Wednesday, May 11, 2011

Black Fantasy: Exciting Weekend [13]

Posted by Snow_Queen at 1:26 PM

Aku mengurut kepala yang sakit kerana terjaga secara tiba-tiba. Bunyi loceng pintu yang ditekan tak berhenti-henti membuatkan aku pening. Aku memandang ke arah Winnie yang masih lena sebelum aku keluar untuk melihat gerangan siapakah yang menganggu gerangan tidur pagi mingguku.
Aku membuka pintu. Masuk Daesung dengan wajah yang bersahaja.
“Tidur lagi? Mana Winnie?” Daesung melabuhkan punggung di atas sofa berwarna coklat gelap milik Winnie.
“Nak apa? Kau tahu tak sekarang ni pukul berapa?” Aku memeluk tubuhku.
“Aku nak bawa kau orang pergi rumah Top. Yang lain-lain sudah ada di sana. Ya! Aku tahu sekarang pukul tujuh pagi.” Daesung menjawab sambil melihat jam tangannya.
“Pergi tengah hari sikit tak boleh ke?” Aku mendengus perlahan.
“Kau dah lupa pesan Top semalam?” Daesung cuba mengingatkanku. Aku mengangguk dan melangkah malas menuju ke arah bilik Winnie.
“Nie, bangun! Daesung dah sampai untuk ambil kita.” Aku menggoncangkan bahu Winnie.
“Hemmm? Kau mandilah dulu. Lepas tu baru kejut aku.” Winnie menarik selimut menyelubungi keseluruhan badannya. Aku terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air.

