Saturday, May 7, 2011

Black Fantasy: Guardians Council [8]

Posted by Snow_Queen at 1:49 PM
  

Aku tersenyum nipis sewaktu Amanda meletakkan cawan kopi di depanku. Aku sudah hafal semua nama guardians di kolej. Mesyuarat guardians selalunya di adakan di sebuah bangunan khas di St.Alexis dan kini aku tercampak di sini bersama dengan hujan gerimis yang mula turun semenjak dari tadi. Sementara menanti Big Bang, aku bangun dan menalakan pandangan ke arah belakangku. Dinding kaca yang boleh melihat pemandangan di luar sememangnya menarik minatku. Winnie pula kelihatan sibuk berbincang dengan rakan-rakannya yang lain.
Aku mendongak memandang awan hitam yang berarak. Saat ini, sekiranya aku berada di atas katil, sudah semestinya aku akan terus lena.
Pintu kaca dikuak dari luar. Masuk Big Bang dan mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Begitu juga aku.
“Kali ini dengan pertambahan guardian baru, kita nampaknya terpaksa merombak jadual untuk melakukan pemantauan. Amanda, awak tolong sediakan jadual baru.” G.D mula bersuara. Yang lain-lain sibuk mencatit.
“Baru-baru ini, ada kegiatan black magis yang dikesan berlaku di seksyen 5. Winnie dan Zark, kes ini di serahkan pada kamu.” G.D serius memandang kertas-kertas di hadapannya sambil dia mencatit sesuatu.
“Okay.” Serentak pula Winnie dan Zark menjawab. Winnie kemudiannya memberi beberapa kertas kepada Zark. Ada benda yang perlu mereka bincangkan nanti.
Aku masih lagi terkebil-kebil di dalam mesyuarat ini. Tidak tahu hendak buat apa.
“Yu Jin, apa kelebihan awak?” G.D memandangku. Begitu juga yang lain-lain.
Aku tayang muka blur pada G.D.
Kelebihan? Alahai aku mana ada apa-apa kelebihan. Apa pasal mamat ni tanya macam tu?
“Saya reti judo dan kendo.” Laju sahaja jawapan itu meluncur dari bibirku.
Yang lain-lain sudah mengulum senyum. G.D berdehem untuk menyembunyikan senyumannya.
“Bukan. Maksud G.D magis awak tahap berapa?” Seungri tolong jelaskan.
“Magis pun ada tahap ke?” Aku berbisik di telinga Winnie.
“Yu Jin, zero.” Winnie tolong menjawab bagi pihak rakannya itu.
Terlepas pen yang dipegang Taeyang. Nampak sangat dia terkejut.
Aku mengecilkan pandangan memandang ke arah yang lain-lain. Ceh! Aku nampak tu kau senyum inche Top walaupun kau cover dengan tangan.
“Tak apa.” Ringkas G.D menjawab sambil mencatitkan sesuatu di dalam fail.
“Laporan mingguan.” G.D memandang anak-anak buahnya setiap seorang untuk mendengar laporan  mereka.
Usai mesyuarat, aku berdiri menghadap dinding kaca kembali sambil memegang kopi yang kini telah sejuk. Ramai yang telah pulang. Kini hanya tinggal Big Bang, Winnie dan Zark. Mereka sedang berbincang. Jam telah menunjukkan pukul lapan malam. Aku sudah memaklumkan pada nenek Rowena yang aku akan pulang lewat dan seperti biasa, orang tua itu tidak berkata apa-apa pun.
“Apa tu?” Aku menunjukkan ke satu arah.
“Apa, apanya?” Winnie memandangku.
“Itu..Yang bangunan buruk di hujung sana tu…” Aku menjuih mulut ke arah selatan. Sebaik sahaja kabus hilang tadi, terkejut aku kerana ternampak bangunan buruk yang berdiri megah di sana.
G.D bangun dan merenung ke arah yang aku tunjukkan.
“Kau nampak?” G.D memandangku. Aku tayang muka bosan sambil mengangguk. Kini Top pula berdiri disebelah kiriku sambil memandang ke arah yang aku tengok tadi.
“Hello, tak ada sesiapa ke yang nak jawab soalan aku?” Aku memandang yang lain-lain. Mereka semua hanya senyap sahaja.
Kelihatan ada cahaya berwarna merah dan biru mengelilingi bangunan itu.
“Lah, cahaya apa pula tu.” Aku menggumam sendirian namun cukup untuk didengari Top mahupun G.D.
“Ji, boleh aku bawa dia?” Top bersuara tanpa memandang ke arah sesiapa.
“Kau pasti ke? Dia tak tahu magis.” G.D menjawab.
“Aku akan lindungi dia. Malam ni giliran aku dengan Seungri.” Top menyeluk saku seluarnya.
Aku menjadi berdebar mendengar butir bicara mereka berdua. Perasaan yang tidak meyenangkan itu datang kembali. Perasaan yang sama ketika aku berada di dalam kelas tempoh hari.
“Oh! Dah lambat ni. Aku rasa lebih baik aku balik dulu.” Baru sahaja aku mahu berjalan, Top terlebih dahulu menarik kolar bajuku.
“Kau nak pergi mana?” Top merenungku.
“B.A.L.I.K.” Sengaja aku eja satu per satu. Daesung sudah tergelak. Entah apa yang kelakarnya.
“Malangnya, malam ni kau kena bertugas.”
“Yih!” Aku menjegilkan mata.
“Dengan aku.” Top menambah lagi.
“Eh?” Aku pandang ke arah Winnie pula minta belas kasihan namun Winnie hanya buat tidak tahu sahaja.
“Nanti aku hantar kau balik.” Top masih lagi memegang kolar bajuku.
“Nenek aku tu menakutkan tahu tak?” Aku bercekak pinggang dan buat muka serius.
“Ada aku kisah?” Top masih bersikap selamba.
“Aku kisah.” Aku juih bibir.
“Kau takut?” Top mendekatkan mukanya dengan mukaku.
“Takutlah. Siapa nak pergi tempat tu? sekali tengok macam tempat jin bertandang je.” Aku memandang sekilas ke arah bangunan buruk itu dan memandang Top pula.
“Tempat tu…” Top senyum sinis tanpa menghabiskan kata-katanya.
Aku berdehem dan menolak badan Top supaya ke belakang sedikit. Bau minyak wangi yang dipakai Top boleh membuatkanku tergoda.
Top melepaskan kolar bajuku dan memegang pergelangan tanganku. “Seungri, mari pergi.” Top menarikku sebelum sempat aku mengambil begku.
“Nanti aku hantar beg kau balik rumah.” Winnie sengih dan tunjuk thumb up. Aku mencebik sahaja.



 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review