Tuesday, May 3, 2011

Black Fantasy: First Impression [5]

Posted by Snow_Queen at 7:47 PM

Aku menguis makanan di depanku manakala Winnie sedang lahap mengunyah makanannya. Kami baru sahaja tamat kelas.
Kelas? Bercakap soal kelas ini, aku terasa perutku menjadi sebu dan senak. Teringat kejadian pagi tadi.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, semua pelajar memandang ke arahku. Ada juga dikalangan mereka berbisik-bisik.
“Geng, ini Yu Jin pelajar baru di sini.” Winnie memperkenalkan aku kepada seluruh kelasnya. Aku melemparkan senyuman untuk menutup kegusaran hatiku.
“Sebelum ni kau dari mana?” Soal seorang lelaki yang berpakaian ala-ala gothic. Aku jadi terkedu untuk menjawab. Seboleh-bolehnya aku tak ingin menyebut tentang hal academy enigma.
“Enigma.” Perlahan sahaja aku menjawab namun pantas pula seluruh kelas itu bising. Winnie juga memandangku dengan pandangan terkejut. Saat itu aku rasakan Winnie seolah-olah hendak menjauhkan diri daripadaku namun ternyata telahanku silap apabila Winnie secara tiba-tiba tersenyum nipis.
“Kenapa tak makan?” Aku tersentak apabila Winnie menegurku. Ada dua orang pelajar yang lalu di sebelah kami dan mereka cepat-cepat sahaja berlalu. Winnie yang perasan akan hal itu segera memujukku.
“Dekat sini memang semua berita cepat tersebar. Lagi laju dari internet. Kau jangan risaulah. Mereka semua tu sebenarnya kagum dengan kau.”
“Kagum?” Aku jungkit kening.
“Kagum sebab kau satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedy ngeri di enigma tu. Waktu kes itu berlaku, kelas kami turut tak ketinggalan berdikusi akan hal tu. Nampaknya kau sudah jadi terkenal. First impression kami pada kau adalah gadis yang terselamat itu merupakan heroin.” Winnie sudah mahu mengusik.
“Merepek kau ni.” Aku menyuap sesudu nasi goreng. Nampaknya azam aku hendak jadi halimunan tak tercapai jugalah ya? Tak apa kita buat bodoh sahaja, pujuk hatiku.
“Semalam aku keluar bersiar-siar. Kenapa semua orang yang aku jumpa di bandar semuanya sudah tiga puluh ke atas? Tak pula aku jumpa remaja-remaja di sini.”
“Oh, kami semua ada port melepak sendiri di St. Alexis. Kalau sempat nanti aku bawa kau ke sana.” Winnie berjanji.
“St. Alexis tu jauh tak? Aku takut nenek aku marah kalau balik lewat.” Aku sudah terbayang akan wajah serius nenek Rowena bertukar menjadi seperti singa.
“Ah, dekat sahaja kalau ikut jalan pintas. Kau kena belajar banyak perkara lagi.” Winnie memerliku. Aku hanya tayang sengih.
Sedang asyik bersembang, tiba-tiba sahaja aku mendengar bunyi orang bising. Aku dan Winnie serentak menalakan pandangan ke arah satu sudut café.
“Hei! Kau ni tak sayang nyawa ke?” Seorang lelaki yang berbadan sasa menarik kolar baju seorang lagi budak lelaki yang jelas ketakutan. Aku lihat ada kesan tumpahan air di baju lelaki itu.
“Kenapa tak ada orang tolong dia?” Aku berbisik kepada Winnie. Semua orang seperti kami, hanya melihat sahaja.
“Siapa nak cari nahas dengan Ryan, anak dutch Rei? Kalau ada pun masing-masing malas nak masuk campur.” Winnie berbisik kembali.
Baru sahaja penumbuk Ryan hendak singgah ke muka budak lelaki itu, Ryan tiba-tiba sahaja terpelanting ke belakang.
“Bedebah! Siapa yang buat?” Muka Ryan sudah merah. Cepat sahaja dia bangkit.
“Kalau anak jantan keluarlah!” Ryan menempik lagi.
“Bising!” Semua mata tertumpu ke arah pintu masuk café. Big Bang berdiri di pintu masuk dengan muka annoying. Serta-merta muka Ryan juga berubah. Segera pandangannya ditalakan ke lantai.
Big Bang masuk ke dalam café dan menuju ke kaunter. Suasana di dalam café senyap sunyi sehinggakan kalau ada bunyi orang bernafas pun akan terdengar. Yang lain-lain segera menundukkan pandangan dan menghabiskan makanan secepat mungkin. Bimbang menjadi mangsa amukan Big Bang.
