Friday, May 6, 2011

Black Fantasy: Black Swan [7]

Posted by Snow_Queen at 12:39 PM



Aku tersandar di tepi dinding kerana sedang menyaksikan drama swasta di depanku.
Ada perempuan yang terapung-apung diudara dan badannya bulat umpama belon. Aku terasa sedih tiba-tiba kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong budak itu. Biarpun jika budak itu ada buat salah, tidak patutlah dia diperlakukan sedemikian rupa. Pelajar-pelajar yang lain lebih suka buat urusan sendiri dan tidak kurang pula ada yang hanya melihat sahaja.
“Bukankah aku sudah beri amaran jangan mendekati Big Bang? Kau tahu balasannya bukan?” Seorang perempuan berambut perang ketawa mengilai melihat mangsanya sedang menangis di atas.
“Maafkan aku.” Si mangsa tersedu-sedu menangis sambil meminta maaf.
Aku mengerling jam ditangan. Sudah lebih lima belas minit perempuan itu terapung di udara. Di mana Winnie? Kalau ada Winnie sudah mesti aku akan meminta bukan memaksa gadis itu membantu.
“Kalau aku nampak kau cuba mendekati Taeyang oppa lagi, aku akan pastikan kau tersingkir dari sini.” Perempuan berambut perang itu tersenyum sinis.
“Macamlah Taeyang itu pak we dia.” Aku menggumam perlahan namun semua orang melihat ke arahku, termasuk kumpulan si pembuli tadi.
Aku menelan air liur kesat. Alamak! Mereka dengar ke? Mampus aku.
Si rambut perang menggamitku supaya menghampirinya. Dengan langkah kaki yang berat, aku menghampiri.
Aduhai! Habislah hidup aku yang aman damai.
“Kau, Yu Jin budak yang baru berpindah tu kan?” Bianca memandang Yu Jin yang terkebil-kebil memandang ke arahnya.
“Kau ada apa-apa yang tak puas hati dengan aku?” Bianca mencebik.
“Tak, tak ada apa-apa.” Aku menggeleng. Buat masa sekarang biarlah aku beralah. Bukankah aku mahu menjadi halimunan? Sempat lagi aku merepek.
“Entah-entah dia ni salah seorang peminat Big Bang, Bianca.” Kawan si Bianca, El menghasut pemikiran Bianca.
“Mana ada.” Cepat sahaja aku menafikan. Ini yang buat aku marah ni. Ada juga yang cuba nak melaga-lagakan aku dengan si Bi..Bia..Ha Bianca ni..
Bianca merenungku tajam sebelum berkata “Lebih baik kau jauhkan diri daripada Big Bang kalau kau tak nak terima nasib yang sama.” Bianca memberitahu.
“Eh, aku tak habis cakap lagi. Mana ada aku minat Big Bang, ramai sangat tu. Aku minat Top sahaja.” Aku tersengih-sengih memandang Bianca. Sejak masuk di sini aku sudah bertukar menjadi kaki temberang rupa-rupanya.
“What?” Seorang lagi group pembuli itu menjerit.
“Kenapa?” Aku jungkit kening. Masih lagi mengekalkan sengihanku.
“Top tu aku yang punya.” Gadis itu memandangku tajam.
“Oh, awak ni siapa? Girlfriend dia? Tunang? Bini?” Aku merenung tajam mata gadis itu.
Gadis itu hanya mendiamkan diri sambil memandang kawan-kawannya. Meminta tolong barangkali.
“Habis tu kau pula? Kau siapa pada Top?” Bianca menyerang balas.
“Bukan sesiapa tapi tak lama lagi adalah tu he he he.” Aku tertawa kecil dan beredar. Lemah jantungku apabila melihat Big Bang sedang memerhatikanku. Winnie pula memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Ya tuhan! Sumpah aku ni main cakap ikut sedap mulut sahaja.
***
Aku meramas jari-jemariku. Ah! Pening betul kepala aku sekarang. Aku melihat dua puluh orang pelajar di dalam kelas ini. Semuanya, guardians termasuk aku. Aku baru sahaja tahu mengenai perkara ini oleh Winnie tadi. Yang itu mungkin aku boleh terima meskipun aku ini agak bebal nak belajar benda-benda baru tapi apa pasal pula mamat ni mesti duduk sebelah aku?! Bukannya tiada tempat kosong yang lain.
Aku kerling Top yang sedang menyandarkan tubuhnya di kerusi dan memeluk tubuhnya sambil mendengar taklimat.
“Kita mempersilakan rakan baru kita, Yu Jin.” Sir Sirvian tersenyum memandangku. Aku terkebil-kebil apabila namaku dipanggil dan yang lain-lain bertepuk tangan. Segera aku bangun dan menundukkan sedikit badanku tanda terima kasih.
“Sila ke depan Yu Jin.” Sir Sirvian menggamitku.
Kejadah! Apa yang aku nak buat dekat depan? Dalam aku asyik membebel dalam hati, aku bangun juga melangkah ke hadapan.
“Ini batch kuasa awak.” Sir Sirvian menyematkan batch berbentuk black swan ke dadaku kiriku. Aku merenung batch itu. Rasa seperti sedang bermimpi pula.
Aku garu kepala yang tak gatal apabila diminta memberi ucapan.
“Saya budak baru di sini jadi banyak perkara yang saya tak tahu. Harap anda semua beri tunjuk ajar.” Aku menundukkan badan sedikit. Tepukan bergema lagi.
Aku tersenyum apabila Winnie tunjuk thumb up namun lekas aku larikan pandangan apabila aku perasan Top merenungku.
Mesyuarat seterusnya dikendalikan oleh G.D selaku pengerusi guardians council.