Daesung memandu dengan tenang. Winnie duduk di seat sebelah pemandu manakala aku duduk di belakang. Angin pagi membuatkan mataku berat kembali. Aku terus sahaja lena tanpa menunggu sesaat pun.
“Wey! Bangun.” Aku menggenyeh mata apabila terasa bahuku digoncang. Winnie tersengih sambil memandang ke arahku.
Ternganga aku dibuatnya apabila melihat sebuah rumah agam di depanku.
“Kita dekat mana ni?” Aku menyoal.
“Selamat datang ke rumah Top. Jom masuk!” Winnie menarik lenganku.
Di ruang tamu, kelihatan G.D dan Seungri sedang bermain PS III manakala Top dan Taeyang pula bermain dart.
“Hai babe.” Winnie menyapa G.D.
“Hai. Kau orang dah breakfast? Kalau belum atas meja tu ada sarapan. Pergilah makan dulu.” G.D menyuruh. Aku yang masih separuh mamai mengikut sahaja langkah Winnie yang membawaku ke arah meja makan.
“Winnie, aku tengah bermimpi kan?” Aku memandang ke arah Winnie.
“Ouch!” Aku menggosok tanganku yang dicucuk garfu.
“Kalau kau sakit itu tandanya kau tak bermimpi. Ada faham? Pergi basuh muka dululah.” Winnie menyuruh.
Usai sarapan, Top membawa aku ke taman. Terpegun aku apabila taman itu menghadap ke arah laut. Nun di bawah sana pula, ada jambatan kayu yang bermula dari rumah Top sehingga ke  gigi air
“Apa yang kau nak ajar aku?” Aku memandang ke arah Top namun soalanku itu hanya dibalas dengan senyuman sahaja.
***
Aku terpegun apabila menaiki kapal persiaran peribadi milik Top yang diberi nama Blue Maru.
Sudah lima belas minit kami berada di atas kapal itu. Kata Taeyang, mereka hendak membawaku bermain-main di St. Greek.
“St. Greek tu dekat mana?” Aku berbisik dengan Winnie.
“Sana.” Winnie menunjukkan ke arah barat namun tiada apa yang dapat aku lihat melainkan hanya laut yang membiru. Akhirnya aku hanya berdiri di tepi palang kapal itu menikmati pemandangan. Air laut yang jernih membolehkanku melihat dasar laut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan dan juga batu karang.
Aku menggeliat perlahan dan tanpaku sengaja, aku terpandang ke arah Top yang berdiri di hadapan Blue Maru.
Melihatkan Top mengenakan pakaian berwarna putih dan cermin mata hitam bay ryan membuatkan dia tampak kacak sekali. Aduhai hati…Kenapa senang sangat kau nak tersangkut dekat mamat tu? Entah-entah dia sudah ada teman wanita.
Tapi…Selama ini tak pernah pula aku lihat mana-mana wanita mendampinginya? Akalku membantah pula.
“Jom!” Winnie menarik lenganku. Sudah jauh rupanya aku berangan apabila kami sudah pun sampai di jeti.
“Selamat datang ke St. Greek.” Daesung menjerit riang sebelum berlari-lari anak meninggalkan kami. Aku hanya tergelak sahaja dengan kelakuan Daesung yang adakalanya melebihkan perangai budak-budak.
Aku terpana apabila Top memegang tanganku.
“Takut kau sesat.” Mudah sahaja Top memberikan alasan dan entah bila jejaka itu menukar pakaiannya kepada seluar jeans berwarna biru gelap dan juga baju T.
Cermin mata masih lagi menutupi matanya yang selalu memberikanku renungan yang tajam itu.
Aku tersenyum sendiri apabila melihat badut-badut jalanan menghiburkan pelancong. St.Greek tak kurang hebatnya dengan St. Alexis.
“Jom kita makan dulu.” G.D mengusulkan cadangan. Masing-masing mengangguk. Maklumlah sudah tiba waktu makan tengah hari. Kami memilih restoran itali yang diberi nama Bacanalle.
Usai makan tengah hari, kami semua menuju kembali ke arah jalanan. Kadang-kadang kami singgah ke kedai mahupun gerai yang ada di sepanjang jalan.
G.D dan Top mencuba pelbagai jenis cermin mata hitam sebelum masing-masing berposing sakan di hadapan kamera.
Aku terkedu apabila Top tiba-tiba sahaja meletakkan cermin mata dimukaku.
“Jom ambil gambar.” Top memaut bahuku. Seungri yang menjadi tukang ambil gambar pantas menjalankan kerjanya.
Terasa panas mukaku apabila Top berbuat demikian.
“Babe, jom ambil gambar dengan dia.” Winnie berdiri di sebelah manusia yang telah dicat dengan warna emas dan bercekak pinggang seperti patung.
Apabila seungri hendak mengambil gambar, cepat sahaja manusia itu mengubah posisi dengan memaut bahu Winnie. Kami semua tergelak apabila manusia cat (gelaran yang diberi oleh Taeyang) mengejar Winnie. Terkekeh-kekeh Winnie ketawa sambil melarikan diri. Sempat Winnie memeluk G.D untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap.
Aku memandang ke arah sebelah kananku. Ada kedai antic dan apa yang membuatkanku terkejut ialah apabila bayangan budak kecil di spirit city tiba-tiba sahaja muncul.
“Apa hal?” Daesung menegurku.
“Emmm?” Aku memandang ke arah Daesung sebelum menalakan kembali pandanganku ke arah cermin kedai itu. Bayang budak tadi telah hilang.
“Jom.” Aku terus sahaja menarik tangan Daesung. Daesung mengerutkan kening tanda tidak faham dengan perangaiku.
Kali ini, kami berhenti di tempat jualan barangan aksesori pula. Winnie dan G.D galak mencari rantai couple sementara aku melihat-lihat tali strap untuk telefon bimbit.
“Kalau yang ini cantikkan?” Top tiba-tiba sahaja menayangkan tali strap telefon bimbit yang berbentuk meteor diperbuat daripada emas putih dan terdapat berlian ungu yang menjadi hiasan.
“Cantik.” Jujur aku memberikan pendapatku. Top tersenyum nipis dan aku kembali leka dengan susunan tali-tali strap di depanku. Tidak tahu yang mana satu yang harus aku pilih.
“Minta handphone kau.” Top menadahkan tangannya.
“Buat apa?” Aku menarik keluar handphoneku dari poket. Laju sahaja Top mengikat tali strap meteor tadi di handphoneku.
“Top..” Aku terkedu memandang tali strap itu yang kini elok sahaja tergantung di handphoneku.
“Hadiah.” Top tersenyum nipis.
“Mana boleh macam tu. Kalau macam tu aku pun nak bagi hadiah juga dekat kau.” Aku memandang tali strap di hadapanku.
“Yang ini.” Aku menunjukkan tali strap yang berbentuk skull yang juga diperbuat daripada emas putih.
“Uih…Ganasnya.” Top mengusik.
“Tapi comel bagi aku.” Aku segera menarik handphone Top di tangannya dan memasang tali strap itu.
“Citarasa kau teruk.”
“Tapi unik kan?” Aku buat kening double jerk.
Top hanya ketawa tanpa membalas kata-kataku. Tahu dirinya sudah kalah hendak berlawan kata.
Kami kemudiannya menuju ke Disney House. Ada persembahan Beauty and the Beast diikuti oleh Cinderella. Setelah persembahan tamat, kami melalui dataran Disney.
“Malam ini ada perarakan dan pertunjukan bunga api.” Winnie sudah menjerit kesukaan.
“Kita pergi makan malam dululah.” Kata Seungri. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul tujuh malam.
            Tepat pukul Sembilan, kami bertujuh berkumpul kembali di dataran Disney.  Sempat lagi kami membeli cekak hiasan. Orang ramai juga mula membanjiri kawasan itu. Pertunjukan bermula dengan kereta hiasan Ariel dan diikuti dengan karakter-karakter Disney lain. Kali ini,       Top pula yang menjadi tukang mengambil gambar. Nampak comel pula apabila apabila Top mengenakan cekak yang mempunyai tanduk rusa. Aku dan Winnie masing-masing teruja sambil menikmati ais-krim kami.
Pertunjukan bunga api habis kira-kira jam sebelas malam. Sudah setengah jam kami meninggalkan St.Greek.
Aku memandang langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang. Ini adalah antara hujung minggu yang terbaik bagiku. Memori yang takkan aku lupakan selama-lamanya. Sempat aku mengusap tali strap meteor yang berada di dalam poketku. Hendak memegangnya secara terang-terangan terasa malu pula.
Tepat pukul satu pagi, kami sampai di rumah agam Top. Oleh kerana masing-masing sudah terlalu penat untuk memandu, kami memutuskan untuk bermalam di rumah Top sahaja. Terasa berdebar jantungku apabila ini kali pertama aku bemalam di rumah rakan lelaki.
Top menunjukkan bilik tetamu kepadaku dan Winnie selepas yang lain-lain mula meminta diri untuk masuk tidur.
“Goodnight!” Top melemparkan senyuman manis sebelum beredar. Aku memandang katil king size yang seakan-akan memanggilku supaya segera rebah di atasnya. Tanpa dapat aku tahan lagi, terus sahaja aku baring walaupun Winnie membebel menyuruh aku mandi dahulu. Akhirnya dengan bebelan Winnie aku bawa masuk sekali ke alam mimpi.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review