“Macam..macam mana dia boleh buat orang terpelanting macam itu?” Aku memandang Winnie. Buat muka naïf. Memang aku tengah bingung.
“Nanti aku terangkan. Sekarang makan diam-diam dan beredar bila dah sudah.” Winnie segera menghabiskan makanannya. Aku turut menghabiskan makanan namun terasa lambat pula makanan hendak turun ke tekak.
Winnie menyepak kakiku apabila Big Bang mengambil tempat duduk di meja yang sama dengan kami.
Kalau Winnie secemas itu? Aku lagilah. Rasa macam nak terbang melayang keluar dari café sekarang juga.
“Sihat?” Aku memandang Winnie sebelum memandang ke arah sebelahku. Siapakah yang menanyakan soalan itu? Dan kepada siapakah soalan itu ditujukan? Seluruh café juga membuang pandang ke arah kami. Aku rasa peminat-peminat Big Bang sudah mengeluarkan aura membunuh. Habislah hidup halimunan aku!
“Sihat.” Sepatah Winnie menjawab. Itu pun acuh tak acuh. Sekali lagi aku menjadi hairan. Berani pula minah ni dengan Big Bang? Ada apa-apakah yang aku tak tahu ni?
“Siapa ni?” Aku memandang ke arah G.D sebelum membuang pandang ke arah lain.
“Kawan.” Sepatah juga Winnie menjawab.
“Siapa nama?” G.D memandangku. Aku kira aku sudah hendak pitam. Ahli-ahli Big Bang yang lain juga memandangku kecuali Top. Mamat itu sesedap rasa sahaja makan makanannya tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.
“Yu Jin.” Winnie juga tolong menjawab. Fuh! Selamat aku tak payah nak mengeluarkan suara.
“Yu Jin?” Taeyang memandangku seperti seakan-akan mengingati sesuatu. Berkerut-kerut keningnya berfikir.
“Yu Jin dari Enigma?” Dan kali ini barulah Top turut memandang ke arahku apabila mendengar soalan Taeyang.
“Errr..Iya.” Aku takut-takut menjawab. Ya tuhan apa yang perlu aku buat sekarang?
a) pura-pura pengsan
b) terus sahaja bangun buat-buat tak dengar soalan
c) buat-buat terencat tiba-tiba
Dan pilihan-pilihan di atas itu satu pun langsung tak membantunya.
“Mari pergi.” Winnie sudah bangun dan menarik tanganku. Sekarang juga aku mahu memeluk Winnie kerana menyelamatkanku. Terasa seluruh system pernafasanku sudah kembali normal.
“Ada benda yang aku tak tahu ke?” Aku memandang ke arah Winnie yang buat muncung.
“Tak ada apa-apa.” Winnie melajukan langkahnya. Semput aku dibuatnya hendak mengejar langkah Winnie. Gadis itu hanya tergelak sahaja menyedari aku cuba mengejar langkahnya. Kurang kalsium punya member!
***
Kalau duduk sebelah Big Bang boleh menyebabkan system pernafasanku menjadi tidak normal, duduk dalam kelas pula menyebabkan aku boleh menjadi gila. Satu apa pun aku tak faham. Entah apa-apa yang lecturer-lecturer aku merepek-meraban. Sudahnya aku hanya ternganga sambil melihat Winnie sahaja. Baru sahaja sehari, aku dengan Winnie bagaikan kembar siam. Kadang-kadang, terdetik juga di hatiku jika Winnie rimas denganku kerana aku selalu melekat dengannya. Mungkinkah gadis ini akan bosan? Ah! Aku kan banyak dengan andaian jadi kau orang semua kenalah bertahan dengan aku he he he..
Aku  menjadi takut kerana di sebabkan aku, Winnie tak dapat bersosial dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Maklumlah aku ini pemalu orangnya (sebelum dapat sesuaikan diri di tempat baru) dan susah untuk memulakan langkah pertama dalam mencari kawan. Nak harapkan aku menegur? Kirim salam awal-awal. Aku memang tak reti tapi kalau orang itu menegur aku dan ada juga topic best untuk dibincangkan aku tiada masalah.
Aku memandang ke arah pintu. Tiba-tiba sahaja jantungku berdebar dengan laju seolah-olah ada benda yang tidak enak bakal terjadi. Entah macam mana aku terpandangkan pensyarahku sewaktu memandang papan putih dan mata kami bertemu. Aku segera menundukkan pandangan dan pura-pura mencatit sesuatu di dalam buku kosong di depanku. Harap-haraplah lecturer itu tak berfikir bukan-bukan fasal aku.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review