“Kenapa aku terpilih jadi guardians?” Aku merenung muka Winnie yang sedang berbaring di bawah pokok sakura.
“Entah. Pihak akademi yang pilih.” Winnie memejamkan mata.
“Tapi aku tak ada sebarang magis.” Aku luahkan perasaan tak puas hatiku.
“Tapi kau berani. Macam pagi tadi.” Winnie sudah tergelak galak. Apabila aku mencubit lengannya lagilah dia tergelak suka.
“Betul ke kau ada hati dekat, Top?” Kali ini Winnie memandangku dengan muka yang serius.
“Aku main-mainlah. Saja aku nak kenakan minah-minah tadi. Berlagak tak kena tempat.” Aku mencebik.
“Aku tak nafikan magis merupakan elemen penting bagi guardians tapi selain itu yang penting bagi guardians adalah sifat berani dan pentingkan keadilan. Kolej kita perlukan perubahan. Selama ini suara pelajar-pelajar yang tertindas tak akan dilayan sebab ada golongan-golongan bangsawan yang menutup suara-suara itu. Kami pun tak boleh buat apa-apa khuatir jika ada yang mengapa-apakan keluarga kami.” Sayu suara Winnie ketika ini.
“Tapi Big Bang lain. Mereka buat kerja ikut suka hati mereka. Mereka tak takutkan suara-suara bangsawan ni malahan golongan bangsawan pula yang takut pada mereka.” Winnie menyambung.
“Kalau macam itu sepatutnya merekalah yang harus menolong golongan-golongan yang tertindas ini bukan? Mereka ada kuasa.” Aku menyandarkan badanku di pohon sakura.
“Ya, mereka ada membela golongan ini. macam kes pagi tadi, sudah di ambil tindakan. Semua pelajar di sini takutkan Big Bang, masyarakat takutkan Big Bang.” Winnie lantas bangkit dan menyapu seluarnya. Harini, Winnie hanya berpakaian simple sahaja seperti aku.
“Jom, kelas dah nak mula. Lepas habis kelas, kita kena hadiri mesyuarat khas lagi.” Winni memberitahu.
“Hey, kenapa batch semua guardians lain-lain ya?” Aku mengekori langkah Winnie.
“Sebab itu melambangkan pangkat dan kuasa guardians.” Winnie acuh tak acuh menjawab. Aku memegang batchku. Black swan…Apa maksudnya ya?

1 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

nk tw gak ap kuase dia hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review