…Nenek hadiahkan pada anak.” Jed itu diletakkan ke atas telapak tanganku dan nenek itu segera beredar.
“Jom pergi.” Top sudah berdiri di depan pintu kedai.
“Okey.” Aku meletakkan jed itu di dalam kocek seluarku.

“Eh? Awal balik?” Winnie yang sedang menonton televisyen bersama dengan G.D menegur.
“Penat.” Aku menghadiahkan senyuman nipis kepada pasangan kekasih itu sebelum berlalu masuk ke dalam bilikku. Aku bukan mahu berbohong dengan Winnie tapi aku malas mahu ingat kejadian di shopping complex tadi.
“Boleh aku masuk?” Kedengaran suara Winnie di sebalik daun pintu.
“Sejak bila kau jadi sopan santun ni?” Aku meletakkan beg sandangku di atas meja.
“Hehehe…Aku kan memang bersopan santun sejak dari azali.” Winnie melabuhkan punggung di atas katil.
“Apa hal? Kenapa tak temankan G.D?”
“G.D aku dah halau balik. Apa cerita?” Winnie memeluk bantak pelukku.
“Tak ada cerita. Aku cuma temankan Top beli barang untuk Eva.” Aku merebahkan tubuhku di atas katil.
“Kuatnya kau. Kalau aku dah lama agaknya aku berhenti academy.”
“Aku bukan kuat pun tapi aku lawan perasaan aku. Kalau aku ni jahat, dah lama aku guna-gunakan Top dan aku tak ada sebab hendak berhenti. Aku tak ada tempat lain untuk ditujui.” Mata di pejamkan. Wajah Top dan Eva muncul bersilih ganti.
“Kau akan bahagia suatu hari nanti. Percayalah!” Winnie menepuk pahaku.
“Whatever. Aku nak tidur ni.”
“Esok jangan lupa mesyuarat dengan Sir Sirvian.” Winnie bangun dan menutup lampu. Dia faham yang Yu Jin mahu bersendirian. Dia keluar apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut Yu Jin.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review