Saturday, May 21, 2011

Black Fantasy: Decision [15]

Posted by Snow_Queen at 2:57 PM
Aku menggengam erat kertas di tanganku sehingga sebahagian daripadanya renyuk. Apa yang sedang diperkatakan Sir Sirvian langsung tidak melekat di dalam fikiranku. Aku menoleh ke arah luar. Awan hitam berarak menandakan bila-bila masa sahaja hujan bakal turun. Sebaik sahaja Sir Sirvian keluar, beberapa orang guardians mula bising menandakan ketidakpuasan hati mereka. Entah apa yang mereka rungutkan pun aku tak tahu.
“Kau dengan siapa?” Winnie menari kerusi dan duduk di depanku. Aku mengunjukkan kertas di tanganku.
“Top?” Winnie memandangku.
“Kau jangan pandang aku dengan muka kesian tu boleh tak?” Aku naik angin tiba-tiba. Meskipun suaraku tidak kuat, namun dapatku kesan riak wajah Winnie sudah berubah.
“Shit!” Aku mengambil beg galasku dan keluar dari kelas. Winnie hanya memandang kelibat Yu Jin sehingga hilang. Dia melihat sekali lagi kertas yang separuh renyuk di hadapannya.
“Babe?” G.D memegang bahu Winnie.
“Dia marah….” Winnie menggumam sendiri namun cukup untuk G.D dengar. G.D menepuk bahu Winnie untuk menenangkan diri gadis itu.

“Aku tak nak pergi sana. Siapa yang nak jaga emak aku yang sakit?” Slyvia meraup mukanya kasar.
“Kau cubalah tukar dengan mana-mana guardians yang lain?” Sun memujuk.
“Siapa yang nak pergi tempat ni? Kalau ada pun, dalam mimpi sahajalah.”
Yu Jin menepuk bahu Slyvia. Dari tadi lagi dia mencuri dengar perbualan Slyvia dan Sun dengan tidak sengaja. Meskipun dia tidak rapat mana dengan Guardians yang lain, namun mereka semua tetap baik dengan dirinya.
“Via, kau nak tukar dengan aku?” Aku memeluk tubuhku.
“Kau biar betul?” Muka Slyvia sudah bercahaya.
“Yup! Siapa pair kau?”
“Tak ada. Kau betul ni nak tukar tugasan dengan aku?”
Aku tersenyum dan mengangguk. Lagi senang kerjaku kerana Slyvia tidak mempunyai pasangan untuk tugasan yang mesti dilakukannya.
“Aku akan cakap dengan Sir nanti. Kau jangan risau, okey?” Aku menepuk bahu Slyvia dan mengukir senyuman. Segera aku mengayun langkah mencari Sir Sirvian.
***
“Kenapa kau tak datang meeting pagi tadi?” Taeyang menegur Top yang baru sahaja sampai.
“Aku tidur lewat malam tadi. Meeting pagi tadi pasal apa?” Top menyandarkan badannya ke kerusi.
“Pasal ujian kenaikan level guardians. Sir dah tentukan tugasan dan pasangan tapi ada juga yang kena buat secara individu.”
“Oh, dah keluar ke? So..Aku dengan siapa?”
“Dengan Yu Jin kalau tak silap aku.” Top tarik sengih apabila mendengar nama Yu Jin. Kalau ada Yu Jin senang sedikit tugasnya. Dia akan berjumpa dengan Yu Jin pada waktu rehat nanti untuk berbincang mengenai tugasan mereka.
Taeyang segera kembali ke tempat duduknya apabila lecture sudah masuk.
***
“Awak pasti?” Sir Sirvian bertanyakan soalan yang sama untuk kesekian kali.
“Yup!”
“Kenapa?” Sir Sirvian memeluk tubuhnya.
“Saya kesiankan Slyvia. Dia kena jaga emak dia yang sakit. Kalau dia pergi jauh, macam mana dengan emak dia? Lagipun, saya tak nampak sebarang masalah kalau saya gantikan dia?” Aku bertutur dengan yakin. Sir Sirvian memandang kertas di hadapannya.
“Kalau awak ada masalah, awak mesti depaninya. Bukan larikan diri.” Sir Sirvian menurunkan tandatangan. Aku hanya tersenyum tawar. Biarlah Sir Sirvian nak kata apa pun, keputusan aku tetap takkan berubah.
“Bila awak nak pergi?” Sir Sirvian menolak kertas di depannya ke arahku.
“Esok. Saya akan bertolak esok pagi.” Aku sudah bangun. Sir Sirvian buka laci mejanya dan menyerahkan satu kotak berukiran bunga kepadaku.
“Awak akan perlukan ini di sana.” Aku terus sahaja memasukkan kotak berkenaan ke dalam begku tanpa rasa ingin tahu apa isi kotak berkenaan.
“Sir, kalau boleh tolong rahsiakan lokasi ujian saya….” Dan dia beredar tanpa sempat Sir Sirvian bertanya dengan lebih lanjut.
***
Top garu kepalanya. Sudah lama dia mencari Yu Jin hari ini. Jangan kata kelibat, bayang Yu Jin pun dia tak nampak. Kata Winnie, Yu Jin langsung tak masuk ke dalam kelas hari ini. Mungkinkah Yu Jin berkecil hati fasal semalam?
Top teringat kembali janjinya mahu belanja Yu Jin makan terpaksa dibatalkan apabila dia terserempak dengan Eva semalam dan Eva meminta Top menemaninya menonton wayang. Ah! Takkan Yu Jin mahu memarahinya kerana hal yang sekecil itu?
“Top.” Top memandang ke arah Slyvia.
“Bila kau free?”
“Kenapa?” Top mengerutkan kening.
“Aku nak bincang dengan kau fasal tugasan kita.”
“Kita?”
“Kau tak tahu ke yang aku jadi pasangan kau?”
“Bukan Yu Jin?” Top jadi makin pelik.
“Oh, dia tukar dengan aku…” Belum sempat Slyvia habis berkata-kata, Top berlari meninggalkan Slyvia sendirian.

Aku leka memandang hujan yang sedang turun membasahi bumi. Sebaik sahaja aku berjumpa dengan Sir Sirvian, aku terus sahaja pulang ke rumah nenek Rowena. Hatiku kuat mengatakan Top akan mencariku dan aku tak mahu berjumpa dengan Top.
“Berapa lama kau akan ke St. Blair?” Nenek Rowena yang sedang mengait menala pandangan ke arah cucunya.
“Tak tahu. Mungkin beberapa bulan….Setahun..Bergantung pada keadaan dan masa.” Aku buka tingkap dan menadah hujan dengan telapak tanganku.
“Walaupun aku dah tua, aku tahu kau ada masalah. Apa kau akan rasa tenang jika kau larikan diri dari masalah?”
“Yuyu bukan lari..Yuyu nak kuatkan hati Yuyu dulu. Selepas itu, Yuyu akan kembali berhadapan dengan dia.”
“Di sana, kau kena kuat sebab kau sendirian. Kalau kau letih, baliklah..” Aku menoleh ke arah nenek Rowena yang sedang mengait. Pertama kali mendengar nenek Rowena mengatakan sesuatu yang menyejukkan hatiku.
“Okey…”

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review